Salam, kita telah dimaklumkann bahawa sesi kemasukkan baru IPTA untuk sesi 2011/2012 telah pun dilewatkan bagi menyelaraskan waktu cuti IPTA seluruh Malaysia dengan IPT di luar negara. Oleh yang demikian, takwim IPTA-IPTA berkemungkinan akan menjadi lebih kurang sama tempoh masanya. Mengikut Takwim UM 2011/2012 yang dikeluarkan Laman sensawang Pejabat Naib Canselor Universiti Malaya pada 26 Januari 2011 telah memberikan makluman awal kepada mahasiswa Universiti Malaya mengenai takwim tersebut dan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk merancang takwim mereka dengan lebih awal.
Saya juga mendapati, perbezaannya adalah waktu cuti antara 2 sem telah dipendekkan menjadi satu minggu sahaja manakala cuti antara sesi adalah lebih panjang iaitu 11 minggu. Pada pandangan saya, ini berkemungkinan memberikan kelebihan dan juga cabaran kepada mahasiswa untuk lebih bersedia menghadapi semester 2 yang mana akan bermula lebih awal. Di mana tiada lagi masa untuk berehat-rehat yang lebih lama. Walaubagaimanapun, kelebihan juga pada waktu cuti yang lama bagi melakukan aktiviti yang lebih berfaedah dan bermanfaat.
Sebagaimana dalam tinjaun saya di dalam soalan yang dikemukan dalam satu perbincangan komuniti Youth Malaysia mengenai penyelarasan cuti ini, mendapati ramai yang memberikan jawapan bahawa ianya adalah masa yang baik untuk membuat perjumpaan dengan rakan-rakan lama yang mana cuti mereka adalah serentak. Ada juga yang berpendapat bahawa mereka boleh berkerja part time bagi menambah sedikit pendapatan. Walaupun terdapat juga peluang bagi mereka untuk program pertukaran pelajar dengan IPT luar negara, mungkin tidak semua akan mendapat peluang tersebut. Namun, apa pun perancangan anda, diharapkan ianya perlulah kepada perancangan yang memberikan manfaat kepada anda.
Bagi takwim Universiti Malaya, saya kongsikan takwim yang telah dikeluarkan oleh Laman sensawang Pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.
Bagaimana pula dengan takwim IPTA lain? Sudah keluar atau pun belum? Mungkin lebih kurang sama sahaja mungkin.
Sekian, Terima Kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
2 ulasan:
salam saudara, mohon emel add saudara yg aktif utk sy kemukakan beberapa pertanyaan. terima kasih.
@cikfungus Terima kasih cik fungus, boleh hubungi saya di emailfarid88-blog[at]yahoo.com terima kasih. =)
Catat Ulasan