HALAMAN UTAMA

Cara Mencari Serial Number Untuk Laptop Atau PC?

Salam, kali ini saya mahu kongsikan cara mudah kita untuk mengetahui serial number PC atau pun laptop kita dan juga sebagai tambahan boleh juga kita cari nama sebenar model laptop yang kita gunakan dengan cara yang paling mudah dan senang.

Bagaimana? Saya cadangkan kita gunakan Command Prompt. Tapi bagaimana caranya? Mudah sahaja. Jika anda gunakan apa-apa OS sama ada XP atau pun Windows 7 juga boleh lakukan cara yang sama. 

Langkah-langkahnya untuk mengetahui serial number:-
  1. Klik Start dan cari "Run".
  2. Kemudian taip "cmd" atau secara manual cari "Command Prompt".
  3. Kemudian klik pada Command Prompt dan akan terbuka satu tetingkap hitam seperti gambar yang saya tunjukkan di bawah nanti.
  4. Sila taipkan "wmic bios get serialnumber" dan klik enter.
  5. Nombor serial number laptop anda akan keluar.
  6. Dan kini anda sudah tahu apa serial number bagi laptop anda.



Dan berikut langkah untuk mengetahu model laptop anda pula:-
  1. Klik Start dan cari "Run".
  2. Kemudian taip "cmd" atau secara manual cari "Command Prompt".
  3. Kemudian klik pada Command Prompt dan akan terbuka satu tetingkap hitam seperti gambar yang saya tunjukkan di bawah nanti.
  4. Sila taipkan "wmic csproduct get name" dan klik enter.
  5. Nama model laptop anda akan keluar.
  6. Dan kini anda sudah tahu apa nama model bagi laptop anda.



Semoga masalah anda terlupa no serial Laptop dan Nama Model laptop anda akan selesai dengan cara ini. InshaAllah. Selamat mencuba.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang