HALAMAN UTAMA

Sedekah atau tolong?

Mendengar suara memberi salam, lantas aku membuka pintu. Terlihat seorang perempuan muda yang memperkenalkan dia ialah seorang pelajar IPT daripada salah sebuah Politeknik di Utara. Kemudian memberitahu bahawa dia mahu menjual barangan kraftangan yang bertujuan untuk melanjutkan pelajarannya di sana, seperti key-chain dan sebagainya. Jadi aku pun melihat barangannya yang dijual dengan harga RM10 untuk 3 barang.

Aku pun berkata dalam hati, nak beli RM10 dapat barang, nanti tak guna pulak barang-barang ni. "Takpelah dik, kejap ek", aku ke bilik mengambil sekeping not. Lalu aku menghulurkan not tersebut kepada perempuan yang berasal daripada Sarawak itu. Dia terpinga-pinga dan berkata "Apa ni?" melihat not RM5 yang aku hulurkan.  "Ambillah, saya bagi je", kataku. "Takpelah bang, abang simpan je la duit nie untuk adik-adik abang", katanya emosi sedikit dan pergi begitu sahaja dengan memberi salam.



Aku teringat juga seperti dalam sebuah cerita drama di televisyen yang mana seorang kanak-kanak menjual kuih, tetapi tidak menerima duit sahaja jika kuihnya tidak dibeli. Lantas, mereka yang mahu membantunya membeli kesemua kuih tersebut. Tapi, itu kuih, boleh makan kalau beli banyak. Tapi ni barang kraftangan, yang ada kat umah ni pon tak terpakai rasanya. Hehee...

Pelik bercampur hairan, niatku hendak membantu jer, taknak la beli barang, nanti membazir je. Aku pun faham la, dia bukan nak mintak sedekah. Tapi apalah salahnya, kalau aku nak membantu sahaja. Tak hina pun, kalau orang nak bagi bantuan, terima je la. Syukur, Alhamdulillah. Dan yang aku faham, seolah-olah dia mahu RM10 jer. RM 5 tak nak plak. Adehh~...

Selalu aku terfikir, apa salahnya kita membantu sedikit orang nak belajar kan. Tapi, yang aku terfikir pulak, kenapa tak mintak bantuan PTPTN ke, zakat ke, atau cuba cara lain? Tapi, mungkin mahu berdikari kot. Itulah, kalau betul-betul nak belajar, tentu ada jalan.

Yang aku teringat dan rasa lucu sedikit peristiwa ini ialah kata-katanya "Takpelah abang, abang simpan je duit tu untuk adik-adik abang nanti". Aik, apa kaitannya? Takkanlah adik aku nak guna RM5 je. Aku pun tak keje lagi kan... Adeh~... baik dia suruh aku guna wat makan kat kolej jer... Hehehee.. Punyalah aku rasa macam pelik je caranya. Tak mengapalah, pada aku, orang Malaysia ni, ramai je yang murah hati untuk membantu orang susah. Cuma kadang-kadang, orang lain pulak yang amik kesempatan dengan sifat pemurahnya rakyat Malaysia nie. Aku ni dah la tak boleh tengok orang susah. Adeh~

Perkara penting :
1. Untuk berjaya, banyak cara.
2. Bantulah orang yang perlu bantuan.
3. Banyakkan bersedekah dan menolong orang. Insha-Allah, akan dimurahkan rezeki.

Sekian, terima kasih.

MINDA INSAN : Info Ditambah, Minda Bercambah.

VIRUS ke? tolong... sesape tau...

Salam saudara. Pernahkah saudara mendapat satu yang saya kira virus yang sering dihantar melalui email-email, Yahoo messenger, dan macam-macam lagi yang berbentuk link? Saya sekadar ingin berkongsi. Virus ni sering mengganggu dan kadang-kala menghantarkan pula ke email-email pengguna yang lain tanpa kita sedari. Saya sering juga mendapat virus tersebut yang dihantar melalui YM dan email. Virus yang berbentuk link itu sangat mengusarkan saya sebagai pengguna email, YM dan lain-lain perkhidmatan internet. Hal ini kerana ianya mengganggu dan secara tidak langsung menyebabkan email kita 'menyepam' atau di'spam' olehnya.


Contoh-contoh email yang diterima :-






Adakah ianya virus atau dipanggil apa? Saya mengharapkan respon pembaca blog ini untuk membantu jika tahu bagaimana mahu menghilangkannya. Setakat ini, saya sebagai penerima email berbentuk itu sahaja. Tetapi, apa yang saya pernah lihat, ianya juga boleh menyebabkan email kita menghantar secara automatik ke semua list kenalan yang kita ada. Justeru, saya ingin membantu untuk membuang virus ini daripada kenalan yang telah mendapatnya dan mendapati email mereka sering menghantar virus tersebut secara automatik.



Masalah yang saya nampak :-
1. Menghantar link-link seperti google site, blogsany dan sebagainya.
2. Mengganggu peti email atau inbox email.
3. Menyebabkan email kita melakukan SPAM tanpa kita sedari.
4. Tidak tahu bagaimana hentikan email kita melakukan SPAM atau hantar link tersebut ke kenalan kita. 



  
Saya perlukan bantuan saudara :-
1. Memberikan respon kepada post ini dengan memberikan penyelesaian, bagaimana nak atasi masalah ini daripada terus berlarutan.
2. Berkongsi, apakah punca-puncanya dan bagaimana virus itu berfungsi secara jelas jika saudara tahu.


Minta jawapan dan respon pembaca budiman. Terima Kasih.


Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

CoolUniPack bagi laptop hp?

Kesinambungan post dulu : Nak Laptop? Utk student je...

Alhamdulillah, sampai juga laptop hp unipack yang ditunggu-tunggu selepas pemasangan streamyx selama lebih kurang sepuluh hari pagi tadi. Pengesahan tempat dan tarikh penghantaran dibuat mereka sehari sebelum penghantaran. Sebuah van Tiong Nam telah datang membuat penghantaran sebelum solat Jumaat. Aku pun ambillah laptop tersebut yang berada dalam kotak hp mini berwarna hitam seberat 2.286Kg. Beberapa surat perlu diturunkan tandatangan untuk menunjukkan bahawa kita telah menerima laptop ini dan beberapa salinan diberikan kepada penerima.

Wah, menarik ni, tak sabar nak explore mini hp nie. Tengok la panduan die sebelum aku pasang laptop ni. Jenis model laptop nie ialah HP Mini 110-3004TU. Oh pakai windows 7 starter rupanya. Tapi permulaan start laptop tu, lama sedikit perlu tunggu apabila ia sedang diformatkan untuk yang pertama kalinya. Tanpa perlu memasukkan CD, sebab tiada ruang untuknya, aku perlu mengisi segala maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran laptop tersebut.


Ianya sungguh comel, apabila digunakan seperti laptop kebanyakkan orang gunakan sekarang. Maklumlah, untuk student, jadi kapasiti Ramnya 1Gig, hardisknya 220Gig. Bolehlah untuk memudahkan aku buat kerja, aku pun tak biasa lagi dengan laptop baru ni. Pertama kali aku buat selepas dapat online :-

1. Aku terus mendownload file Rar untuk memudahkan aku membuka program yang mempunyai format tersebut.
 2. Kedua, aku download file IDM 8.15 untuk memudahkan kerja-kerja mendownload selepas ini.
 3. Mendownload Avast untuk memastikan laptop ini dilindungi dengan perisian anti virus percuma.
 4. Mendownload Firefox, untuk menggunakan browser internet yang biasa aku gunakan.
 5. Kemudian, updates file-file add on seperti flash, java dan sebagainya untuk pastikan semua paparan internet boleh dibaca dengan baik ketika menggunkannya.
 6. Menginstall software yang biasa digunakan seperti Yahoo Messenger dan sebagainya.






Setakat ini, itu la yang aku dah buat. Aku nak buat backup untuk laptop ni, tapi tak faham sangat macam mana nak buat. Aku pun nak buat partition lebih sikit. Sebab die dh buat 3 partition. 2 partition yang ada adalah recovery (12.9GB) dan HP_TOOLS (99.1GB) dengan saiz yang memang ngam-ngam untuk file tersebut. Jadi sebab aku pun ragu-ragu nak pecahkan partition c tu, maka aku biarkanlah dulu. So, aku rasa setakat tu je la basic yang aku dah buat dengan laptop mini HP UniPack ni. Siapa-siapa ada cadangan atau pun tahu apa nak dibuat pada laptop baru ni, silalah tinggalkan komen ye, semoga dapat dikongsi bersama. Insya-Allah.

Semoga anda yang belum mohon atau sedang menunggu laptop tersebut dapat gambaran awal daripada saya. Walaupun saudara pembaca sudah ada, atau belum atau sudah tahu, saya sekadar berkongsilah apa yang ada pada laptop mini pakej student ni. Jadi, selamat memanfaatkannya untuk kemudahan pembelajaran kita. Walaupun kecil dan comel, tapi banyak kegunaanya bila dimanfaatkan sepenuhnya.

Sekian, informasi daripada saya.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Daftar Pemilih, Anda Dah Layak Mengundi?

Salam pembaca yang budiman. Dah daftar sebagai pemilih? Tau tak apa yang dikatakan daftar pemilih tu? Rasanya semua dah tahu kan. Khususnya pada anak muda yang telah mencapai usia 21 tahun. Semua  yang layak wajib daftar untuk memastikan kita boleh mengundi pada pilihanraya nanti. Saya pun dah daftar dah. Masa YOUTH 10 di PWTC bulan lepas. Bukan apa saudara, kita ni dah la tak minat politik sebab nampak macam-macam dalam politik bukan? (tapi aku minat gak pasal politik ni). Walaubagaimana sekali pun kita tak ambil tahu politik, saya serulah kepada mereka yang dah layak mendaftar, supaya teruslah mendaftar. Jangan tunggu lama-lama.

Saudara pembaca pun tahu kan. Malaysia ni, negara demokrasi yang memilih pemimpin dalam pilihanraya yang dilakukan setiap lebih kurang 5 tahun sekali. Jadi, kita kenalah pilih wakil kita selagi kita berada di Malaysia. Sebab, kalau bukan kita, sapa lagi? Mengikut survey yang dilakukan saya sendiri dalam laman Youthsays yang saya lakukan, mungkin masa saya buat polls, tak ramai lagi yang join YouthSays.



Jadi dalam 509 pengundi sahaja yang mengundi, didapati hanya 162 orang sahaja yang telah mendaftar iaitu sebanyak 31% sahaja. Manakala 249 orang belum mendaftar iaitu 48%. Dan 98 orang belum cukup umur iaitu sebanyak 19%. Alangkah sedikitnya yang sedar akan kepentingan untuk mendaftar.  Jika ianya mewakili belia Malaysia, amatlah mengecewakan. Tetapi saya yakin ini hanyalah jumlah minoriti sahaja yang tidak boleh dijadikan pengukur belia di Malaysia.


Namun begitu, Saudara sekalian, sebelum itu, tahukah anda, dimanakah kita boleh mendaftar sebagai pemilih? Antaranya ialah :-

5. Pasukan Outreach SPR

Rujukan : http://www.spr.gov.my/index_files/pendaftaran_pemilih/pendaftaran_pemilih.asp

Untuk pengetahuan, saya juga telah mendaftar dan caranya amat mudah dan senang apabila tiba di mana-mana kaunter pendaftaran yang kadang-kadang dibuka di tempat-tempat karnival atau festival atau pun program-program tertentu, Caranya ialah :-

1. Isi borang dan berikan Kad pengenalan untuk disemak dan dibuat salinan.
2. Tandatangan pada borang.
3. Dapatkan salinan untuk rujukan jika berlaku apa-apa masalah.

Apa yang dimaklumkan, kelulusan untuk diluludkan permohonan adalah selama 6 bulan. Lama tak? lama kan? Jadi dia minta untuk menyemak nama tersebut di laman web SPR lepas tempoh tersebut. Jadi, saudara perlu segeralah mendaftar untuk mengelakkan tidak layak mengundi pada pilihanraya yang terdekat nanti. Kepada yang belum layak, sabar ye. Sebab akan sampai masa anda daftar, cepat-cepatlah daftar. Jadi siapa-siapa yang ingin menyemak, sila ke SEMAK NAMA ANDA .

Saya sangat bimbang, mungkin sebab faktor berpolitik sekarang pemuda Malaysia hari ini tidak minat untuk mengambil bahagian dalam politik. Pada saya, kita perlulah sentiasa mengambil tahu masalah di dalam politik negara kita agar kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, lebih bersedia jika berlaku sebarang kemungkinan di dalam kepimpinan negara. Kita wajib memilih wakil kita. Ini bagi memastikan tiada pihak luar yang akan masuk campur dalam hal politik negara kita.

Saudara pembaca sekalian. Tahukah anda apa keputusan pilihanraya 2008 di seluruh negara? Saya di sini suka untuk berkongsi agar kita dapat melihat suatu gambaran yang menyeluruh yang berkaitan dengan keputusan yang diperolehi oleh parti-parti politik ketika keputusannya diumumkan. Berikut adalah keputusan di peringkat DUN dan Negara. 


PETA KEPUTUSAN DEWAN RAKYAT


PETA KEPUTUSAN DUN


Menarik sungguh melihat taburan parti ini. Walau apa pun parti yang menang, kitalah penentunya. Namun, mereka tetap sayangkan Malaysia dan kitalah yang memilih mereka. Siapa yang layak, kitalah yang menilainya dengan mengambil tahu hal-hal dan perkara yang berlaku sekarang. Kitalah yang menyebabkan politik yang ada sekarang menjadi bersih atau kotor, atau apa sahaja. Kerana apa? Kerana kita sebagai pengundi, kita yang memilih mereka, sama ada mereka layak atau tidak, kita yang perlu menilai. Jadi, marilah sama-sama mendaftar untuk melayakkan kita mengundi di hari pengundian.

Saya suka bawakan serba sedikit maklumat mengenai parti politik yang terdapat di Malaysia yang di ambil daripada laman sensawang Pilihanraya Umum Malaysia


Saudara-saudara bolehlah menambah ilmu pengetahuan mengenai politik serba sedikit daripada info yang ada dan bolehlah merujuk mengenai corak pengundi yang mengundi pada setiap pilihanraya di Laman tersebut. Sebelum itu, saya ingin menwar-warkan juga INFORMASI yang di petik daripada laman web SPR :-

TAHUKAH ANDA ..      [ upload pada : 29 Jun 2010 ]
1. Apabila anda berpindah ke tempat lain dan membuat pertukaran alamat di dalam Mykad dengan JPN, ini tidak secara automatik akan menukarkan tempat anda mengundi. Anda perlu memohon dengan SPR untuk pertukaran alamat di dalam Daftar Pemilih ke tempat mengundi yang beru mengikut alamat baru di dalam Mykad anda.

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 24 Jun 2010 ]
1. Apabila anda mendaftar sebagai Pemilih, tempat atau kawasan Bahagian Pilihan Raya di mana anda akan mengundi ( Parlimen dan Negeri ) adalah ditentukan berdasarkan alamat di dalam Daftar Pemilih iaitu mengikut alamat di dalam Mykad anda.

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 21 Jun 2010 ]
1. SPR hanya memotong nama seseorang dari Daftar Pemilih berpunca dua faktor
a. Apabila menerima pengesahan kematian dari JPN
b. Menerima pengesahan sabitan kesalahan Mahkamah yang melibatkan hukuman penjara melebihi 1 tahun atau / dan denda melebihi RM2000.00

TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 16 Jun 2010 ]
1. Nama Pemilih Berdaftar yang telah meninggal dunia tidak boleh dikeluarkan daripada Daftar Pemilih selagi pengesahan rasmi kematian tidak diterima dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ). Oleh itu, anda hendaklah memaklumkan kematian waris anda kepada JPN untuk dikeluarkan sijil kematian. Sijil penguburan yang dikeluarkan oleh Balai Polis tidak boleh digunakan SPR untuk memotong nama seseorang daripada Daftar Pemilih. Sjili kematian yang sah daripada JPN sahaj yang boleh diterima sebagai bukti kematian seseorang Pemilih Berdaftar.
 
TAHUKAH ANDA ..     [ upload pada : 11 Jun 2010 ]
1. Untuk mengundi dalam Pilihan Raya ( sama ada pilihan raya umum atau pun pilihan raya kecil ) anda hendaklah seorang PEMILIH BERDAFTAR. Anda perlu mendaftar sebagai Pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) supaya dapat hak mengundi dalam mengundi dalam pilihan raya.

2. Anda boleh mendaftar di tempat-tempat berikut :  
a. Pejabat-pejabat SPR di Putrajaya dan di setiap negeri di seluruh negara;
b. Pejabat Pos Malaysia di seluruh negara;
c. Kaunter Pendaftaran Bergerak SPR;
d. Wakil-wakil Parti Politik yang dilantik SPR
e. Wakil-wakil jabatan/agensi kerajaan yang dilantik SPR

3. Kelayakan Untuk Anda Mendaftar :  
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur 21 tahun ke atas
c. Tidak hilang kelayakan di bawah undang-undang
d. Bawa Kad Pengenalan (Mykad) anda
e. Hadir sendiri semasa mendaftar

Sumber : http://www.spr.gov.my/

Saya menyeru sangat sebagai rakyat Malaysia, saya ingatkan, marilah sama-sama kita mendaftar jika belum, yang penting adalah pendaftaran, anda mengundi parti apa pun tiada siapa nak halang. Keputusan ditangan anda. Jangan tidak tahu satu undi anda amat bermakna untuk menetukan keputusan pilihanraya nanti. JOM mendaftar.

Maklumat menarik yang telah dirujuk penulis di laman berikut :-

MENDAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI SEKARANG JIKA ANDA SUDAH LAYAK.

Sekian, Terima Kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang