Assalamualaikum, hari ini 14 Ogos 2012 adalah Hari Internet blackout di Malaysia apabila seksyen 114A dikuatkuasakan. Hari ini, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia mengumumkan hasratnya untuk melancarkan Hari Internet Blackout pada 14 Ogos 2012.
Ia merupakan sebahagian daripada kempen menentang Seksyen 114A yang merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 2012 yang diwartakan pada 31 Julai lalu. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan para pengguna Internet tentang kesan negatif pindaan ini terhadap kebebasan berinternet. Hari Internet Blackout ini mengambil contoh usaha yang dilakukan aktivis-aktivis di Amerika Syarikat dan New Zealand untuk memperjuangkan kebebasan berinternet di negara masing-masing.
Untuk tempoh 24 jam, para pengguna Internet yang berkunjung ke laman-laman web yang mengambil bahagian akan dapat melihat paparan yang mempunyai mesej kempen tersebut. CIJ menyeru para pengguna Internet di Malaysia untuk menyertai kempen ini dengan memaparkan paparan yang direka khas tersebut pada laman web serta blog mereka.
Pengguna Facebook dan juga Twitter juga digalakkan menukar gambar profil dan avatar dengan warna hitam atau gambar yang boleh dimuat turun melalui CIJ. Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas, Masjaliza Hamzah berkata objektif pelaksanaan kempen tersebut ialah untuk menggesa Kerajaan untuk menarik semula pindaan terbabit yang dipercayai telah diluluskan secara tergesa-gesa di parlimen empat bulan lalu.
Sebelum ini, pemerhati media tersebut telah melancarkan e-petisyen untuk menggesa pihak Kerajaan menarik semula Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 kerana pindaan tersebut dikatakan mengancam kebebasan berinternet dan mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh tanpa dibuktikan kesalahannya terlebih dahulu. Petisyen yang ditandatangani oleh lebih daripada 3300 pengguna Internet tersebut kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew di parlimen.
CIJ juga telah menganjurkan forum terbuka bertajuk ‘Seksyen 114A: Pencegahan Jenayah atau Tapisan Internet?’ untuk membincangkan kesan-kesan pindaan terbabit. Pindaan kedua terhadap Akta Keterangan itu telah menarik perhatian ramai pihak termasuk para peguam dan juga pemilik restoran yang menyedia kemudahan Wi-Fi.
Seksyen 114A bukan sahaja mengandaikan kesalahan di pihak tertuduh, bahkan juga menjadikan individu-individu yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan Internet seperti ruang forum, blog dan pengehosan web bertanggungjawab terhadap segala bahan yang terkandung dalam perkhidmatan mereka.
Di bawah pindaan terbaru ini, seseorang pengguna Internet yang akaun atau komputernya digodam dianggap bertanggungjawab terhadap segala bahan yang dimuat naik atau turun oleh penggodam.
Kempen untuk Hari Internet Blackout ini telah menerima sambutan yang positif daripada kalangan pengguna Internet. Laman-laman web popular seperti laman jual beli lelong.com.my, komuniti forum cari.com.my, dan portal hiburan gua.com.my telah menyatakan hasrat untuk menyertai kempen ini.
Selain itu, laman berita seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Free Malaysia Today, The Nut Graph dan Digital News Asia turut sama menunjukkan minat. Blogger seperti Niki Cheong dan Nat Tan juga akan turut serta dalam kempen ini. Pengguna Internet yang ingin mengambil bahagian boleh menghubungi CIJ melalui emel cijmalaysia@gmail.com atau telefon di talian 03-4024 9840.
Untuk keterangan lanjut sila berkunjung ke blog rasmi kempen di www.stop114a.wordpress.com atau laman Facebook di https://www.facebook.com/evidenceamendmentact. SUMBER
Apa itu Seksyen 114A?
