HALAMAN UTAMA

Awas Kepak Ayam Tiruan Dijual!

Assalamualaikum, saya baru tahu bahawa kepak ayam (chicken wings) pun boleh ditiru dan sudah pun dijual dengan harganya yang lebih murah. Tapi di mana? Jangan bimbang, ianya tidak ada laporan lagi ianya telah dijual di Malaysia, tetapi kepak ayam palsu/tiruan ini hanya telah dijual di negara China. Saya fikir, memang benarlah. Apa benda sekali pun yang ada dalam dunia ni, sememangnya boleh dijumpai dan dihasilkan di China. Mari saya kongsikan sedikit laporan yang dibuat oleh penduduk daripada Bandar Guangzhou (Guangzhou City). 

Yang mana, apa yang dapat saya simpulkan secara umumnya, kesempitan hidup dan kepayahan untuk mendapatkan duit adalah punca mengapa wujudnya kepak ayam tiruan ini. Dalam laporan pada 21 Julai 2012 lalu, dikatakan bahawa ianya telah dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Boleh rujuk kepada sumber yang saya kepilkan bersama di bawah artikel.

Berikut antara gambar yang diperolehi yang menunjukkan kepak ayam palsu / tiruan yang telah dijual:-






Jika anda mahu maklumat dan bacaan lanjut, bolehlah merujuk kepada beberapa sumber yang boleh diperolehi dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa China. 

Lihat:-



Masih ingat lagi mengenai Telur Tiruan di China? Semua yang palsu adalah sesuatu yang sudah biasa dan sinonim di negara tembok Besar China. Semoga kita sentiasa berhati-hati dengan produk yang dihasilkan di luar negara, khususnya daripada China.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang