HALAMAN UTAMA

Mudah Kitar Semula di Lembah Klang? (Part 1)

Salam semua pembaca Minda Insan. Dunia hari ini tidak sunyi dengan pelbagai usaha untuk memelihara bumi kita agar senantiasa berada di dalam keadaan yang hijau. Namun, kita sebagai individu mungkin tidak mengambil peduli selagi ianya tidak mempunyai kaitan dengan diri sendiri. Persoalan yang ingin saya bawakan ialah apakah yang boleh kita lakukan sebagai seorang manusia yang berguna di bumi ini.

Di dalam Islam juga telah lama ditekankan mengenai penjagaan alam sekitar. Tetapi sejauh mana kita mempraktikkannya? Baiklah, di sini dengan mudahnya saya ingn menyarankan kepada sesiapa yang mempunyai keinginan untuk menjaga alam sekitar serta sudah menjadi tanggungjawab sebenarnya membantu untuk proses mengurangkan sampah yang ada di rumah atau di mana sahaja kita berada dengan cara kitar semula.

Para pembaca sekalian, di sini bukan nilai wang yang ditekankan. Sebagai mana yang saya penah tuliskan pada post sebelum ini, mengenai sampah adalah wang. Itu sudah sememangnya betul kerana ianya sememangnya mempunyai nilai jika kita bijak mengambil peluang dan ianya adalah suatu nilai tambah yang terdapat padanya. Tetapi di sini, saya ingin menekankan bagaimana penjagaan alam sekitar dengan lebih optimum dapat dilaksanakan bermula dengan tempat kita tinggal.



Bukan sahaja hanya mengitar semula sebahagian sahaja barangan seperti :-
a) kertas, surat khabar, kotak
b) botol plastik
c) tin aluminium

tetapi kini keseluruhan sampah yang kita hasilkan. Dengan kata lain :-
a) plastik pembungkus makanan
b) kotak air (Tetra Pak)
c) semua jenis bateri (AA, AAA, D, C, bateri handphone)
d) botol kaca (dibersihkan)
e) tin-tin makanan
f) Selain daripada fabrik, organik, cecair dan kayu tidak boleh dihantar untuk kitar semula.

Jadi, bagi saya setakat ini untuk kawasan lembah Klang, tiada lagi penghalang untuk tidak boleh menghantar barangan kitar semula ke kilang. Kerana terdapat sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan mengambil SEMUA JENIS barangan kitar semula dari pintu rumah anda.

Mungkin anda sudah mempunyai tempat atau perkhidmatan membeli barangan kitar semula di rumah anda. Baik, di sini ingin saya tekankan kepada anda, bahawa syarikat yang saya perkenalkan ini adalah satu-satunya syarikat yang akan menerima dan mengambil semua barangan yang boleh dikitar semula tanpa menolak satu pun jenis barangan tersebut.

Kerana apa, seperti yang biasa kita ketahui, walaupun di tempat kita terdapat kedai yang membeli barangan tersebut, tetapi mereka tidak menerima kebanyakkan barang yang boleh dikitar semula seperti bag plastik, kaca atau botol kaca, barangan elektronik, katrij komputer dan sebagainya. Di sini, dapat dilihat bahawa kita sebenarnya telah terhalang untuk mengitar semula barangan tersebut walaupun ianya boleh dikitar semula.


Untuk pengetahuan para pembaca, saya bukanlah ingin mengatakan bahawa kedai-kedai yang sedia ada membeli sebahagian barang kitar semula tidak membantu. Tetapi ingin saya katakan lebih baik untuk kita memberikan sumbangan yang optimum kepada alam sekitar kita dengan mengurangkan sampah yang dibuang terus ke tapak pelupusan sampah. Mereka mungkin tidak menerimanya kerana tiada tempat untuk dihantar barangan tersebut. Kita di sekitar lembah Klang ada pilihan.

Contoh laman untuk masuk ke akaun ahli.

Jadi, jika anda betul-betul inginkan kawasan yang hijau di masa akan datang, berusahalah mencari jalan untuk membolehkan sampah anda dikitar semula. Bagi penduduk sekitar lembah Klang, anda boleh berdaftar dengan sebuah syarikat yang dinamakan Recycle and Reward.

Mengapakah saya cadangkan kepada anda? Saya sebenarnya sangat komited untuk menyokong usaha yang dijalankan oleh mana-mana pihak yang berminat untuk membantu dalam menjaga alam sekitar. Walaupun perkhidmatan ini masih lagi baru dan telah pun berjalan sekitar setahun yang lalu. Namun, pendekatannya adalah sangat baik untuk permulaan ketika ini. Saya akan jelaskan kepada anda bagaimana perkhidamatan ini memudahkan kita dan apa yang telah saya perolehi melalui perkhidmatan ini setakat ini pada post yang akan datang.

Contoh Borang Pendaftaran.

Saya sedia membantu anda untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Mudah, mesra pengguna dan kitar semula menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN - Info ditambah, Minda bercambah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya

Farid berkata...

@Tanpa Nama Terima kasih.

Nuffnang