HALAMAN UTAMA

Sakitkah Aku? : Pulih Sepenuhnya (Part Akhir)

Assalamualaikum, setelah genap setahun aku pertama kali disahkan penyakit Tibi pada Oktober 2010, kini Alhamdulillah aku telah pulih sepenuhnya daripada rawatan yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu di PPUM. Selepas beberapa bulan berhenti mengambil ubat, aku perlu ke PPUM untuk kali terakhir membuat X-Ray bagi mengesahkan bahawa aku benar-benar telah sembuh.

Seingat aku, ketika kali terakhir buat X-Ray, tidak perlu ke DOTS klinik dan hanya terus berjumpa dengan doktor sahaja dengan membawa kad temujanji pesakit. Waktu itu agak senang apabila sejurus aku membuat X-Ray, terus berjumpa dengan doktor dan telah disahkan bahawa aku telah sihat sepenuhnya dan tida perlu lagi untuk datang membuat pemeriksaan. Alhamdulillah, semoga kesihatan aku dapat terus berkekalan sehingga akhir hayat dan terhindar daripada jangkitan kali kedua. Insya-Allah.

Namun, seperti apa yang aku ingin kongsikan sebagai bahagian akhir dalam siri "Sakitkah Aku?" :-
1. Elakkan ke tempat awam yang mempunyai ramai warga asing.
2. Sentiasa amalkan kebersihan ketika makan.
3. Pilih gerai yang bersih ketika makan di luar.
4. Segera ke klinik atau hospital jika terdapat simptom-simptom Tibi.


Untuk Pesakit TIBI yang sedang menjalani rawatan :-
1. Elakkan mendekati orang lain dalam 2 minggu pertama selepas disahkan TIBI.
2. Nasihatkan orang yang selalu hampir dengan anda untuk membuat pemeriksaan TIBI.
3. Pastikan anda makan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan doktor.
4. Elakkan anda meninggalkan walaupun sekali waktu memakan ubat.

Borang digunakan untuk pemeriksaan.

Pada saya, itu yang aku dapat kongsikan dan ketahuilah bahawa TIBI ini boleh membawa maut. Nasihat saya :-
1. Anda mesti tahu bahawa TIBI ada penawarnya.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia akan menanggung rawatan peringkat pertama untuk pesakit TIBI.
3. Untuk peringkat kedua dan ke atas, anda perlu membayar sendiri kos rawatan tersebut.
Fail yang merekodkan bilangan ubat mengikut hari yang telah diberikan kepada pesakit sehingga 6 bulan.

Contoh fail saya yang dicatatkan rekod mengambilan ubat di DOTS PPUM setiap kali mengambil ubat.


Apa yang aku ingat daripada kata-kata doktor yang memberikan pesanan :-
1. MESTI ikut nasihat doktor, walaupun dalam 2-3 bulan dah rasa ok, mesti makan ubat sampai 6 bulan.
2. Jika tidak, virus atau bakteria tersebut akan kembali aktif dan boleh menyerang untuk kali kedua.
3. Pada masa itu, antibiotik yang lebih kuat akan digunakan.
4. Virus atau bakteria tersebut boleh menyerang bahagian otak atau pun organ lain.
5. Jadi memerlukan rawatan sehingga 2 tahun mengikut keadaan anda.
6. Jadi, adakah anda mahu ianya berlaku pada anda? Minta jauhlah... Semuanya di tangan anda.
Semoga penghidap TIBI akan terus kuat dan bersabar dalam setiap rawatan yang anda lalui. Aku pun dijangkiti penyakit ini tanpa diketahui puncanya. Jadi, jaga kesihatan dan hidup anda semoga lebih sihat. Insya-Allah, setiap penyakit ada ubatnya.

Terima kasih kepada yang mengikuti 5 siri "Sakitkah Aku?" ini. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberikan sedikit informasi dan panduan kepada anda. Insya-Allah.

 
Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

4 ulasan:

Mrs Adam n Mama Adib berkata...

salam..saya nk tya..sy pun dlm rawatan tibi..da msuk 3 bln..tp bile xray aritu..yg putih2 kat xray tu cm xde perubahan..bnda tu mmg xkn hilang ke?or suppose kne hilang..?cz bile check kahak da xde da..ubt still mkn lg ni..cz ada doc yg kta..warna putuh kat xray tu xkn hilang. dia akn tgl jd scar..tp ada lak doc lain kta..suppose kne hilang..so cm confuse lak yg mna satu..saya kne ni msa tgh pregnt..n xtau dpt dr mna..sy xde btuk bkhak or dmm or kahak bdrh pun msa tu..jz btuk tuk 2mgu..thn hilang..thn ble check2 dirg kta sy ada tibi.sbb treatmnt ni..saya terbsalin awl..msa dlm 6bln beh..bb smpt hidup 3ari je..thn pass away..

Mrs Adam n Mama Adib berkata...

salam..saya nk tya..sy pun dlm rawatan tibi..da msuk 3 bln..tp bile xray aritu..yg putih2 kat xray tu cm xde perubahan..bnda tu mmg xkn hilang ke?or suppose kne hilang..?cz bile check kahak da xde da..ubt still mkn lg ni..cz ada doc yg kta..warna putuh kat xray tu xkn hilang. dia akn tgl jd scar..tp ada lak doc lain kta..suppose kne hilang..so cm confuse lak yg mna satu..saya kne ni msa tgh pregnt..n xtau dpt dr mna..sy xde btuk bkhak or dmm or kahak bdrh pun msa tu..jz btuk tuk 2mgu..thn hilang..thn ble check2 dirg kta sy ada tibi.sbb treatmnt ni..saya terbsalin awl..msa dlm 6bln beh..bb smpt hidup 3ari je..thn pass away..

Farid Aspar berkata...

Mr Adam n Mama Adib: Takziah atas berita tersebut. Apa yang saya tahu, warna putih itu akan hilang sedikit, maknanya bila x-ray, garisan hitam yang ada tu akan lebih jelas daripada mula-mula terkena jangkitan tersebut. Tapi, apa yang saya ingat, doktor akan refer semua x-ray yang kita buat dalam tempoh rawatan 6 bulan tersebut. InshaAllah, jika cukup usaha kita dalam 6 bulan cukup makan ubat, kita akan pulih seperti sedia kala...

Mrs Adam n Mama Adib berkata...

terima kasih

Nuffnang