Assalam, pagi-pagi dengar radio Hot fm, tiba-tiba terdengarlah lagu Cindai yang pernah dinyanyikan oleh penyanyi popular Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza ini telah dinyanyikan semula oleh penyanyi negara China Chien Bai Hui. Saya bukanlah tahu sangat mengenai muzik ini. Tetapi, pada saya ini sesuatu yang membanggakan kita rakyat Malaysia kerana penyanyi luar negara ini bukan sahaja menyanyikan lagu ciptaan Malaysia, malah menggunakan juga bahasa Melayu di akhir lagu yang dinyanyikan itu. Bukan senang lagu kita mahu ke negara lain kalau bukan kerana lirik lagunya yang mempunyai maknanya yang sangat menarik untuk didengari.
Penyanyi ini bukan sahaja menyanyikannya di dalam bahasa cina, malah turut menghasilkan video klip yang dapat ditonton di dalam youtube. Walaupun ianya telah dinyanyikan oleh Datuk Siti lebih 10 tahun lalu, tetapi lagu ini juga mampu mempromosikan Malaysia ke luar negara dengan lirik bahasa Melayu yang masih kekal dan cuba dinyanyikan juga penyanyi ini. Kelebihan kita, pendengar akan mengenali bahasa Melayu di dalam lagu yang mereka dengarkan. Jadi, saya sertakan video klip yang dihasilkan beliau di dalam bahasa Cina.
Jadi, cuba dengarkan pula lagu yang dinyanyikan oleh Datuk Siti ini. Yang membezakan cuma bahasanya sahaja dan beberapa baris lirik yang masih dikekalkan bahasanya.
Sekadar perkongsian untuk menunjukkan bahawa, kita juga mampu mencipta sesuatu yang boleh dikagumi oleh masyarakat antarabangsa. Sebenarnya banyak perkara juga kita mampu tandingi di peringkat antarabangsa. Namun, kita sahaja mungkin tidak pernah tahu akan perkara ini.
Sekian, MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
2 ulasan:
Memang serupa :')
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.
http://magnoliapert.blogspot.com/
@magnoliapert
Sama? haha... . bahasa tak sama... :)
Bebangga jadi rakyat Malaysia...
:)
Catat Ulasan