HALAMAN UTAMA

Program 3P? Pernah join?

Assalamualaikum semua pembaca, sudah sebulan lebih selesai menyertai Program Pentauliahan Professional (3P). Jadi, saya ingin berkongsikan serba sedikit mengenai program 3P yang saya telah lalui sepanjang 2 minggu 4 hari. Dengan mudah dan ringkasnya ia adalah berkaitan dengan kursus atau bengkel atau pun kelas komputer yang dijalankan dengan latihan oleh trainner yang dilantik oleh syarikat pengeluar software atau pun barangan komputer seperti Adobe, CompTIA, Microsoft dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web 3P yang mana diseliakan oleh Prestariang di Malaysia.

Program ini sebenarnya adalah program yang ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) dengan kerjasama Prestariang Malaysia Systems Sdn Bhd. Oleh yang demikian ianya ditawarkan kepada IPT-IPT terpilih di seluruh Malaysia. Di UM, ianya ditawarkan kepada pelajar tahun akhir yang mana akan tamat pengajian tidak lama lagi. Di dalam program ini, pelajar akan diberikan kesemua keperluan bergantung kepada kursus yang diambil seperti buku yang digunakan sebagai rujukan bersama-sama Cd.

Saya mengambil kursus CompTIA A+ daripada beberapa kursus lain yang ditawarkan seperti Flash, Microsoft dan sebagainya. Kursus ini terdapat 2 modul yang mana mempunyai tempoh masa yang tertentu bagi menghabiskan kesemua silibus yang ada. Antara modulnya ialah CompTIA A+ Certification Course - Essential dan CompTIA A+ Certification Course - IT Technician. Modul ini perlu dihabiskan dalam tempoh 5 hari bagi setiap satu modul. Dan akan ada sehari ulang kaji dan peperiksaan bagi setiap satu modul di akhir tempoh bagi kedua-dua modul. Trainner untuk kelas ini ialah seorang yang berasal daripada Filipina iaitu Michael N. Manasan.

Kelas yang dijalankan untuk kedua-dua modul ini merangkumi teori dan praktikal yang mana setiap orang akan diberi peluang untuk belajar secara teori dan praktikal. Setiap orang juga berpeluang untuk mempelajari dan menyelesaikan pelbagai masalah dengan cara-cara yang diajarkan dengan menggunakan windows XP, Vista dan Windows 7. Juga ada diajarkan menggunakan Ubuntu dan lain-lain di dalam kelas tersebut.

Selain daripada itu, kelasnya juga adalah lebih kecil dengan bilangan di bawah 30 orang. Ini juga memberikan peluang untuk mendapat fokus di dalam kelas. Dengan cara pembelajaran yang menarik, ia memberikan peluang untuk pelajar memahami apa yang diajarkan oleh trainner. Setiap masalah atau pertanyaan sebaiknya diajukan kepada Trainner supaya kita lebih mendapat jawapan yang lebih cepat dan mudah difahami.

Untuk peperiksaannya terdapat 2 jenis peperiksaan mengikut modul yang kita ambil. Peperiksaan ini mengandungi 100 soalan setiapnya dan dijalankan secara dalam talian dengan tempoh masa 2 jam dengan 30 minit untuk persediaan menjawab soalan. Setiap orang akan bermula dengan masa sendiri iaitu tidak dijalankan secara serentak dan hanya perlu masuk ke dalam bilik peperiksaan selepas diarahkan sahaja. Ianya menggunakan syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat yang mana tidak dibenarkan membawa apa-apa barangan lain kecuali kad matrik dan kad pengenalan sahaja. Jika tidak, kita boleh disingkirkan daripada peperiksaan.
Transkrip peperiksaan pertama.

Mengikut syarat untuk mendapatkan sijil yang dikeluarkan CompTIA mestilah lulus kedua-dua peperiksaan yang mana had minimum markah untuk lulus ialah 675 bagi CompTIA A+ Essential dan 700 bagi CompTIA A+ IT Technician yang mana jika gagal bagi salah satu bahagian tersebut, maka anda tidak layak mendapat sijil. Soalannya sebanyak 100 soalan tetapi mempunyai jumlah 1000 markah. Soalanya sememangnya amat sukar untuk dijawab jika tidak studi betul-betul dan lebih baik minta nasihat daripada Trainner bagaimana cara yang mudah untuk lulus kedua-dua peperiksaan tersebut.



Trasnskrip peperiksaan kedua.
Di dalam kelas saya juga terdapat pelajar yang gagal salah satu daripada kedua-dua peperiksaan tersebut dan gagal untuk mendapatkan sijil. Tetapi, pihak Prestariang juga mempertimbangkan untuk memberi peluang yang kedua untuk mengambil semula peperiksaan tersebut. Jadi, bagi peluang kedua, terdapat sebahagian besarnya yang lulus dan memberikan peluang untuk mendapat sijil daripada pihak CompTIA. Termasuklah saya, Alhamdulillah. Susah itu sudah tentulah, tetapi usaha kita menyebabkan kita mendapat apa yang diusahakan. Insya-Allah.

Jadi, saya sarankan supaya sesiapa yang mempunyai peluang untuk menyertai kursus ini, ambillah peluang ini sebagai suatu kelebihan untuk menambah kemahiran dan ilmu mengenai bidan pengkomputeran yang saban tahun perkembangannya amat pesat. Untuk pengetahuan anda, setiap peperiksaan ini kosnya ialah hampir RM750 kalau tidak salah. Jadi, bagi CompTIA peperiksaan sahaja sudah RM1500. Belum ternasuk kelas selama 14 hari yang sudah tentu beribu-ribu ringgit bagi setiap orang. Kesemua urusan anda akan dibantu pihak Prestariang sehingga selesai. Insya-Allah.

Sekadar berkongsi pengalaman dan informasi. Tahniah kepada Mohd Nor Yuzairi Mahat dan Mohd Khairul Anuar Abd Rahman yang juga lulus peperiksaan ini walaupun hampir putus asa. Juga kepada rakan-rakan yang mengambil Flash yang kesemuanya telah lulus dengan cemerlang. Moralnya, jangan berputus asa sebelum selesai kesemua ujian kerana ada yang lebih baik untuk kita yang menanti.

23 ulasan:

! Sam Posmen ! berkata...

aku pernah join program Prestariang 3P ini. aku ambil kos CCNA di mana sijil mendapat pengiktirafan dari CISCO network. masa tu UTM sponsor.

menariknya walaupun 2 minggu aku belajar tapi banyak ilmu yang lebih details aku pelajari daripada di clas semasa di uni.

sayangnya semasa ambil test, scor lebih kurang 650/1000 je. sikit lagi nak lulus. aiseh!

kecewa sangat. aku nak repeat tapi memandangkan kos yang mahal dan masa yang terhad memang tak sempat.

kepada sesiapa aku juga sarankan join program ini. macam yang aku pernah ambil CCNA, memang bagus untuk mendalami bidang communication.

untuk makluman masa batch aku dulu cuma 4 orang je lulus daripada 100. hehe. damn! susah giler

Farid berkata...

@Sam Posmen Betul2... ko exam sekali jer? memang payah gak nak lulus kalau tak studi 'soalan' dia betul-betul...

Satu kelas 100 orang ke?

Pergh, 4 orng je lulus? CISCO lulus berapa?

! Sam Posmen ! berkata...

bukan satu kelas. tapi 3 kelas. candidate untuk course tu yang 100 orang. total semua 4/100 la yang lulus.

markah lulus dalam 680 above. tak berapa ingat la. tapi memang payah

Farid berkata...

@Sam Posmen
oh~ kiranya satu kelas 30 lebih jugalah ni.

Macam menarik je CCNA tu.

CCNA belajar pasal apa ya? UM tak ada CCNA pun. Selain CCNA tak ada benda lain ke masa tu?

! Sam Posmen ! berkata...

CCNA belajar pasal networking. aku ambil pon sebab sebelum ini aku study electrical engineering.

bukan CCNA je tapi banyak lagi kos yang di tawarkan. flash, grafik...tak ingat la. hehe

Farid berkata...

