HALAMAN UTAMA

Macam Mana Nak Tulis Jawi?

Assalamualaikum, saudara pembaca sekalian, tahu tulis jawi tak? Kalau orang melayu, sepatutnya reti tulis jawi. Kalau orang melayu tak reti tulis jawi, maknanya akan hilanglah tulisan jawi di dunia ini, melainkan ada bangsa lain yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium penyampaian mereka. Tidak hairanlah kalau dulu Bahasa Melayu pernah jadi Lingua Franca di dunia. Cuba baca, apa yang saya tulis di sebelah ni. [Bahasa Melayu Dalam jawi].

Orang Melayu beruntung kerana boleh menggunakan satu bahasa dalam dua tulisan, iaitu :-
  1. Tulisan Roman
  2. Tulisan Jawi
Namun, kedua-duanya sama dalam penggunaan bahasanya, iaitu Bahasa Melayu. Namun, saudara tahu atau tidak bagaimana mahu menulis tulisan ini? Mungkin ada yang sudah biasa dan lancar membaca tulisan jawi, tetapi ada juga yang tidak biasa atau tidak tahu atau tidak mahir membaca jawi. Pada saya agak rugilah jika tidak tahu menulis atau membaca tulisan jawi.


Jadi, jika anda masih inginkan menggunakan tulisan jawi sebagai medium penyampaian, saya ingin kongsikan di mana tempat untuk anda menukarkan tulisan roman kepada tulisan jawi ini di laman web yang disediakan oleh e-jawi bagi memudahkan anda menggunakan tulisan jawi sebagai penulisan.


Tetapi, jika anda mahu gunakan pada komputer atau pun laptop tanpa perlu akses internet, bolehlah cuba perisian ini dengan mendowloadnya di laman web Al.Azim.com.

Atau pun silalah download perkara berikut :-


PERISIAN TULISAN JAWI 
FontJawi.zip | Muat turun (download)
Jawi_Multikey.exe | Muat turun (download)
Panduan Mengguna Jawi Multikey | Muat turun (download)
Arabic font in MS-Word | Muat turun (download)

Untuk perisian menukarkan tulisan roman ke jawi atau pun jawi ke roman, silalah ke laman web berikut :-

Anda perlu tahu apa beza tulisan jawi dan tulisan arab. Tulisan jawi mempunyai tambahan beberapa huruf antaranya pa (ڤ), nga ( ڠ), cha (چ) gha (ݢ), va (ۏ) dan nya (ڽ). Dan tulisan jawi tidak perlukan baris untuk dibaca, tetapi tulisan arab perlukan baris jika kita tiada asas dan tidak mahir dalam bahasa arab kerana silap baca, maknanya lain.

Semoga anda semua dapat mengasah kemahiran jawi anda dengan aplikasi online dan offline yang telah tersedia kini. Bersama memartabatkan tulisan jawi dalam penggunaan bahasa kita sedikit-sedikit suapaya ianya dapat terus hidup sepanjang zaman insya-Allah. Amin.
"جک اندا بوليه باچ ايات اين. ، سيلاله کومين د باوه. تريما کاسيه"

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang