HALAMAN UTAMA

RM50 untuk Peminat, 'Hack' untuk FAM?

Assalamualaikum, di hari Jumaat yang mulia ini. Perkara yang tidak sedap didengar oleh FAM dan peminat bola sepak tempatan. Pertama, untuk peminat bola sepak tempatan, FAM berkeras mengekalkan harga tiket RM50, dan yang kedua, Laman Web FAM telah di'hack' atau pun digondam oleh peminat bola sepak tempatan yang tidak berpuas hati dengan tindakan FAM. FAM juga dilihat telah mencabar peminat untuk melakukan apa sahaja. Jadi, inilah akibatnya.

FAM yang telah didesak untuk menurunkan harga perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini dikecam hebat peminat bola sepak tanah air. Walaupun turut diminta untuk dikaji semula oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu. Namun, disebabkan keputusan keras FAM untuk mengekal RM50 untuk sekeping tiket, Laman web FAM terima padahnya apabila telah di'hack' seperti di bawah.

Ini adalah untuk tatapan bagi peminat yang tidak berkesempatan untuk melihat laman tersebut selepas digodam, saya kongsikan bersama-sama anda.



Pada saya, FAM perlu lebih memikirkan kesan jangka masa panjang. Mengaut keuntungan lebih dengan alasan terpaksa menanggung kos yang tinggi. Namun, pada pendapat saya itu tidak wajar memandangkan jika peminat bola sepak tempatan terus memboikot, siapa yang rugi? FAM juga rugi sebab tiket tak laku. Jadi, adakah berbaloi keuntungan yang diperolehi dengan jumlah tiket tidak habis dijual? Berbanding dengan jualan tiket habis tetapi dapat menampung keseluruhan kos yang ada?

Sekadar pendapat saja. Apa pun, anda peminat bola sepak tempatan yang boleh membuat keputusan. Lihat saja apa yang akan berlaku seterusnya. Diharapkan ini boleh dijadikan pengajaran di masa yang akan datang kelak.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang