Doa Mudah Untuk Semua Majlis

Assalamualaikum, sering kali kita ke majlis-majlis atau pun program-program. Namun, kadang-kala kitalah antara orang yang perlu memainkan peranan penting dalam majlis tersebut. Mungkin kita akan diminta untuk membacakan doa bagi majlis tersebut. Kerana mungkin juga untuk memuliakan kita bagi mengetuai bacaan doa. Jadi, kadang-kala kita sering memikirkan apakah doa yang sesuai untuk majlis tersebut? Biasalah kadang-kadang tiada orang yang berani memikul tanggungjawab ini walaupun nampak mudah. Jadi, sebagai persediaan, saya juga ingin berkongsikan doa mudah yang boleh dan sesuai digunakan untuk semua majlis yang berbentuk ilmiah mungkin atau pun yang sewaktu dengannya.

Berikut adalah doa tersebut :-
------------------------------------------------------------------------------------

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن ،وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ خَلاَّقُ الْعَظِيْم ،إِنَّكَ سَمِيْعٌ عَلِيْم ، إِنَّكَ غَفُوْرٌ رَحِيْم ، إِنَّكَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم ، إِنَّكَ الْبَرُّ الْجَوَادُ الْكَرِيْم .

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkau segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

اَللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا رَحِيْم ..

Cucurilah rahmat dan rahimMu ke atas majlis

                                            (Sebutkan majlis anda di sini)                                           

yang diadakan pada hari Ini. Berkatilah ia dari awal hingga akhirnya.

يَا فَعَّالُ لِمَا يُرِيْد..

Kami juga memohon perlindungan daripada Mu dari segala perkara yang boleh mencacat celakan majlis kami dan daripada segala perkara yang melalaikan kami dari berbuat taat kepada Mu. Kepada Mu jua kami serah segala urusan kami.

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَاِلَيْكَ اَنَبْنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْر. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم،
 وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن .


------------------------------------------------------------------------------------

Jika tidak dapat mengopykan doa tersebut, bolehlah downloadkan filenya di SINI. Insya-Allah, sama-sama memanfaatkannya dan sama-samalah kita sentiasa berdoa agar setiap program dan majlis yang kita sertai dimulakan dengan doa agar sentiasa mendapat rahmat dan diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. Insya-Allah. Amin.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang

Link Bersama