HALAMAN UTAMA

Perkembangan Situasi Di Lahad Datu? Pertempuran tamat?

Salam, rakyat Malaysia pada hari ini diseru untuk mendoakan keselamatan anggota keselamatan negara yang sedang mempertahankan negara daripada pencerobohan pihak luar yang masuk ke dalam negara di Lahad Datu, Sabah dengan membawa senjata api.

Oleh yang demikian, pencerobohan yang telah mengorbankan 8 orang anggota keselamatan negara itu kini menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Operasi besar-besaran yang dibuat bermula 7.00 pagi ini sedang mendapat perhatian rakyat Malaysia yang mahu mengetahui keadaan dan situasi terkini di Lahad Datu. 

Oleh itu, mari kita lihat kemaskini terkini melalui Twitter yang dikemaskini oleh semua yang prihatin dengan keadaan di Lahad Datu.


KENYATAAN MEDIA TERKINI KPN SUMBER POLIS DIRAJA MALAYSIA

LAHAD DATU: KENYATAAN MEDIA KPN 
Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.

Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.

Oleh itu semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.

Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke Kampung Tanduo.



Perkembangan langsung di Malaysiakini sejak 7:00 Pagi 5 Mac 2013.
http://www.malaysiakini.com/news/222912



Perbualan Secara langsung di TV3 berkaitan dengan perkembangan pada 11:00 Pagi 5 Mac 2013.




Sambil kita mendengar perkembangan langsung ini, marilah sama-sama kita berdoa agar keadaan kembali sedia kala tanpa pertumpahan darah tetapi jika terpaksa diharapkan hanya melibatkan jumlah pertumpahan darah adalah yang sangat minimum. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang