HALAMAN UTAMA

Benarkah Laptop Selamat Tanpa AntiVirus?

Asssalamualaikum, benarkah laptop boleh selamat tanpa antivirus? Jawapannya boleh jika kita tidak menyambungkannya kepada internet dan juga tidak menyambungkannya dengan external driver (seperti pendrive, thumb drive, hard disk dan sebagainya). Tetapi sudah tentu sekali agar sukar jika kita tidak menyambungkannya atau pun ‘cucuk’ pendrive ke laptop atau pun PC.

Jadi, penyelesaiannya ialah kita perlulah mempunyai perisian antivirus untuk memastikan laptop dan PC kita selamat daripada ancaman virus dan juga serangan ke atas sistem komputer kita. Selepas membaca Majalah PC edisi Februari 2013, saya mendapat jalan bagaimana kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk mendapatkan antivirus.


Namun, kini sudah banyak perisian antivirus yang kita boleh gunakan sebagai perlindung kepada keselamatan pc dan laptop kita. Oleh yang demikian, untuk mengetahui antivirus yang terbaik anda boleh ke laman ini (http://www.av-comparatives.org/) salah satu laman yang menguji keberkesanan antivirus yang ada.

Apa yang dicadangkan ialah anda menggunakan beberapa antivirus yang ada dengan percubaan selama sebulan atau 30 hari. Kemudian selepas habis tempoh percubaan sesuatu antivirus, anda boleh cuba antivirus yang lain pula.



Dalam tempoh percubaan ini, anda mampu menilai keserasian dan kehebatan antivirus tersebut di dalam laptop anda. Jika anda rasa sudah serasi dan tertarik dengan antivirus tersebut, maka anda boleh membuat pilihan sama ada mahu mendapatkan lesen secara penuh atau pun mencari antivirus yang percuma.

Jadi, apa yang dicadangkan ialah:-
  • Anda guna antivirus secara percubaan.
  • Selepas tamat tempoh percubaan, anda gunakan pula antivirus yang lain.
  • Anda boleh cuba kesemuanya dan katakan ada lebih 12 jenis antivirus yang anda gunakan dalam setahun. Maka anda telah mempunyai perlindungan percuma selama setahun hanya menggunakan antivirus percubaan.
  • Selepas menilai antivirus yang ada, anda boleh tentukan sama ada mahu mencuba lagi atau pun terus mendapatkan satu antivirus yang terbaik untuk anda.


Sebelum itu, satu nasihat untuk langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:-
  •  Memuat turun (download) antivirus percubaan yang mahu digunakan. Laman web cadangan pilihan antivirus. (http://www.av-comparatives.org/)
  • Buat back-up untuk sistem anda. (Boleh gunakan perisian EaseUS Todo Backup 4.0- http://download.cnet.com/EASEUS-Todo-Backup-Free/3000-2242_4-10964460.html) Penting jika anda merasakan antivirus yang digunakan tidak memuaskan, maka anda boleh restore semula sistem back-up yang anda gunakan sebelum ini.
  • Sebelum memasang (install) antivirus baru, anda perlu membuang antivirus yang sedia ada. (Boleh gunakan Revo Uninstaller 1.9  http://www.revouninstaller.com/start_freeware_download.html atau pun aplikasi yang lain)
  • Kemudian, anda boleh pasang (install) dan nilaikan keberkesanannya selama 30 hari percubaan.
  • Anda boleh cuba untuk antivirus lain sehinggalah anda berpuas hati dan berjumpa dengan pilihan yang terbaik.

Jadi, itulah antara cara anda dapat menjimatkan perbelanjaan untuk perisian antivirus laptop anda. Hanya cadangan sahaja untuk anda membuat pilihan. Saya merujuk artikel ini dalam Majalah PC Edisi Februari 2013 dan ianya satu perkongsian yang sangat berbaloi kepada anda semua.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang