HALAMAN UTAMA

PRK Universiti Malaya 2011 Mulakan Undi

Assalamualaikum, hari ini bermulalah pembuangan undi untuk pilihanraya kampus di Universiti Malaya. Seperti biasa, setiap tahun pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya  (MPMUM) adalah antara suatu musim yang boleh dikatakan panas dengan pelbagai isu yang dibangkitkan dan diperjuangkan. Kempen untuk pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya telah pun bermula Khamis lalu dengan penamaan calon-calon daripada Penggerak Mahasiswa, Pro-Mahasiswa dan Bebas.  Yang mana masing-masing meletakkan calon-calon mereka untuk merebut kerusi-kerusi yang dipertandingkan di peringkat Fakulti dan Umum. Antara perkara yang menarik untuk kali ini ialah :-

1. Kerusi APIUM kini menjadi rebutan antara Pro-Mahasiswa dan Bebas APIUM yang mana sebelum ini tidak berlaku pertandingan.

Terdapat juga pelbagai isu dan perkara lain telah berlaku sepanjang kempen PRK ini yang menjadikan pilihanraya kampus UM ini sentiasa panas. Namun, hanya mahasiswa UM sahaja yang akan dapat menilai sejauh mana kebenaran dan ketelusan pihak-pihak ini menggunakan isu-isu tersebut sebagai 'umpan' untuk memancing undi. Apa pun isu atau masalah yang dibawakan mereka itulah yang menjadi keutamaan mahasiswa UM untuk mendapatkan manfaat dan hak-hak yang perlu diperjuangkan. Antara isu yang saya fikir perlulah diperjuangkan dan dibela ialah :-
1. Masalah Bas (Perhentian, jadual)
2. Perpustakaan (Yuran, perkhidmatan seperti surau)
3. Kolej (Yuran, kafe)
4. Keselamatan (CCTV, Pondok guard)
5. Kemudahan (Parking motosikal di fakulti-fakulti dan kolej, harga makanan kafe-kafe)
6. Perkhidmatan (Wireless UM)
7. Kebajikan pelajar luar kampus.
8. Sistem UM (Pendaftaran Online, Zero balance)
9. Masalah-masalah lain yang timbul.

Itu adalah di antara masalah yang perlu diperjuangkan untuk mahasiswa UM yang saban tahun perlu diselesaikan. Sudah menjadi lumrah, setiap tahun ada sahaja isu-isu  baru yang menjadi masalah kepada mahasiswa. Dan menjadi harapan mahasiswa Universiti Malaya semoga calon-calon yang terpilih dengan undian dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. Insya-Allah. Mana-mana calon yang  telah menang dalam pemilihan kali ini, sememangnya layak untuk menjalankan tugas-tugas tersebut untuk membantu mahasiswa. Kerana itulah mereka dipilih menjadi calon. Jadi jangan hampakan harapan pengundi-pengundi.

Berita-berita sepanjang PRK UM boleh didapati di laman-laman berikut :-
5. Pro-Student UM
6. UM-today

Senarai Calon untuk pilihan raya kampus kali ini boleh dilihat DI SINI.

Jadi untuk menghangatkan lagi PRK UM pada tahun 2011 kali ini, mari dengarkan Lagu Universiti Malaya serta lagu tema bagi Pro-Mahasiswa dan Penggerak Mahasiswa.

Lagu Universiti Malaya

Lagu Tema Pro-Mahasiswa

Lagu Tema Penggerak Mahasiswa

Jadi, bagi memastikan pilihanraya kampus Universiti Malaya ini berjalan lancar, semua mahasiswa UM diharapkan dapat turun membuang undi melalui sistem e-undi yang digunakan pihak Universiti Malaya. Semoga pemilihan pada kali ini akan berjalan lancar. Insya-Allah.

SELAMAT MENGUNDI MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

1 ulasan:

a n a s t a s y e a berkata...

Selamat mengundi kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UM =)

anastasyea's latest post .. (Video) AzizulHasni Awang | Kayu Tersusuk Paha Kiri

Nuffnang