HALAMAN UTAMA

Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part Akhir)

Salam saudara sekalian, kali ini saya ingin berkongsikan pengalaman kitar semula yang telah saya jalankan bersama Recycle and Rewards. Oleh itu, sedikit sebanyak saya telah mengumpulkan beberapa kilo barang yang boleh dikitar semula. Untuk pengetahuan anda, saya masih duduk di Kolej Kediaman Ungku Aziz (KK11) UM untuk melakukan aktiviti kitar semula sebagai alternatif mengurangkan sampah yang ada. Walaupun begitu, saya juga melakukannya di rumah dengan kerjasama keluarga.

Setakat ini, perkhidmatan yang diberikan adalah sangat baik. Semua barang yang diberikan ditimbang terlebih dahulu mengikut jenis barang tersebut. Berikut adalah jumlah yang barang kitar semula yang telah saya hantar dalam tempoh 3 bulan :-




Barang yang dibuang saya kumpulkan terlebih dahulu dan diasing terus bagi memudahkan urusan penimbangan. Setakat ini, saya lakukannya seorang diri dengan sokongan rakan-rakan yang membantu mengumpulkan dan mengasingkan barangan kitar semula amat saya alu-alukan. Aktiviti atau rutin ini perlu dipupuk seawal mungkin agar menjadi budaya rakyat Malaysia pada masa yang akan datang. Selalu kalau tinggal di kolej-kolej kediaman, pakcik atau makcik tukang sapu yang jalankan aktiviti ini sebab boleh tambah pendapatan sampingan mereka. Itu pun tidak semua barang mereka kutip. Jadi sebagai rakyat yang bertamadun dan bersyukur, saya berpendapat kita perlulah mulakan sekarang.

Tidak sukar wahai pembaca yang budiman. Cuma asingkan sahaja sampah tersebut. Penuh satu plastik kecil sudah boleh dihantar sebagai barang kitar semula. Percayalah ianya tidak sukar dan sangat mudah untuk dipraktikkan. Barang yang dihantar akan dicatatkan sebagai rujukan ahli sebagai contoh, rekod penghantaran barang kitar semula oleh saya :-
Sangat mudah untuk mulakannya. Daftar > Mula asingkan barang kitar semula > Telefon Recycle and Reward > Dapatkan Point. Jadi jangan tunggu lama-lama untuk memelihara Bumi kita. Boleh dibuat di mana sahaja tempat yang anda mahu. Mulakan seperti berikut :

KUMPULKAN BARANG YANG BOLEH DIKITAR SEMULA





TELEFON ATAU BUAT TEMPAHAN AMBIL BARANG (contoh)



BARANG DIAMBIL DAN DITIMBANG


 SALINAN RESIT TIMBANGAN AKAN DIBERI


 


SELESAI PROSES KITAR SEMULA


Mudah bukan proses-proses tersebut. Jadi, jika anda berminat dan ingn memudahkan urusan kitar semula anda, silalah hubungi saya melalui emailfarid88-umum[at]yahoo.com atau tinggalkan komen atau pun YM pun boleh. Saya akan cuba memudahkan urusan anda. Insya-Allah.

Yang paling penting, ini bukanlah tertakluk kepada individu sahaja, persatuan, sekolah, kelab dan mana-mana badan NGO juga boleh mendaftar atas nama wakil anda. Insya-Allah.

Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part 1)
Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part 2)

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

4 ulasan:

Pirate berkata...

Tahniah Farid! Contoh yang baik!

Farid bin Aspar berkata...

@Pirate Kalau duduk area lembah Klang, joinlah. Sekurang-kurangnya, kita dah cuba bertindak untuk Go Green. =)
Terima kasih.

riana Azmi berkata...

As salam,
Saya salah seorang ahli recycle and reward ni. Saya cuma nak tahu sama ada saudara Farid masih menggunakan khidmat mereka? Ini kerana dah 2 minggu saya cuba menghubungi mereka tetapi tidak berjaya. Mana tau mungkin syarikat tu dah bungkus..?

Terima kasih.

Farid bin Aspar berkata...

@riana Azmi Wassalam, Cik Riana Azmi, ye.. saya masih lagi menggunakan perkhidmatan mereka setiap bulan. Syarikat itu masih lagi beroperasi seperti biasa. Oleh sebab kekurangan pekerja, saya dimaklumkan mereka tidak sempat untuk respon. Saya baru sahaja call no yang tertera 0142397037 untuk pengambilan hari Sabtu ini 23 Jun 2012. Saudari boleh cuba menghubungi melalui no telefon tersebut.

Terima kasih atas respon.

Nuffnang