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta
Keterangan yang dibentangkan di parlimen April lalu dan telah digazetkan
pada 31 Julai 2012. Tujuan seksyen ini dipinda katanya adalah khas
untuk bertindak terhadap bahan-bahan ‘berbahaya’ di internet. Pindaan
tersebut memudahkan pihak berkuasa mendakwa mana-mana pihak yang
menyiarkan sesuatu yang memfitnah atau menghasut di internet.
Pindaan terbaru ini meletakkan kebertanggungjawaban kepada pemilik
atau penyelaras blog, forum yang membolehkan orang lain menyiarkan
komen; pembekal internet dan pembekal webhosting serta mereka yang
memiliki komputer atau alat untuk menyiarkan bahan secara online.
Sebagai contoh sekiranya ada apa-apa kenyataan fitnah yang boleh
dijejak kembali kepada kata laluan anda, atau alat elektronik anda,
bahkan rangkaian internet rumah anda; Seksyen 114A memberi tanggapan
bahawa anda bersalah sehingga anda dapat membuktikan sebaliknya. Ini
bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
seperti yang menjadi amalan kehakiman selama ini di seluruh dunia.
Justeru pindaan gila ini secara tidak adil memindahkan beban bukti
kepada pengguna internet yang mungkin didakwa secara salah, untuk
sebarang kenyataan fitnah atau menghasut yang terbit daripada rangkaian
internetnya. Malah pentadbir forum-forum juga boleh dikenakan tindakan
untuk kenyataan-kenyataan yang diterbitkan di laman forum mereka.
Apa yang lebih buruk ialah seandainya rangkaian internet seseorang digodam dan digunakan untuk menyiarkan bahan-bahan tersebut.
Inilah yang bakal berlaku…
Bayangkan seorang nenek yang sendirian di rumah, hanya guna internet
untuk buka YouTube buat belajar memasak atau mengait; tiba-tiba sahaja
pintu rumahnya diketuk polis. Mengapa? Kerana ada kenyataan yang
menghasut diterbitkan dari rangkaian WiFi rumahnya yang digodam orang.
Jadi pindaan sebegini ini adalah gila dan tidak masuk akal.
Undang-undang begini adalah undang-undang bobrok dan zalim yang
mengekang kebebasan bersuara rakyat jelata.
Pemerintah yang mengekang kebebasan rakyat bersuara dan mengkritik
ini adalah pemerintah yang selayaknya dihumbankan ke jurang paling dalam
apabila selesai sahaja Pilihanraya Umum akan datang.
Kesannya nanti, orang akan takut untuk bersuara dan tidak lagi berani
mengkritik. Malah blog-blog juga akan terpaksa menapis komen-komen
dengan lebih tegas. Apa dia garis pemisah antara fitnah, hasut dengan
ayat-ayat kritikan dan penegasan untuk mencabar pemerintah yang
menzalimi rakyatnya? Ini semua hanya berhak ditafsirkan oleh pemerintah
sendiri.
Maka akan takutlah sekalian hamba rakyat untuk mempersoal tindakan
pemerintah. Akan tutuplah WiFi percuma di tempat-tempat lepak awam,
risau rangkaian internetnya nanti digunakan untuk menulis ayat-ayat
bahaya yang menggugat pemerintah. Di mana lagi kami semua nak lepak
minum the tarik nanti kalau sudah tak ada WiFi percuma?
Jadi, saya juga menyokong usaha ini demi memastikan setiap undang-undang berlaku adil untuk semua rakyat Malaysia yang menggunakan internet walaupun di mana sahaja. Sama ada pemilik WiFi atau pun pengguna internet.
Sokong di sini:-
http://cijmalaysia.org/campaigns/
https://www.facebook.com/evidenceamendmentact
http://stop114a.wordpress.com/resources/
Sekian, Terima kasih.
http://cijmalaysia.org/campaigns/
https://www.facebook.com/evidenceamendmentact
http://stop114a.wordpress.com/resources/
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan