HALAMAN UTAMA

Sedekah atau tolong?

Mendengar suara memberi salam, lantas aku membuka pintu. Terlihat seorang perempuan muda yang memperkenalkan dia ialah seorang pelajar IPT daripada salah sebuah Politeknik di Utara. Kemudian memberitahu bahawa dia mahu menjual barangan kraftangan yang bertujuan untuk melanjutkan pelajarannya di sana, seperti key-chain dan sebagainya. Jadi aku pun melihat barangannya yang dijual dengan harga RM10 untuk 3 barang.

Aku pun berkata dalam hati, nak beli RM10 dapat barang, nanti tak guna pulak barang-barang ni. "Takpelah dik, kejap ek", aku ke bilik mengambil sekeping not. Lalu aku menghulurkan not tersebut kepada perempuan yang berasal daripada Sarawak itu. Dia terpinga-pinga dan berkata "Apa ni?" melihat not RM5 yang aku hulurkan.  "Ambillah, saya bagi je", kataku. "Takpelah bang, abang simpan je la duit nie untuk adik-adik abang", katanya emosi sedikit dan pergi begitu sahaja dengan memberi salam.



Aku teringat juga seperti dalam sebuah cerita drama di televisyen yang mana seorang kanak-kanak menjual kuih, tetapi tidak menerima duit sahaja jika kuihnya tidak dibeli. Lantas, mereka yang mahu membantunya membeli kesemua kuih tersebut. Tapi, itu kuih, boleh makan kalau beli banyak. Tapi ni barang kraftangan, yang ada kat umah ni pon tak terpakai rasanya. Hehee...

Pelik bercampur hairan, niatku hendak membantu jer, taknak la beli barang, nanti membazir je. Aku pun faham la, dia bukan nak mintak sedekah. Tapi apalah salahnya, kalau aku nak membantu sahaja. Tak hina pun, kalau orang nak bagi bantuan, terima je la. Syukur, Alhamdulillah. Dan yang aku faham, seolah-olah dia mahu RM10 jer. RM 5 tak nak plak. Adehh~...

Selalu aku terfikir, apa salahnya kita membantu sedikit orang nak belajar kan. Tapi, yang aku terfikir pulak, kenapa tak mintak bantuan PTPTN ke, zakat ke, atau cuba cara lain? Tapi, mungkin mahu berdikari kot. Itulah, kalau betul-betul nak belajar, tentu ada jalan.

Yang aku teringat dan rasa lucu sedikit peristiwa ini ialah kata-katanya "Takpelah abang, abang simpan je duit tu untuk adik-adik abang nanti". Aik, apa kaitannya? Takkanlah adik aku nak guna RM5 je. Aku pun tak keje lagi kan... Adeh~... baik dia suruh aku guna wat makan kat kolej jer... Hehehee.. Punyalah aku rasa macam pelik je caranya. Tak mengapalah, pada aku, orang Malaysia ni, ramai je yang murah hati untuk membantu orang susah. Cuma kadang-kadang, orang lain pulak yang amik kesempatan dengan sifat pemurahnya rakyat Malaysia nie. Aku ni dah la tak boleh tengok orang susah. Adeh~

Perkara penting :
1. Untuk berjaya, banyak cara.
2. Bantulah orang yang perlu bantuan.
3. Banyakkan bersedekah dan menolong orang. Insha-Allah, akan dimurahkan rezeki.

Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN : Info Ditambah, Minda Bercambah.

5 ulasan:

Limza ® berkata...

Salam , sedih aku membca entri ni , by the way , bukan niat untuk merayu simpati la kan , khidupan seorang pelajar bukan senang , tu dya kat poly , myB PTPTN or Goverment suport , aku just student kolej , result cikai , so PTPTN x suport .. mmg mcm ni la rasanya hidup student zaman skang ni .. Suma barang pun dah 'up' nak kata puasa , bulan ramadhan lama lgi , tp kmi mcam org berpuasa jugak keadaanya , tp ak yakin insyallah Allah bayar suma tu , uhuuu .. peaca .. :)

Farid bin Aspar berkata...

@Limza ®
OO... ye ker mcm tu? kesian juga... kadang2 nk bantu gak sekadar yg mampu kan... tp mmg tak dinafikan la usaha tu memang baik, cume kadang2 kesian juga, diorang dtng cara baik, tapi ada sesetgh orng wat mcm tak layan je kan... setakat ni, kalau orng kata nk belajar tu, mmg klau blh nak bantu la... tp, tak try zakat ker?

Limza ® berkata...

Da , da .. da try aply zakat (sabah branch) tahun lalu , tp sampai saat ini , masih x da lagi respon , myB ada salah isi pa2 ka , ntah la jugak ..

Farid bin Aspar berkata...

@Limza ®
so, kene try follow up la kan... kekadng xleh nk tnggu gak... kene push gak tu... tp myb blh try tnye balik... rugi la biar cm2 jer... :)

Limza ® berkata...

yaya , insyallah :)

Nuffnang