HALAMAN UTAMA

Updates Twitter Guna Facebook Sahaja

Assalamualaikum, semakin lama, teknologi semakin canggih. Pada ketika itu, semua benda nak cepat. Nak kemaskini status Facebook dan Twitter pun nak cepat-cepat. Kalau boleh, sekali kemaskini, dua-dua laman sosial pun dikemaskini serentak. Tapi bagaimana? Mari saya kongsikan cara untuk mengemaskini status di Twitter hanya menggunakan Facebook sahaja. Kiranya dua dalam satulah (2 in 1) macam tu. Mudahkan? Jom lihat langkah-langkah mudah ini.

  1. Sila login Facebook anda.
  2. Kemudian, klik pada link ini https://www.facebook.com/twitter/. Anda akan dapat lihat seperti yang dipaparkan di bawah ini.


  3. Sahkan akaun twitter anda seperti di bawah ini.



  4. Kemudian, sila pilih mana-mana yang anda ingin kongsikan di Twitter anda. Mahu semua sekali atau pun mengikut kemahuan anda sendiri. Seperti di bawah ini.







  5. Akhirnya setting anda untuk kemaskini status Twitter daripada facebooksudah selesai selepas anda sahkan penggunaan aplikasi ini. 
  6. Contoh status yang dikemasikini seperti di bawah. Muncul serentak di kedua-dua laman sosial.



Selamat mencuba dan mengemaskini status menggunakan Facebook (FB) untuk Twitter anda juga. Aktiviti anda kini menjadi semakin mudah dengan aplikasi ini.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang