Assalamualaikum, hari ini sangat banyak hiburan yang sering melalaikan. Sehingga lagu-lagu yang popular diulang-ulang kali untuk dinyanyikan. Namun, berapa banyak lagu yang kita dengar membawa kepada kita mengingati Allah? Mungkin ada, dan mungkin juga tidak. Saya di sini sekadar ingin berkongsi satu lagu nyanyian kumpulan Hijjaz yang mana liriknya mengandungi sedikit maksud doa juga yang mana mengingatkan kita bahawa sesungguhnya jika kita sentiasa bertakwa kepada Allah, nescaya akan ada rezeki yang akan diberikan daripada Allah kepada hambanya dan insya-Allah setiap masalah itu akan ada jalan keluarnya kerana Allah itu Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Sebelum itu, saya kongsikan ayat seribu dinar yang diambil daripada surah ke 65 yang dinamakan Surah At-Talaq ayat 2-3 :-
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (2) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا(3) 0
Berikut saya sertakan juga lagu yang mengambil maksud ayat surah Al-Talaq (2-3) sebagai lirik lagunya yang bertajuk Rintihan dinyanyikan oleh Kumpulan Hijjaz:-
Berikut adalah lirik untuk lagu ini:-
Lyrics | Hijjaz lyrics - Rintihan lyrics
Semoga anda dapat menghafaz ayat ini untuk diamalkan sebagai amalan sehari agar sentiasa dimurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka dengan disertakan kerja yang bersungguh-sungguh dan juga usaha seharian anda. Insya-Allah dipermudahkan semua urusan.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (2) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا(3) 0
Maksudnya: dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)
Jika mahu simpankan ayat ini, silalah savekan gambar di bawah:-
Bacaannya adalah seperti berikut yang dibacakan oleh Syeikh Masyari Rasyid Al-Afaasi dan Terjemahan Dibaca Oleh Afiq Al-Jawi.
Berikut saya sertakan juga lagu yang mengambil maksud ayat surah Al-Talaq (2-3) sebagai lirik lagunya yang bertajuk Rintihan dinyanyikan oleh Kumpulan Hijjaz:-
Berikut adalah lirik untuk lagu ini:-
Tajuk Lagu: Rintihan
Nyanyian: Hijjaz
Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...
Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya
Semoga anda dapat menghafaz ayat ini untuk diamalkan sebagai amalan sehari agar sentiasa dimurahkan rezeki yang tidak disangka-sangka dengan disertakan kerja yang bersungguh-sungguh dan juga usaha seharian anda. Insya-Allah dipermudahkan semua urusan.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan