HALAMAN UTAMA

Meteor Jatuh di Rusia 15 Februari 2013? Sumber Terkini 16/02/2013

Subahanallah, begitulah kuasa dan kehebatan Allah mengatasi kuasa dan teknologi manusia apabila dikatakan pihak NASA juga tidak dapat mengesan akan kehadiran meteor ini.

Dikatakan pada 15/02/2013, serpihan meteor ini telah menghentam satu lokasi di Rusia dan dipetik daripada laporan BBC lebih daripada 900 orang cedera akibat daripada terkena serpihan kaca bangunan dan serpihan batu bangunan yang pecah.

Pengesahan daripada pihak berwajib Rusia mengenai kejadian sebenar akan kejadian ini. Beberapa rakaman daripada warga Rusia kini sedang banyak dikongsikan di Youtube khususnya.

Sumber terkini dipetik daripada Sumber ANGKASA:-

METEOR ‘RUSSIA’ VS ASTEROID 2012 DA14

Jumaat 15 Februari 2013, sebuah meteor kecil telah memasuki atmosfera bumi di ruang angkasa Rusia pada jam 9.30 pagi waktu tempatan di Chelyabinsk dan meletup. Menurut laporan daripada pertubuhan-pertubuhan berita dan pihak berkuasa Rusia, sekitar 1000 orang menerima kecederaan kecil akibat daripada terkena serpihan kaca tingkap yang pecah hasil daripada gelombang kejutan akibat letupan meteor tersebut. Maklumat awal yang dikeluarkan oleh NASA menunjukkan bahawa objek ini tidak berkaitan dengan asteroid 2012 DA14, yang melintasi hampir dengan Bumi awal pagi hari ini.


Meteor ini adalah yang terbesar yang dilaporkan sejak tahun 1908, ketika meteor menghentam Tunguska, Siberia.   Analisis awal saintis NASA menganggarkan saiz objek ini sebelum memasuki atmosfera berdiameter kira-kira 15 meter dan mempunyai jisim kira-kira 7,000 tan.  Ia memasuki atmosfera pada kelajuan kira-kira 18 kilometer sesaat dan memecah kira-kira pada ketinggian 20-25 km di atas permukaan Bumi.  Masa hentaman adalah pada 11:20:26 waktu Malaysia pada 15 Februari 2013.

Ia adalah lebih besar daripada meteor yang merentasi Indonesia pada 8 Oktober 2009.  Meteor ini iaitu kira-kira satu pertiga diameter asteroid 2012 DA14 asteroid adalah terang daripada matahari dengan jejak cahayanya boleh dilihat selama kira-kira 30 saat. Ini hanyalah anggaran awal dan maklumat setepatnya boleh disemak apabila lebih banyak data diperolehi.
Sementara itu, penelitian awal hasil pencerapan terhadap asteroid 2012 DA14 yang menghampiri Bumi pada awal pagi ini (16 Februari 2013) yang dilakukan dari Observatori Negara Langkawi masih belum menunjukkan hasil kenampakan asteroid tersebut.  Perolehan data cerapan dan imej yang kurang baik kerana faktor cuaca, pergerakan asteroid yang sangat laju serta keterbatasan instrumentasi dan kepakaran membataskan kenampakan asteroid ini.  Walau bagaimanapun, analisa data dan imej cerapan akan terus dilakukan bagi mengesahkan status sebenar kenampakan asteroid 2012 DA14 ini dari Langkawi.

Gambar di di bawah menunjukkan asteroid 2012 DA14 yang dirakamkan dari Samford Valley Observatory, Brisbane, Australia.





Maklumat Pencerapan Langkawi National Observatory:
Observer          :           Karzaman Ahmad
Instrumentasi   :           Teleskop RCOS 20” dan CCD STL 1001E
Masa Cerapan :           2013.02.16, 00:00-06:00

Sumber :
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI),
16 Februari 2013 - 1000 MYT
BERITA TERKINI MENGENAI JATUHAN METEOR DI RUSIA

Berdasarkan sumber dari NASA daripada analisa awal telah mengesahkan seperti yang dijangka iaitu jatuhan meteor di Rusia dan asteroid 2012 DA14 adalah dua isu yang berbeza. Ini disahkan melalui trajektori jatuhan meteor di Rusia (arah trajektori dari utara ke selatan) yang berbeza sama sekali dengan trajetori 2012 DA14 (arah trajektori dari selatan ke utara).

Selain daripada itu, mengikut laporan dari Pejabat Program Near-Earth Object, NASA menyatakan jika tahap kerosakan di Rusia dapat dikenalpasti dan disahkan, maka saiz asteroid itu akan dapat diramalkan. Mengikut laporan awal menyatakan kemungkinan saiz meteor itu ialah beberapa meter sebelum terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. Selain daripada itu, ia terlalu awal untuk menyatakan tenaga yang terhasil kesan daripada letupan di atmosfera tersebut atau parameter atau saiz sebenar meteor tersebut.

BERITA TERKINI MENGENAI ASTEROID 2012DA14

Tepat jam 0325 pagi nanti, 16 Feb 2013, asteroid 2012DA14, akan berada di kedudukan terdekat dengan bumi iaitu pada ketinggian 27,700km iaitu merupakan asteroid yang pernah terdekat mendekati bumi dalam 15 tahun yang lepas. Ini menjadikan orbit asteroid ini lebih dekat daripada orbit satelit komunikasi dan penyiaran yang berada pada ketinggian 36,000km dari aras bumi(orbit geo-segerak).

Namun disahkan setakat ini berdasarkan penganalisaan data, asteroid ini tidak akan berlanggar dengan sebarang satelit di orbit mahupun Bumi. Sehubungan dengan itu, asteroid ini tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan gangguan kepada bumi dan sistem-sistem teknologi di Bumi.

Observatori Negara Langkawi (ONL) memaklumkan penjejakan asteroid itu telah dimulakan di ONL. Kelajuan asteroid itu yang tinggi menyukarkan ia dijejak secara berterusan serta menghalang usaha pengimejan yang hendak dibuat. Ini ditambah lagi dengan langit yang mendung di Pulau Langkawi sekarang ini. Namun, ANGKASA melalui ONL terus memantau pergerakan dan orbit asteroid tersebut.
Sekian, terima kasih

Sumber
Mhd Fairos bin Asillam
Koordinator Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara
0230, 16 Februari 2012
Dipetik daripada makluman ANGKASA Malaysia:

Hujan Meteor telah memasuki atmosfera Timur Rusia, Chelyabinsk (Region of Ural) pada 15 Februari 2013 jam 1125 waktu tempatan menyebabkan letupan yang kuat di atmosfera (lebih kurang 100km dari aras bumi), memecahkan tingkap bangunan dan menyebabkan lebih 100 orang tercedera  disebabkan oleh terkena serpihan kaca dari tingkap yang pecah mengikut maklumat rasmi dari pegawai Rusia. Dijangka juga serpihan meteor ini (meteorit) akan dijumpai di kawan persekitaran.

Namun disahkan disini juga, letupan itu bukan disebabkan asteroid 2012DA 14 yang berada 28000km (jarak paling dekat dengan Bumi) pada 16 Febuari 2013 jam 0300 (Waktu Malaysia).

Walaupun begitu, sehingga kini belum terdapat maklumat yang lebih sahih mengenai perkara tersebut di atas.

ANGKASA akan melaporkan perkara ini secara berterusan apabila mendapat laporan terkini daripada Rusia

Sumber:                                                              
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)15, Feb 2013 jam 1700



Berikut adalah video di mana menunjukkan fenomena alam yang berlaku di Rusia pada 15 Februari 2013.


Jika ada makluman lanjut atau pun maklumat terkini, saya akan kongsikan kepada anda semua. InshaAllah.

Kenyataan NASA mengenai kejadian di Rusia ini boleh di baca di sini:-

 Editor's Note: NASA statement on Russian meteor:
"According to NASA scientists, the trajectory of the Russian meteorite was significantly different than the trajectory of the asteroid 2012 DA14, making it a completely unrelated object. Information is still being collected about the Russian meteorite and analysis is preliminary at this point. In videos of the meteor, it is seen to pass from left to right in front of the rising sun, which means it was traveling from north to south. Asteroid DA14's trajectory is in the opposite direction, from south to north."

_______________________________

Small near-Earth asteroid 2012 DA14 will pass very close to Earth on February 15, so close that it will pass inside the ring of geosynchronous weather and communications satellites. NASA's Near-Earth Object Program Office can accurately predict the asteroid's path with the observations obtained, and it is therefore known that there is no chance that the asteroid might be on a collision course with Earth. Nevertheless, the flyby will provide a unique opportunity for researchers to study a near-Earth object up close. Here are the facts about the safe flyby of Earth of asteroid 2012 DA14 -- a record close approach for a known object of this size.
Sumber dipetik daripada laman web NASA.

Antara gambar kesan daripada kejadian meteor ini di Rusia.



Sumbernya: http://rt.com/news/meteorite-crash-urals-chelyabinsk-283/
dan juga anda boleh terus ke laman web yang mengemaskini kejadian tersebut sehingga yang terakhirnya di  http://rt.com/news/russia-meteor-meteorite-asteroid-chelyabinsk-291/

Jika anda mahu lihat satu fenomena yang sedang berlaku sekarang yang mungkin juga ada kaitan dengan kejadian di Rusia ini. Saksikanlah secara langsung daripada NASA berkaitan dengan fenomena Asteroid 2012 DA14 yang ketika saya menulis ini ianya sedang berada di Murrumbateman Observatory, Australia :-

Live video from your Android device on Ustream



Sekian dahulu perkongsian saya mengenai Meteor di Rusia dan fenomena berkaitan asteroid 2012 DA14 yang berlaku pada 15 Februari 2013.

Imej yang dapat dirakamkan di Malaysia. Boleh rujuk di laman sensawang Falak Online di sini. Segala maklumat lanjut saya akan kongsikan InshaAllah.


Sekian, Terima kasih..

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang