HALAMAN UTAMA

Bayi siapa? Masa depan mereka? (part 2)


Begitulah ayat yang memberitahu bahawa kita dijadikan dalam tiga kegelapan. Masya-Allah. Allahuakbar. Segala kejadian itu datang daripada Allah. Baik dan buruk semuanya daripada Allah. Tetapi, manusialah yang mencorakkannya. Allah kata kun fayakun, maka jadilah ia. Saudara pembaca sekalian, hati ini rasa sangat gerun dan geram apabila mendengar atau melihat perkara zina ini disebut dan dianggap sesuatu yang biasa dan sebagai suka-suka atau pun hiburan. Masya-Allah. (Ya Allah, jauhkanlah aku daripada terjerumus ke lembah maksiat yang engkau murkai itu, teguhkan iman aku untuk menepis segala godaan yang datang kepadaku, Ya Allah. Hanya padaMu aku memohon perlindungan. Amin). Sebelum saya meneruskan kata-kata saksikanlah beberapa lagi gambar yang sangat menyanyat hati ini.





Sanggupkah jika kita dikerumuni semut? Jadi apa yang anda rasa, itulah yang bayi ini rasakan.


Ya Allah, saudara pembaca, sudah sempurna jasad ini, sudah jelas anggota badannya, mengapakah kita mem'buat'nya jika kita mahu membunuhnya?

Sanggupkah anda membunuh?

Masya-Allah... Tubuh kecil yang tidak berupaya. 

Nampak matanya? mungkin ini salah satu peringkat pengguguran. 

Lihatlah insan kerdil ini, hasil kenikmatan berzina.

Saudara pembaca sekalian, mungkin kita tidak pernah terfikir untuk melihat jasad-jasad sempurna seorng manusia yang sangat dimuliakan ini. Mengapakah kita membunuh mereka? apakah salah mereka? Kemungkinan pembunuhan jasad-jasad kecil ini dilakukan oleh mereka yang mempunyai hubungan yang sah juga tidak dinafikan, tetapi prioriti untuk berlaku kepada pasangan yang tidak sah hubungan pernikahan atau ikatan adalah lebih tinggi. Akal manusia sering mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Maka, inilah jalan yang diambil, kerana apa? tidak mahu menanggung malu, tidak mahu mempunyai anak tidak sah taraf. Tetapi, sejauh mana mereka untuk mencari jalan supaya ikatan itu sah? 

Apakah yang dimahukan oleh pasangan-pasangan yang membuat anak tidak sah ini? Kepuasan seks? Keseronokkan berhibur? bukti kesetiaan? bukti kasih-sayang? Apakah ini jalan yang betul untuk kesemua itu? Kenapa tidak dibuktikan dengan membuat hubungan yang sah? Adalah lebih baik dan sangat disokong oleh sesiapa sahaja yang berfikiran waras dan berpegangan agama yang tinggi. Apa yang sepatutnya dilakukan mereka? Lihatlah wajah jasad-jasad malang ini untuk memahami siapakah mereka dan dari manakah asal usul mereka? siapa bapa dan ibu mereka? mereka diperlukan didunia ini atau tidak?

>Lihatlah saiz bayi ini yang sebesar sebuku sabun. Siapalah bapanya?

"Kenapa aku tidak diterima di dunia ini?" jika bayi ini boleh berkata-kata.

Apakah manusia zaman ini melahirkan sampah? akukah sampah?

Oh ibu~ mengapa aku dibiarkan begini? Di manakah ayah? Sungaikah tempat aku hidup? oh~

Mungkinkah aku berasal daripada batu? Adakah ibu bapaku batu? 

Cuba anda lihat, tanpa hubungan yang sah pun, belum tentu kasih-sayang itu dibuktikan benar atau dapat dikekalkan mereka yang perfikiran kolot dan cetek. Mungkinkah mereka tidak pernah terfikir? Tetapi kasihan juga kepada pasangan yang berzina ini. Tiada siapa pernah menegur anda? Atau anda sendiri yang menolaknya? Nikahlah, itu yang selamat. Saya percaya, masyarakat melayu kini sukar untuk membenarkan anak-anak mereka untuk berkahwin selagi belum dapat perkerjaan dan belum habis untuk belajar. Biasa sangat alasan ini. Apa yang mereka takut ialah macam mana nak menyara dan menanggung isteri dan keluarga. Itu sudah semestinya betul. Tetapi, kita boleh atasi dengan bantuan saudara-mara, ahli keluarga, badan-badan kerajaan dan swasta dan masyarakat. Itu cukup mudah dicakap bukan? 

Walaubagaimanapun, cuba fikir sejenak. Jika anak-anak yang ingin berkahwin dihalang dengan alasan tersebut, apa yang akan berlaku? jika mereka sudah hilang punca dan melakukan perzinaan (Na'uzubillahiminzalik). Siapa salah? mereka sudah tentulah bersalah. Tetapi mereka sudah cuba untuk mengikut jalan yang betul. tetapi kita pulak suruh diorang ikut jalan lain. Tu yang jadi lain, mati tengah jalan ke? karam dilautan ke?. Kalau mereka dah ada depan pintu untuk ke gerbang perkahwinan tu, bukakan je la. Benarkan mereka masuk. Supaya tidak berlaku maksiat yang memberikan kesan lebih buruk dan hina.

Cuba bayangkan, masalah sudah tentu akan ada di mana-mana. Tetapi, yang mana satu yang anda pilih? Sebab, mahu tak mahu masalah tu akan anda hadapi. Yang pertama masalah yang datang daripada perkara yang baik. Anda boleh la mintak pertolongan orang lain tanpa terhina, walaupun malu. Orang pun akan faham situasi anda dan anda hanya ada satu malu sahaja iaitu tidak mampu. Nak buat macam mana, dah tak murah rezeki kan. Kalau dapat bayi pun tak segan nak minta orang jagakan, yang penting keturunan sah dan tidaklah dihina dan tidak berdosa pula.

Yang kedua, masalah yang datang daripada perkara buruk. Iaitu zina. Anda sudahlah berzina. Ada masalah pulak tu. Lepas tu, ada anak pula. Anda bolegh minta tolong orang tetapi dengan hina dan malulah. Orang akan pandang hina sebab anda telah melakukan perkara yang paling hina dan maksiat yang besar. Anda berdosa pula sebab membuat anak yang tiada bapa yang sah. Maka, bayi itu tiada bapa dan tiada keturunan. Macam mana masyarakat akan datang? Anda buat masalah berterusan di masa akan datang bila, anak itu sudah dewasa. Sukarkan untuk berkahwin, mendapatkan harta pusaka dan sebagainya. Kehidupannya mungkin akan terus dihina.

Jadi bagaimana? sekadar untuk anda berfikir. Permudahkanlah hubungan pasangan anak anda. Murah rezeki untuk orang yang berkahwin. Tetapi, mesti anda akan persoalkan kenapa banyak pasanagan lepas kahwin banyak masalah. Betul kan? Itu semua memang benar. Wahai saudara pembaca sekalian, kita kena yakin kepada Allah dan kene la ikut apa yang Islam suruh barulah boleh dapat berkat. Macam kita kerja la juga. Kalau tak ikut peraturan atau tugasan-tugasan yang diberikan dan ditetapkan, mana mungkin kita akan dapat hasilnya yang baik. Bukan begitu?

Mengapa sampai macam ni sekali aku disambut di dunia?

Apakah dunia ini penuh dengan kezaliman? Lihatlah kepalaku. Dimana kepalaku? aduh~

Apakah aku seperti kucing atau anjing? rumahku di tempat sampah? mungkinkah ibu bapaku juga tinggal di tempat sampah?

Aduh~ cuba saudara pembaca bayangkan yang saudara terbaring berbogel begitu dengan tali pusat masih ada. Sanggup? tapi bayi ini sanggup kerana terpaksa. Masya-Allah.


Baiklah saudara sekalian. Fikirkanlah. Apakah patut nikah atau hubungan yang hala itu dihalang atau disekat semata-mata bimbang masalah yang datang daripada perkara yang baik? atau masalah datang daripada perkara yang buruk. Mana yang anda sanggup menahan malu? mana yang lebih teruk. Jadi, saya tinggalkan dulu penulisan yang serba kekurangan ini dengan gambar yang terakhir dan nota untuk semua daripada ibu seorang bayi yang ditinggalkan.

Aku ditinggalkan ibuku. Ambillah aku...

Nota yang ditinggalkan bertulis "Assalamualaikum... Sebagai hamba Allah, saya tahu perkara ini DOSA BESAR, tapi apakan daya saya... Hanya satu saya pinta, tolonglah saya uruskan pengkebumian arwah anak anak saya dengan sempurna... Berharaplah saya agar tidak diperbesarkan hal ini... Saya benar-benar insaf dan bertaubat atas segalanya... Jadi berbesarlah hati saya sekiranya tuan atau puan sudi menguruskan. Hanya disini sajalah saya rasa tempat yang sesuai... moga-mogaAllah membalas budi baik tuan dan puan... anak ini bernama Nur Ain Atikah bte Abdullah. Dilahirkan pada 20/12/2006 jam 1.45pg dan meninggal pada tarikh yang sama jam lebih kurang 4.30 pagi... wassalam... " 
Masya-Allah-Allah... Saudara pembaca sekalian...
>Sekian dahulu buat masa ini.
-MINDA INSAN-
Info ditambah, Minda Bercambah

Tiada ulasan:

Nuffnang