Assalamualaikum, sering kali kita diajak ke mana-mana perniagaan atau pun bisnes untuk mendapatkan wang. Namun, bagi mereka yang masih belum faham dan juga kurang pendedahan mengenai perbezaan beberapa jenis perniagaan atau pun bisnes di luar sana, sememangnya kita perlu sentiasa berhati-hati dan perlu meneliti setiap perkara agar kita tidak ditipu atau pun tidak diperdaya dengan mudahnya dengan jaminan kewangan yang berterusan yang tidak masuk akal.
Namun, bukannya tiada perniagaan yang benar-benar sah disisi undang-undang, tetapi dengan lambakan perniagaan yang kadang-kala tidak pernah kita temui sebelum ini mungkin menarik kita untuk menyertai, melabur atau pun menjalankan perniagaan tersebut. Semua perkara memerlukan usaha dan juga pengorbanan untuk mendapatkan hasilnya.
Nasihat saya, kita perlu sentiasa meneliti :-
- Prestasi syarikat,
- Sokongan yang diberikan kepada syarikat tersebut,
- Bagaimana sistem tersebut dijalankan,
- Apakah produk atau pun servis yang dijual dan diberikan,
- Apakah mempunyai kelulusan dan juga sah disisi undang-undang.
- Dan lain-lain perkara yang dapat meyakinkan anda menggunakan dan menyertai syarikat tersebut.
- Cuba juga lihat individu yang berada dalam organisasi syarikat sama ada mempunyai autoriti dan boleh dipercayai dengan membuat sedikit homework dan kajian.
Saya berpendapat begitu agar saudara dapat berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik dan startegi yang tersebunyi dalam menarik anda untuk melabur atau membayar sejumlah wang yang besar. Jika kita yakin dan pasti, silakan dan amat dialu-alukan tetapi dengan syarat bukan mengikut nafsu kerana dijanjikan keuntungan kewangan yang lebih dan berlipat kali ganda.
Apa pun, mari saya kongsikan apakah perbezaan Rangkaian Perniagaan Yang Sah (Legitamate Network Marketing) dan juga Skim Cepat Kaya (Money Game).
PERBEZAAN RANGKAIAN PERNIAGAAN SAH DAN SKIM CEPAT KAYA
DIFFERENT BETWEEN LEGIMATE NETWOK AND ILLEGAL MONEY GAME
Bagaimanapun, terpulang kepada anda, semuanya pilihan anda. Saya sekadar berkongsikan apa yang saya rasa ingin kongsikan bersama, mungkin ini akan memberikan sedikit idea dan informasi mengenai sesuatu jenis perniagaan yang anda mahu sertai dan jalankan.
CONTOH PERNIAGAAN NETWORK MARKETING (BUKAN MLM)
Apa pun, semoga berjaya dalam setiap perniagaan yang anda usahakan. Doakan bersama-sama kita maju dalam perniagaan yang kita jalankan walaupun berbeza industri dan jenis perniagaan. Insya-Allah.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan