HALAMAN UTAMA

Tips Penjagaan Bateri Laptop Terbaik?

Assalamualaikum, perkongsian hari ini berkaitan tips bagaimana cara penjagaan bateri laptop yang terbaik dan dapat memanjangkan jangka hayat bateri laptop. Selepas merujuk beberapa laman web dan perkongsian, saya kongsikan maklumat yang berguna kepada anda semua.

Baiklah, sudah tentu anda semua mahukan laptop anda mempunyai bateri yang boleh bertahan lebih lama dalam jangka masa yang panjang. Jadi bagaimanakah caranya yang terbaik dan sebenar dalam penjagaan bateri laptop ini? Mari sama-sama kita berkongsikan tips yang berkaitan bersama.

Tips Langkah Permulaan Penjagaan Bateri (baru) Untuk Penggunaan Pertama Kali
  1. Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila  pertama kali anda menggunakannya.
  2. Kemudian, TANPA ‘on’ laptop, cas bateri itu selama lapan (8) jam. Jika ‘indicator’ di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas sehingga lapan (8) jam. Ingat! Jangan sesekali ‘on’ laptop! ketika sedang cas untuk pertam kali.
  3. Selepas lapan (8) jam, cabut charger/adapter dari laptop. Dan dengan HANYA menggunakan   bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri itu.
  4. Selepas ini, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh.





Tabiat Yang Perlu Dielak Ketika Mengendalikan Bateri Laptop
  1. Elakkan dari selalu mengecas bateri - Satu bateri  laptop mempunyai jangka hayat lebih  kurang 300 ke 500 pusingan cas. 
  2. Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan. Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya (0%). Tetapi, tinggalkanlah sekurang-kurang 5% dari kuasa yang ada. 
  3. Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan bateri  10 minit dan cas balik 5 minit (ini dikira satu pusingan).
  4. Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan. Kemudian cas semula. Ini akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri.
  5. Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu.                                                                                      -  Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh (100%), bateri akan bengkak dan tidak boleh  menyimpan banyak kuasa.                                                                                                                  -  Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung (0%), dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.
  6. Elakkan kepanasan - Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan sebagainya. 
  7. Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.
  8. Elakkan terlebih cas (overcharging) – Overcharging akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger bila ‘indicator’ sudah menunjukkan bateri sudah penuh.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengoptimumkan lagi penggunaan bateri bagi laptop anda. Jika mahukan artikel lain yang berkaitan, anda bolehlah lihat pada link yang berikut untuk tambahan maklumat. Semoga berjaya.

Sumber lain boleh dirujuk:
http://batterycare.net/en/guide.html
http://www.pcmag.com/article2/0,2817,2324229,00.asp

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang