Doa Waktu Dhuha (Amalan Doa Murah Rezeki)

Assalamualaikum, salam tahun baru 2012. Sempena tahun baru ini, saya ingin kongsikan satu doa yang seelok-eloknya kita bacakan sebagai amalan seharian kita. Apa salahnya setiap hari kita berdoa untuk murah rezeki atau pun jika berkesempatan, selepas kita selesaikan menunaikan solat dhuha, lebih baik.

Kita mudah ingat apabila sesuatu lagu dimainkan berkali-kali dan sering menyanyikan semula. Apa kata kali ini, kita dengarkan pula doa-doa yang mana sering kita lupa dengan cara melagukannya seperti doa-doa, hadith-hadith dan juga ayat suci alquran mengikut bacaannya yang betul. Disamping dapat mengingati doa dan bacaan, kita dapat juga menjadikannya sebagai zikir dan mengingati Allah.

Kadang-kala, kita tidak tahu bahawa lagu-lagu yang dilagukan itu adalah maksud ayat-ayat suci al-quran. Saya hari ini kongsikan doa waktu dhuha atau pun doa murah rezeki. Semoga kita mudah mengingatinya melalui cara yang sesuai dan tidak menyalahi sebutan dan maknanya. Insya-Allah. Bolehlah dikongsikan atau disebarkan ke dalam blog-blog, Facebook dan apa-apa medium yang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------


 Doa Waktu Dhuha / Doa Murah Rezeki
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاؤُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، والْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، والْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ في الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ، آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.

Maksudnya : Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,

Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh.

------------------------------------------------------------------------------------------



Ini pula adalah doa dalam bentuk gambar yang saya telah convertkan suapaya mudah dicopykan dan dikongsikan.



Di bawah ini pula salah satu bagaimana doa ini dialunkan untuk memudahkan kita mengingatinya dan dibaca setiap hari.



Dan sedikit cara-cara menunaikan solat Dhuha jika saudara mempunyai kelapangan adalah seperti di bawah:-
  1. Bilangan Rakaat: 2 sehingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam).
  2. Waktu anggaran diantara 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
  3. Niatnya Solat dhuha adalah seperti di bawah.
  4. Baca ketika sujud terakhir bacaan di bawah sebanyak 3 kali.
  5. Selepas salam, barulah baca doa Dhuha.



Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

2 comments:

Hajar Zaki said...

tq atas doa ni..:)

umi adam faris said...

Tq..tambah ilmu dengan ini

Nuffnang

Link Bersama