HALAMAN UTAMA

Duit PTPTN Sesi 2012/2013 Bila Masuk?



Assalamualaikum, seperti biasa apabila mula sahaja semester baru, pelajar-pelajar IPTA sibuk memeriksa akaun bank. Mana tidaknya, nak mula semestar, duit mesti nak kena ada. Tapi bila pula jadual nak masuk duit PTPTN ni? Yuran nak kena bayar dah. Kalau dapat IPT yang mahukan duit segera atau yuran yang mahal, pastilah tak banyak duit PTPTN masuk nanti. Lagi-lagi IPT di bandar-bandar besar seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti-universiti awam yang lain.

Oleh yang demikian, saya berikan jadual yang telah diperolehi daripada Laman web PTPTN untuk kemasukkan sesi 2012/2013. Berikut adalah jadual pembayaran duit PTPTN untuk senarai 29 IPTA termasuk cawangan kampus di seluruh Malaysia untuk kelompok pertama dan juga kelompok kedua. Diaharapkan, dengan adanya jadual ini, para mahasiswa dapat memanfaatkan sejumlah wang pinjaman tersebut dengan baik dan bermanfaat.


Pembayaran ini adalah untuk semua peringkat pengajian termasuklah Ijazah pertama, Ijazah separuh masa, Ijazah sepenuh masa, Sarjana, PHD dan juga Professional. Boleh juga download di sini Jadual Pembayaran PTPTN sesi 2012/2013.


Terdapat 2 kelompok pembayaran. Ianya bergantung kepada tarikh pengesahan ke IPT masing-masing.









Semoga tentatif ini dapat membantu anda merancang perbelanjaan di IPT nanti. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang