HALAMAN UTAMA

MyDistress Polis Bantu Elak Jenayah?

Assalamualaikum, anda mempunyai telefon Pintar? Saya mahu kongsikan aplikasi yang sangat berguna untuk selamatkan anda ketika dalam bahaya jenayah. Aplikasi tersebut dinamakan MyDistress. Apakah fungsinya? Secara mudahnya, apabila berlaku salah satu rintangan ketika meminta bantuan itu sebenarnya adalah halangan komunikasi.
  • Ketika berada di luar, kadang kala kita tidak pasti lokasi kita berada.Hal ini menimbulkan masalah ketika bantuan hendak dihantar. 
  • Apabila berlakunya situasi seperti penculikan, di mana anda tidak dapat bercakap atau menunjukkan isyarat, anda akan gagal untuk memaklumkan kepada pasukan penyelamat dengan berkesan. 
  • Ketika dalam keadaan cemas,komunikasi seringkali menjadi tidak jelas lantaran trauma yang di hadapi.  

Namun begitu,dengan menggunakan MyDistress, anda dapat memaklumkan kepada pasukan penyelamat, dengan hanya satu klik.







Tetapi,Kenapa MyDistress Hari ini, jika kita ingin mendapatkan bantuan pihak polis, kita perlu mendail 999 untuk memberikan maklumat dan lokasi. Selalunya, keadaan menjadi sukar untuk memberitahu lokasi kerana berada dalam keadaan yang tertekan atau ketidakpastian tentang lokasi kejadian. 

Dalam keadaan yang terdesak, sukar untuk kita bercakap untuk meminta bantuan kerana bimbang akan keselamatan diri. Justeru, satu penyelesaian diperlukan untuk memudahkan proses ini dan menentukan lokasi dengan tepat. 

Tekan HELP dengan bertanggungjawab berwibawa 

Apabila berada di luar bangunan, dalam keadaan yang terancam dan perlukan bantuan kecemasan, gunakan PERSONAL ALERT untuk mendapatkan bantuan. 

PERSONAL ALERT dapat mengesan pergerakan anda. 

Apabila berada di dalam bangunan, gunakan PRESET LOCATION ALERT untuk mendaftarkan lokasi anda yang mungkin terdedah kepada bahaya.

Jika anda tidak berada di lokasi pratetap anda, dan bantuan diperlukan pada lokasi yang telah ditetapkan, PRESET LOCATION ALERT akan mengeluarkan isyarat bahawa bantuan yang diperlukan adalah di lokasi pratetap dan bukan di lokasi semasa anda.

Mari Kita Lihat Bagaimana Senario yang boleh menggunakan Aplikasi MyDistress ini:-

Apabila berada di luar bangunan, dalam keadaan yang terancam dan perlukan bantuan kecemasan, gunakan PERSONAL ALERT untuk mendapatkan bantuan.

PERSONAL ALERT dapat mengesan pergerakan anda.

Apabila berada di dalam bangunan, gunakan PRESET LOCATION ALERT untuk mendaftarkan lokasi anda yang mungkin terdedah kepada bahaya.

Jika anda tidak berada di lokasi pratetap anda, dan bantuan diperlukan pada lokasi yang telah ditetapkan, PRESET LOCATION ALERT akan mengeluarkan isyarat bahawa bantuan yang diperlukan adalah di lokasi pratetap dan bukan di lokasi semasa anda.

ANTARA FUNGSI DALAM APLIKASI



Cara Untuk Muat Turun

  • Muat Turun Aplikasi MyDistress
  • Buka pelayar internet di dalam telefon anda,dan taip alamat dan Download mengikut jenis perisian yang anda gunakan di sini http://mydistress.net/muat-turun.html
  • Pilih jenis Panduan mengikut OS Telefon Bimbit yang anda gunakan sama ada iPhone/Android atau Blackberry/J2ME dengan klik gambar di bawah:-




Soalan Lazim Mengenai MyDistress.
  1. Bagaimanakah jika saya mempunyai 2 telefon?
      • Anda boleh mendaftarkan MyDistress untuk kedua-dua telefon tersebut kerana perkhidmatan ini terikat kepada nombor telefon yang didaftarkan.
  1. Bagaimanakah jika saya menukar telefon tetapi masih menggunakan Kad SIM yang sama.
      • Daftarkan MyDistress menggunakan telefon baru anda dengan Kad SIM yang sama kerana perkhidmatan ini terikat dengan nombor telefon anda.
  1. Bagaimanakah jika saya kehilangan telefon dan mendapatkan telefon yang baru beserta Kad SIM yang baru tetapi nombor telefon yang sama?
      • Daftarkan MyDistress menggunakan telefon yang baru anda dengan Kad SIM yang baru kerana perkhidmatan ini terikat dengan nombor telefon anda.
  1. Bagaimanakah jika saya menamatkan penggunaan nombor lama saya dan memasukkan Kad SIM yang baru?
      • Hantarkan email kepada info@mydistress.net dan nyatakan bahawa anda telah bertukar kepada nombor telefon yang baru untuk mengemaskini maklumat anda.
  1. Adakah semua pergerakan saya dikesan oleh pihak polis?
      • Tidak, kami menghormati privasi anda dan kami tidak akan mengesan lokasi / pergerakan anda jika anda tidak menghidupkan MyDistress.
  1. Jika saya kehilangan telefon saya, bolehkah ia dikesan?
      • Tidak, kami tidak boleh mengesan telefon anda yang hilang sebagaimana kami tidak mengesan lokasi anda melainkan MyDistress dihidupkan.
  1. Bagaimanakah jika telefon saya kehabisan bateri?
      • Jika anda kehabisan bateri, anda tidak akan dapat menghidupkan aplikasi MyDistress.
      • Jika anda kehabisan bateri dalam keadaan SOS, kami hanya mengesan lokasi terakhir anda sebelum bateri tersebut habis.
  1. Dalam situasi apakah saya boleh menggunakan MyDistress?
      • Penggunaan My Distress hanya semasa kecemasan. Kecemasan adalah apabila berlakunya jenayah, seseorang yang disyaki melakukan jenayah ada berdekatan, seseorang cedera, diugut atau dalam bahaya.
  1. Mengapa saya perlu untuk memberikan gambar saya? (Pengguna iPhone & Android sahaja)
      • Dengan memberikan gambar, ia dapat membantu anggota polis yang dihantar ke lokasi untuk mengenalpasti anda dengan lebih mudah.
  1. Bagaimanakah jika saya tidak mempunyai akaun email?
      • Jika anda tidak mempunyai akaun emel, sila berikan nama anda di ruangan email dalam profil aplikasi.
  1. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak mempunyai sambungan ke rangkaian apabila saya menekan SOS MyDistress?
      • Anda hanya perlu menekan ON SOS sekali sahaja, MyDistress akan terus menghantar isyarat dan akan disambung secara automatik apabila anda mendapat sambungan ke rangkaian.
  1. Apakah tindakan yang perlu saya lakukan apabila pihak polis tiba di tempat saya?
      • Apabila pihak polis tiba untuk membantu anda, tamatkan permintaan SOS dengan "OFF SOS" untuk menamatkan MyDistress.
  1. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk perkhidmatan ini?
      • Yuran perkhidmatan sebanyak RM2/bulan berkuatkuasa pada Jan 2012.
      • Caj syarikat telekomunikasi mungkin dikenakan pada penggunaan data.
      • PDRM tidak menerima sebarang keuntungan dari MyDistress, segala caj yang dikenakan akan disalurkan untuk penyelenggaraan sistem dan penambahbaikan MyDistress.
  1. Akan akan berlaku jika saya tidak berada di dalam kawasan Selangor
      • Buat masa ini, MyDistress hanya disokong di dalam kawasan Selangor memandangkan ini adalah inisiatif PDRM Selangor. Jika anda di luar kawasan Selangor, isyarat MyDistress tidak dapat disalurkan dan anda akan melihat mesej ralat.
  1. Bolehkah saya mendaftarkan harta benda yang bukan di dalam kawasan Selangor?
      • Tidak, anda hanya boleh mendaftar untuk harta benda di dalam kawasan Selangor sahaja.
  1. 16. Jika saya tidak berada di dalam kawasan Selangor tetapi harta benda saya di dalam kawasan Selangor,adakah saya masih boleh menggunakan MyDistress untuk menghantar isyarat kecemasan?
      • Ya, asalkan lokasi yang memerlukan bantuan tersebut berada di dalam kawasan Selangor, kami akan menghantar bantuan Polis ke lokasi tersebut.
  1. Bolehkah MyDistress mengesan saya jika saya berada di dalam bangunan?
      • Untuk kegunaan di dalam bangunan, kami mencadangkan supaya anda menggunakan 'Preset Location Alert' dengan membuat ketetapan lokasi anda kerana Cip GPS di dalam sesetengah telefon bimbit adalah kurang baik.
  1. Bolehkah MyDistress mengesan di tingkat berapakah lokasi saya di dalam sebuah bangunan tinggi?
      • Tidak. Perkhidmatan sedia ada sekarang hanya dapat mengesan koordinat longitude dan latitude sahaja. Anda perlu memasukkan maklumat di tingkat berapa anda berada dalam "Preset Location Alert" untuk bangunan tinggi.
  1. Bagaimanakah jika saya menghidupkan SOS MyDistress secara tidak sengaja?
      • Batalkan dengan menekan butang "Off SOS" dengan serta merta.
  1. Bagaimanakah hendak membatalkan MyDistress?
      • Tekan butang "Off SOS" untuk membatalkan.
  1. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan kembali perkhidmatan ini sekiranya perkhidmatan saya digantung?
      • Anda perlu membuat rayuan kepada pihak PDRM melalui info@mydistress.net untuk mengaktifkan semula akaun anda.

Sumber: http://mydistress.net/

Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang