HALAMAN UTAMA

Teknik rompak Masjid Terbaru?

Setiap minggu ada sahaja 'chewing gum' (gula-gula getah) pada duit derma di dalam tabung masjid kata Seorang bendahari Masjid Damansara Damai. Beliau yang sentiasa memeriksa tabung-tabung di masjid berkenaan berasa sangat bimbang dengan keadaan sebegitu. Mana tidaknya, tabung yang disediakan untuk para penderma memberi sumbangan mereka sering kali menjadi mangsa kerakusan makhluk Allah yang tidak diketahui dari mana datangnya.

Saya juga ditunjukkan dengan gula-gula getah yang digunakan sebagai medium mengeluarkan wang daripada tabung tersebut. Gula-gula getah tersebut masih lagi melekat pada wang yang berada di dalam tabung tersebut. Sungguh mengujakan apabila melihat kaedah yang digunakan mereka yang seolah-olah telah mengetahui selok-belok mendapatkan wang daripada tabung-tabung masjid. Amat menyusahkan orang lain bila kiraan duit derma dikira dan ingin dibankkan. Kalau sudah melekat-lekat, bagaimana mahu mudahkan kerja? Kesian la pada bendahari masjid, kesian juga pegawai bank, sebab susah nak kira duit-duit yang melekat-lekat. Tak gitu?


Lihatlah, bagaimana gula-gula tersebut melekat pada wang derma. Menyusahkan bukan?

Bertapa susahnya ingin membersihkan wang yang telah melekat dengan gula-gula getah.

Menyukarkan proses pengiraan wang dan penyimpanan di bank.


Wang yang telah diambil daripada tabung masjid tersebut.


Apa yang dapat saya perhatikan, di masjid tersebut terdapat lebih kurang tujuh jenis tabung yang diletakkan dengan tujuan yang berlainan, termasuk tabung anak yatim. Walaupun, tabung ianya kecil, namun ianya tetap kepunyaan anak yatim.
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)." Surah An-nisa' (Ayat 10).

Bukan sahaja harta anak yatim, tetapi juga harta orang ramai. Walaubagaimanapun, pihak masjid juga perlu juga memikirkan cara yang lebih efektif untuk memastikan perkara ini dapat dicegah dengan lebih berkesan. Mereka boleh juga mengubahsuai tabung berkenaan supaya taktik menggunakan gula-gula getah dapat diatasi. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah dengan membuat corong di bawah lubang tabung tersebut, agar dapat menyukarkan makhluk Allah tersebut untuk mengorek tabung tersebut.

Struktur dalam tabung yang perlu diubah suai bagi mengelakkan taktik ini tidak dapat digunakan lagi.

Saya sebenarnya tergerak hati untuk berkongsikan dengan saudara pembaca sekalian, iaitu bagaimanakah mereka dapat mengambil wang derma dengan teknik tersebut yang mana mungkin juga dilakukan di masjid atau surau di tempat saudara tinggal atau pun saudara sendiri pernah terjumpa dengan situasi ini. Hal ini, agar kita semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada kecurian berlaku pada tabung derma kita.

Mungkin ada juga masjid-masjid atau surau-surau yang mempunyai cara yang lebih efektif, boleh juga dikongsikan bersama di sini. Insya-Allah untuk kebaikkan bersama dalam mencegah kecurian duit derma di masjid. Sebagai masyarakt yang prihatin juga, hendaklah kita juga berperanan membanteras mereka yang ingin melakukan jenayah ke atas harta orang ramai. Insya-Allah, ianya akan dipermudahkan Allah. Amin.

Sekian, Terima Kasih.

Lihat juga TEKNIK ROMPAKKAN MELALUI TELEFON

Info Ditambah, Minda Bercambah.

2 ulasan:

nurmisnan berkata...

salam farid

memang lumrah dunia.
yang si pencuri masih leka dgn kerakusan walaupun dirumah Allah

balasannya tetap ada. tapi mgkn bkn sekarang.

teringat kasut mr. hubby 'Belly' hilang dan kasut adik lelaki yg baru je dibeli utk hari persandingan hilang. last2 adik pakai kasut abah.. kesiannn

Farid berkata...

@Nur

Salam Nur,
Itu sebab la, kalau dah rutin tiap minggu jadi. Susah juga, kena la AJK Masjid sentiasa berjaga kan.

Oh~ takkan la tgh2 nk nikah tu blh pulak diorang kebas kasut tu... Pergh.. ganas la tempat tu... Tapi mungkin juga cara untuk membersihkan harta kot. Dengan kata lain, bukan rezeki kita la... :)

Jadi, kene sentiasa redha dan tawakal serta usaha la juga. =)

Nuffnang