HALAMAN UTAMA

Lecehnya berkhidmat di Malaysia?

Salam kepada pembaca budiman, sering kali kita mendengar pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar negara tidak mahu pulang berkhidamt di Malaysia bukan? Sesekali pernah juga terdengar sembang-sembang mereka yang bergelar doktor atau pun sesiapa sahaja. Apakah yang menyebabkan mereka tidak mahu pulang ke Malaysia? Mungkin antara faktor-faktor ini benar atau pun tidak, tak tahulah. Saya sekadar berkongsikan perbincangan ringkas mereka sahaja.

Bukannya negara kita tak cukup doktor katanya, tapi mereka yang nak berkhidmat dengan hospital kerajaan yang kurang. Betulkah? tak tahulah. Mengapalah jadi macam ni ye... Katanya, doktor-doktor yang dah berkhidmat lama di luar negara sampai ada yang sudah jadi pakar bedah bertahun lamanya pun ingin berkhidmat di tanah air. Tetapi kadang-kala hasrat mereka nie disusahkan di tempat sendiri.

Ye la. katanya, sedangkan kalau berkhidmat di negara orang lain dah bertahun-tahun jadi pakar, lepas tu pulang ke tanah air sebab rindu nk berkhidmat di Malaysia kene pula buat ujian untuk mengesahkan kelayakan mereka sebagai doktor untuk mendapat tauliah. Tapi kalau mereka tidak bertauliah atau tak layak, takkan la boleh jadi pakar di negara orang bertahun-tahun? seperti pakar bedah atau pun pakar-pakar lain. Ye la, mana taknya, kata kekurangan doktor untuk berkhidmat di hospital-hospital kerajaan. Tapi bila panggil mereka balik ke negara sendiri, macam-macam perkara yang melecehkan perlu dibuat. Sedangkan mereka dah diiktiraf oleh negara luar sampai mereka boleh jadi pakar.

Tak kiralah, doktor ke bukan. Tapi mereka nie bincangkan profession kedoktoran la. Betul juga la kan. Mereka kene la berkhidmat di tanah air sendiri. Tapi bila sampai di negara sendiri, seolah-olah mereka baru lagi dalam bidang kedoktoran. Macam mana kan. Tapi tak tau la sejauh mana kebenarannya. Mungkin para pembaca yang lebih mengetahui boleh berkongsi bersama saya. Mungkin juga faktor gaji yang tak setimpal juga jadi faktor. Ye la, dah belajar susah payah dan dalam masa yang lama, tapi gaji masih lagi rendah. Tambahan pula kerjanya banyak kene cover pesakit-pesakit kan.

Tak tahu la sejauh mana doktor-doktor di Malaysia ni mengalami masalah kerja mereka. Sebab saya pun bukanlah tahu sangat, tetapi sekadar terfikir bagaimana jika benar ianya berlaku dan adakah ianya akan berterusan? Tetapi bagaimana pula dengan profession yang lain? Saya juga terfikir mengenai orang-orang yang lebih arif dalam bab agama atau mufti-mufti, ulama'-ulama' yang sudah terkenal dan telah lama dikenali.

Bagaimana pula tugasan mereka dan tanggungjawab mereka untuk meneruskan dakwah ataupun mengajarkan ilmu? Mereka juga bukanlah tidak dikenali. Tetapi sudah terkenal juga saya kira dalam kalangan masyarakat. Bukanlah untuk merujuk kepada Ustaz Asri pensyarah USM yang pernah menjadi mufti perlis semata-mata. Tetapi pendakwah-pendakwah lain yang mungkin telah dikenali lama. Bagaimanakah keberkesanan prosedur ini membantu untuk mengembangkan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui ceramah-ceramah.

Bukanlah untuk mempertikaikan atau menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi sekadar memberikan cetusan minda supaya berfikir, bagaimanakah kita boleh memperhalusi prosedur atau kaedah yang sedia ada supaya lebih logik dan memudahkan usaha-usha dakwah berjalan dengan lebih berkesan dan cantik. Pada pandangan saya, apa yang salah tetap salah jika ianya jelas tertulis. Tetapi, ianya perlu ditegur dengan baik dan dalam masa yang sama memberikan masa dan memudahkan perjalanan dalam usaha yang murni.

Bagaimana juga sesuatu perkara itu kadang-kala dimanipulasikan dengan salah untuk kepentingan sesetengah pihak? Kita kadang-kala memilih dan memerlukan mereka untuk berkhidmat, tetapi dalam masa yang sama, kita menyekat mereka yang lebih layak untuk menggalas tugas tersebut. Sukar juga sebenarnya untuk mendapatkan mereka yang berkhidmat dengan tulus ikhlas dan bertanggungjawab. Jadi bagaimana? adakah benar Malaysia ini suka memperlecehkan sesuatu yang tidak perlu? Hanya mereka yang pernah melaluinya dan mempunyai pengalaman sahaja tahu apakah kebenarannya.

Jadi kepada para pembaca yang sudi perkongsi pengalaman atau pandangan, silalah... Amat dialu-alukan untuk mencari kesahihan situasi ini. Sama ada memang berlaku atau sekadar terlepas pandang.

Sekian... Terima kasih...

MINDA INSAN - INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH...

Tiada ulasan:

Nuffnang