HALAMAN UTAMA

Daftar Pemilih, Anda Dah Layak Mengundi?

Salam pembaca yang budiman. Dah daftar sebagai pemilih? Tau tak apa yang dikatakan daftar pemilih tu? Rasanya semua dah tahu kan. Khususnya pada anak muda yang telah mencapai usia 21 tahun. Semua  yang layak wajib daftar untuk memastikan kita boleh mengundi pada pilihanraya nanti. Saya pun dah daftar dah. Masa YOUTH 10 di PWTC bulan lepas. Bukan apa saudara, kita ni dah la tak minat politik sebab nampak macam-macam dalam politik bukan? (tapi aku minat gak pasal politik ni). Walaubagaimana sekali pun kita tak ambil tahu politik, saya serulah kepada mereka yang dah layak mendaftar, supaya teruslah mendaftar. Jangan tunggu lama-lama.

Saudara pembaca pun tahu kan. Malaysia ni, negara demokrasi yang memilih pemimpin dalam pilihanraya yang dilakukan setiap lebih kurang 5 tahun sekali. Jadi, kita kenalah pilih wakil kita selagi kita berada di Malaysia. Sebab, kalau bukan kita, sapa lagi? Mengikut survey yang dilakukan saya sendiri dalam laman Youthsays yang saya lakukan, mungkin masa saya buat polls, tak ramai lagi yang join YouthSays.



Jadi dalam 509 pengundi sahaja yang mengundi, didapati hanya 162 orang sahaja yang telah mendaftar iaitu sebanyak 31% sahaja. Manakala 249 orang belum mendaftar iaitu 48%. Dan 98 orang belum cukup umur iaitu sebanyak 19%. Alangkah sedikitnya yang sedar akan kepentingan untuk mendaftar.  Jika ianya mewakili belia Malaysia, amatlah mengecewakan. Tetapi saya yakin ini hanyalah jumlah minoriti sahaja yang tidak boleh dijadikan pengukur belia di Malaysia.


Namun begitu, Saudara sekalian, sebelum itu, tahukah anda, dimanakah kita boleh mendaftar sebagai pemilih? Antaranya ialah :-

5. Pasukan Outreach SPR

Rujukan : http://www.spr.gov.my/index_files/pendaftaran_pemilih/pendaftaran_pemilih.asp

Untuk pengetahuan, saya juga telah mendaftar dan caranya amat mudah dan senang apabila tiba di mana-mana kaunter pendaftaran yang kadang-kadang dibuka di tempat-tempat karnival atau festival atau pun program-program tertentu, Caranya ialah :-

1. Isi borang dan berikan Kad pengenalan untuk disemak dan dibuat salinan.
2. Tandatangan pada borang.
3. Dapatkan salinan untuk rujukan jika berlaku apa-apa masalah.

Apa yang dimaklumkan, kelulusan untuk diluludkan permohonan adalah selama 6 bulan. Lama tak? lama kan? Jadi dia minta untuk menyemak nama tersebut di laman web SPR lepas tempoh tersebut. Jadi, saudara perlu segeralah mendaftar untuk mengelakkan tidak layak mengundi pada pilihanraya yang terdekat nanti. Kepada yang belum layak, sabar ye. Sebab akan sampai masa anda daftar, cepat-cepatlah daftar. Jadi siapa-siapa yang ingin menyemak, sila ke SEMAK NAMA ANDA .

Saya sangat bimbang, mungkin sebab faktor berpolitik sekarang pemuda Malaysia hari ini tidak minat untuk mengambil bahagian dalam politik. Pada saya, kita perlulah sentiasa mengambil tahu masalah di dalam politik negara kita agar kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, lebih bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan di dalam kepimpinan negara. Kita wajib memilih wakil kita. Ini bagi memastikan tiada pihak luar yang akan masuk campur dalam hal politik negara kita.

Saudara pembaca sekalian. Tahukah anda apa keputusan pilihanraya 2008 di seluruh negara? Saya di sini suka untuk berkongsi agar kita dapat melihat suatu gambaran yang menyeluruh yang berkaitan dengan keputusan yang diperolehi oleh parti-parti politik ketika keputusannya diumumkan. Berikut adalah keputusan di peringkat DUN dan Negara. 


PETA KEPUTUSAN DEWAN RAKYAT


PETA KEPUTUSAN DUN


Menarik sungguh melihat taburan parti ini. Walau apa pun parti yang menang, kitalah penentunya. Namun, mereka tetap sayangkan Malaysia dan kitalah yang memilih mereka. Siapa yang layak, kitalah yang menilainya dengan mengambil tahu hal-hal dan perkara yang berlaku sekarang. Kitalah yang menyebabkan politik yang ada sekarang menjadi bersih atau kotor, atau apa sahaja. Kerana apa? Kerana kita sebagai pengundi, kita yang memilih mereka, sama ada mereka layak atau tidak, kita yang perlu menilai. Jadi, marilah sama-sama mendaftar untuk melayakkan kita mengundi di hari pengundian.

Saya suka bawakan serba sedikit maklumat mengenai parti politik yang terdapat di Malaysia yang di ambil daripada laman sensawang Pilihanraya Umum Malaysia


Saudara-saudara bolehlah menambah ilmu pengetahuan mengenai politik serba sedikit daripada info yang ada dan bolehlah merujuk mengenai corak pengundi yang mengundi pada setiap pilihanraya di Laman tersebut. Sebelum itu, saya ingin menwar-warkan juga INFORMASI yang di petik daripada laman web SPR :-

TAHUKAH ANDA ..      [ upload pada : 29 Jun 2010 ]
1. Apabila anda berpindah ke tempat lain dan membuat pertukaran alamat di dalam Mykad dengan JPN, ini tidak secara automatik akan menukarkan tempat anda mengundi. Anda perlu memohon dengan SPR untuk pertukaran alamat di dalam Daftar Pemilih ke tempat mengundi yang beru mengikut alamat baru di dalam Mykad anda.

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 24 Jun 2010 ]
1. Apabila anda mendaftar sebagai Pemilih, tempat atau kawasan Bahagian Pilihan Raya di mana anda akan mengundi ( Parlimen dan Negeri ) adalah ditentukan berdasarkan alamat di dalam Daftar Pemilih iaitu mengikut alamat di dalam Mykad anda.

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 21 Jun 2010 ]
1. SPR hanya memotong nama seseorang dari Daftar Pemilih berpunca dua faktor
a. Apabila menerima pengesahan kematian dari JPN
b. Menerima pengesahan sabitan kesalahan Mahkamah yang melibatkan hukuman penjara melebihi 1 tahun atau / dan denda melebihi RM2000.00

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 16 Jun 2010 ]
1. Nama Pemilih Berdaftar yang telah meninggal dunia tidak boleh dikeluarkan daripada Daftar Pemilih selagi pengesahan rasmi kematian tidak diterima dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ). Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan kematian waris anda kepada JPN untuk dikeluarkan sijil kematian. Sijil penguburan yang dikeluarkan oleh Balai Polis tidak boleh digunakan SPR untuk memotong nama seseorang daripada Daftar Pemilih. Sjili kematian yang sah daripada JPN sahaj yang boleh diterima sebagai bukti kematian seseorang Pemilih Berdaftar.
 
TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 11 Jun 2010 ]
1. Untuk mengundi dalam Pilihan Raya ( sama ada pilihan raya umum atau pun pilihan raya kecil ) anda hendaklah seorang PEMILIH BERDAFTAR. Anda perlu mendaftar sebagai Pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) supaya dapat hak mengundi dalam mengundi dalam pilihan raya.

2. Anda boleh mendaftar di tempat-tempat berikut :  
a. Pejabat-pejabat SPR di Putrajaya dan di setiap negeri di seluruh negara;
b. Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara;
c. Kaunter Pendaftaran Bergerak SPR;
d. Wakil-wakil Parti Politik yang dilantik SPR
e. Wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan yang dilantik SPR

3. Kelayakan Untuk Anda Mendaftar :  
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 21 tahun ke atas
c. Tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang
d. Bawa Kad Pengenalan (Mykad) anda
e. Hadir sendiri semasa mendaftar

Sumber : http://www.spr.gov.my/

Saya menyeru sangat sebagai rakyat Malaysia, saya ingatkan, marilah sama-sama kita mendaftar jika belum, yang penting adalah pendaftaran, anda mengundi parti apa pun tiada siapa nak halang. Keputusan ditangan anda. Jangan tidak tahu satu undi anda amat bermakna untuk menetukan keputusan pilihanraya nanti. JOM mendaftar.

Maklumat menarik yang telah dirujuk penulis di laman berikut :-

MENDAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI SEKARANG JIKA ANDA SUDAH LAYAK.

Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

2 ulasan:

anakasih berkata...

jom mendaftar sbg pemilih~

Farid bin Aspar berkata...

jom... anakasih dh daftar? klau belum.. cepat2 la...

Nuffnang