@Sam Posmen Oh~ kiranya yang ramai student enginelah yang ambil CCNA? Sangat menarik.

Tapi nak buat macam mana di UM tidak ditawarkan CCNA. Tambah pula, boleh ambil sekali sahaja. Kiranya, di UTM pun hanya untuk tahun akhir juga kan?

Kalau di UM, macam itulah. Tahun Akhir dan boleh ambil sekali sahaja.

! Sam Posmen ! berkata...

yup betul. last sem dan majoriti kat utm student engineering la.

kamu study apa kat UM dulu. UM engineering kurang sikit kan

Farid berkata...

@Sam Posmen Oh~ UM tak pastilah.

Di UM studi Sains Gunaan dengan Pengajian Islam (Ekologi dan Biodiversiti). Lagi pun tak ramai rasanya yang join 3P di UM ni kalau tak salah la. Rugi-rugi.

Nurul Afiqah Mat Zaib berkata...

salam ..saya nak tanya ckit..adakah MOHE juga beri allowance atau duit belanja harian untuk student?ataupun duit belanja harian tu kita kene sedia sendiri.

Farid berkata...

@Nurul Afiqah Mat Zaib MOHE support untuk kursus dan exam sahaja... Makan kena sendiri... kalau penginapan, kami di UM, kena bayar sendiri... tapi better tanya orang yang in-charge di ipt saudari... Tapi berbaloi la join... :)

! Sam Posmen ! berkata...

MOHE program 'train & place' ke?

bergantung kepada kos apa yang kamu ambil. aritu saya join dapat elaun 500 ratus sebulan. accomodation & makan minum sendiri. diorang just support yuran.

tapi memang bagus program tu. dari duduk menganggur je baik join. sebabnya kita di janjikan selepas habis program, dapat kerja dengan company MSC. memang betul

Farid berkata...

@Sam Posmen betul ke Sam? dapat elaun RM500 sebulan masa join 3P? wow... untung tu...

Kiranya sekarang berkerja dengan MSC ke?

! Sam Posmen ! berkata...

program 3P tak dapat elaun. tapi aku maksudkan program 'Train n Place'. program under gov juga untuk mengurangkan pengangguran. kalau 3P 2 minggu je. tapi kalau T&P 2 bulan. selepas habis kerja dengan MSC company :)

Farid berkata...

@Sam Posmen Oh~ ingat 3P... ada program camtu ye... tak semua tempat ada rasanya... =) Rezeki la tu...

Mohd khairul anuar berkata...

haha.. ko la failed paper 2 yg kcng..haha

by :
k.anuar

yu (24) berkata...

ye, prgram ni memang bagus,batch saye...100% ditanggung IPT +makan+penginapan...pegi just belajar n jwb exam je...saya ambl network+, dan selepas tamat program sy ditwarkan mengikuti kursus(trainer) di vietnam slma 3bulan..sape2 yg dapat, hope xsia2kan peluang ni :)

Farid berkata...

@yu Wah~ lagi best dapat kursus di Vietnam. Yang tu apply sendiri or ditawarkan?

yu (24) berkata...

kursus tu ditawarkan, dan seorang daripada kawan saya juga ditawarkan kursus trainer di australia...yang lain saya xpasti...tapi kursus ni memberi peluang yg cerah kepada semua yang berjaya melangkah keluar dari dewan exam (3P)..insyaallah,itu pasti

Farid berkata...

@yu oh~ rezeki tu... rasanya mungkin untuk certain kursus je yg boleh dpt offer utk training kt oversea... ditaja prestariang ke yg dpt offer keluar tu?

mohd syakir satar berkata...

Assalam, just nak tau, adakah sijil Comptia ini valid dlm masa 3 tahun sahaja? Dengar rumors mcm tu.

Farid berkata...

Wassalam, Betul la tu, ada tempoh dia. 3 tahun valid daripada masa lulus.

Tanpa nama berkata...

sijil ni semua ada tempoh ke? ke untuk comptia je?sijil sql pon ada tempoh jugak ke?

Farid berkata...

Kalau tak salah, semua sijil ada valid period, 3 tahun tempoh sah.

Nuffnang