HALAMAN UTAMA

Cara Melindungi Diri Daripada Penipuan Kad Kreadit

Assalamualaikum, anda mempunyai kad kredit? Jika Ya atau berminat untuk mempunyai kad kredit, silalah ambil perhatian mengenai beberapa perkara yang berikut. Saya  kongsikan beberapa cara untuk melindungi diri daripada penipuan kad kredit.

Antara penipuan kad kredit yang paling biasa adalah urus niaga tidak sah dan kecurian identiti. Pengeluar kad kredit sentiasa berwaspada terhadap urus niaga palsu dan penipuan. Anda juga perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan kad kredit ini.

Panduan Melindungi Kad Kredit Anda
  • Tandatangan kad kredit anda sebaik sahaja menerimanya.
  • Jangan biarkan orang lain menggunakan kad kredit anda.
  • Jangan dedahkan butiran kad kredit anda kepada pihak yang tidak dikenali kerana mereka boleh menggunakannya untuk membuat pembelian melalui telefon, pesanan pos atau internet.
  • Pastikan anda memotong kad kredit yang sudah tamat tempohnya setelah menerima kad gantian untuk mencegah pengklonan atau penyalahgunaan kad.
  • Periksa semua butiran pada slip bayaran sebelum menandatangani atau mengesahkan setiap urus niaga.
  • Simpan semua slip bayaran dan semak penyata sebaik sahaja anda menerimanya.
  • Simpan kad kredit di tempat yang sama di dalam dompet atau tas tangan agar anda akan sedar serta-merta jika kad kredit hilang atau dicuri.
  • Laporkan segera kepada pihak pengeluar kad kredit sekiranya kad kredit anda hilang, dicuri atau terdapat urus niaga yang tidak sah. Jika anda tidak melaporkannya, anda bertanggungjawab ke atas semua urus niaga tersebut sehingga laporan dibuat.


Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Anda boleh juga menghubungi pihak berikut untuk mendapatkan nasihat yang berkenaan:-

Bank Negara Malaysia
Talian Tol : 1-300-88-5465
E-mel :bnmtelelink@bnm.gov.my
Laman web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)
Talian Tol : 1-300-88-9980
E-mel :banks@abm.org.my
Laman web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Talian Tol : 1-800-88-2575
E-mel :enquiry@akpk.org.my
Laman web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Talian am : 03-2272 2811
E-mel :enquiry@fmb.org.my
Laman web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada ringgit@crrc.org.my

Rujukan: Majalah Ringgit Jun 2012


Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang