Assalamualaikum, dah bayar bayar fitrah ke? Kalau belum, tahukah anda, siapa yang diWAJIBkan membayar zakat Fitrah? Saya kongsikan bersama anda untuk makluman kerana mungkin kita tak perasan atau tak tahu, jadi, marilah sama-sama kita ketahui apa yang perlu kita ketahui sebagai seorang muslim yang wajib menunaikan rukun Islam keempat ini. Menunaikan zakat. Insya-Allah, saya kongsikan sedikit apa yang saya tahu.
Sedikit Persoalan Mengenai Zakat
Pembayaran untuk keluarga di KL, tetapi beliau menetap di Sabah?
Sah zakatnya. Walaubagaimanapun lebih afdhal dibuat di tempat tinggal.
Qadha Zakat Fitrah?
Tiada qadha zakat fitrah. Sekiranya dibayar selepas waktu yang ditentukan syarak, ianya dianggap sebagai sedekah.
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Pengertian Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis
Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w
sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan
besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju
atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib.
Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami
oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah,
kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam
ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa
satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah
itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku
tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim
Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
WILAYAH PERSEKUTUAN (Pusat Pungutan Zakat)
SELANGOR (Lembaga Zakat Selangor)
Kalau belum tunai zakat fitrah, boleh tunaikan juga melalui online di:-
Atau pun secara SMS dengan cara berikut:-
Langkah-Langkah Untuk Perkhidmatan bankislam.SMS :
-
Langkah A
Daftar untuk mendapatkan perkhidmatan bankislam.SMS di rangkaian ATM Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). -
Langkah B
Tukarkan PIN SMS pertama yang diterima di telefon bimbit anda. -
Langkah C
Lakukan urusan perbankan anda.
- Kemudahan bankislam. SMS terbuka kepada pemegang-pemegang kad ATM Bank Islam (Smart Card) sahaja.
- Mestilah mendaftar dengan mana-mana cawangan BIMB.
- Kod penerima bayaran (Payee Code) akan diberikan kepada pelanggan untuk memudahkan urusan pembayaran.
- Cara pembayaran zakat menggunakan bankislam.SMS
UNTUK NEGERI-NEGERI LAIN:-
KEDAH (Jabatan Zakat Negeri Kedah)
Pembayaran dengan menggunakan SMS di Negeri Kedah:-
TERENGGANU (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu)
Mulai 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433, semua umat Islam yang ingin membayar Zakat Fitrah kepada MAIDAM bolehlah membayar melalui khidmat SMS bagi perkhidmatan telefon CELCOM dan MAXIS.
Sila taipkan arahan berikut mengikut syarikat telekomunikasi masing-masing :
1. Celcom
Taip FITRAH [Jarak] TERENGGANU dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
Taip FITRAH [Jarak] TERENGGANU dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. Maxis
Taip FITRAH [Jarak] TERENGGANU dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya
Perhatian :
1. Untuk makluman, apabila selesai membayar zakat fitrah melalui sms, pelanggan akan menerima sms yang menyatakan bayaran telah diterima dan LAMAN WEB yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi yang perlu digunakan untuk mengemaskini alamat dan melihat maklumat bayaran adalah sebagaimana berikut :
http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
http://www.maxis.com.my/personal/latest/MZakat/
2. Maklumat nama, alamat, NoKP dan telefon pelanggan akan dimasukkan ke sistem zakat selepas diterima bayaran daripada Celcom/Maxis dalam tempoh 30 hari selepas berakhir bulan Ramadan.
3. Pelanggan boleh hadir ke kaunter zakat MAIDAM untuk mendapatkan resit/penyata bayaran zakat fitrah tersebut.
JOHOR (Majlis Agama Islam Negeri Johor)
Pembayaran boleh dilakukan dengan :
1. Datang sendiri ke kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat Agama Daerah.
2. Melalui pos (cek / kiriman wang / wang pos / Bank draf ) atas nama
Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah Negeri Johor.
3. Agen-agen kutipan zakat MAIJ.
1. Datang sendiri ke kaunter zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua Pejabat Agama Daerah.
2. Melalui pos (cek / kiriman wang / wang pos / Bank draf ) atas nama
Jawatankuasa Zakat Dan Fitrah Negeri Johor.
3. Agen-agen kutipan zakat MAIJ.
- RHB Bank Berhad -(Kaunter, Online)
- Bank Islam Malaysia Berhad -(Kaunter, Online)
- CIMB Bank -(Online)
- AmBank -(Kaunter, Online)
- HSBC-(Kaunter, Online)
- Maybank Berhad -(Kaunter, Online)
- Standard Chartered - (Online)
- Affin Bank - (Online)
- EON Bank Berhad -(Kaunter)
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad -(Kaunter)
- Bank Muamalat Malaysia Berhad -(Kaunter)
- Bank Pertanian Malaysia -(Kaunter)
- Bank Simpanan Nasional -(Kaunter)
- Pos Online
4. Skim Potongan Gaji Bulanan
- Kakitangan Kerajaan (Kod AG 4380, Kod Negeri 2509)
- Kakitangan Swasta (Majikan)
5. Kaunter bergerak / sementara yang dibuka dari semasa ke semasa di negeri Johor.
Kami juga bersedia ke tempat Tuan/Puan untuk tujuan penerangan, pengiraan dan kutipan zakat.
Kami juga bersedia ke tempat Tuan/Puan untuk tujuan penerangan, pengiraan dan kutipan zakat.
NEGERI SEMBILAN (Pusat Zakat Negeri Sembilan)
1) Datang sendiri ke kaunter zakat PZNS yang berhampiran.
3) Potongan Gaji untuk kakitangan kerajaan dan swasta.
4) Di kaunter bank-bank :
6) Internet Banking.
8) Melalui Mesin ATM.
10) Melalui Kad Kredit.
- Tunai
- Cek (atas nama Pusat Zakat Negeri Sembilan)
- Kad ATM(Bankard)
- Kad Kredit perbankan Islam
3) Potongan Gaji untuk kakitangan kerajaan dan swasta.
4) Di kaunter bank-bank :
- Bank Islam
- Agro Bank
- Maybank
- Bank Simpanan Nasional
- Bank Muamalat
- Hong Leong Bank
- Bank Rakyat
- Pos Malaysia
6) Internet Banking.
- Bankislam
- RHB Bank
- MayBank
- AmBank Group
- Public Bank
- Pos Malaysia
- CIMB Bank
- HSBC Bank
- Hong Leong Bank
- Affin Bank
- Standard Chartered Bank
8) Melalui Mesin ATM.
- Bank Islam
- Public Bank
10) Melalui Kad Kredit.
- Bank Islam (Kad kredit Bank Islam)
- Maybank (Kad kredit Ikhwan)
- Bank Rakyat (Kad kredit i-Rakyat)
- Ambank (Kad kredit Al-Taflif)
- HSBC Bank (Kad kredit Amanah)
- RHB Bank (Kad kredit RHB Islamik)
- CIMB Bank (Kad kredit CIMB Islamik)
- BSN (Kad kredit Al-Aiman)
NEGERI-NEGERI LAIN
Sila rujuk laman web pusat zakat berikut:-
Jadi, selamat menunaikan zakat fitrah kepada semua umat Islam, bayar sebelum solat sunat hari raya baru afdhal. Sekarang ni dah macam-macam medium dah. Sangat mudah. Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin semua.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan