HALAMAN UTAMA

Sejenis Makanan Dalam Yong Tau Fu Dikesan Ada DNA Babi?

http://adf.ly/gJUNW
Assalamualaikum, apabila membuka laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perlis, saya ternampak satu artikel yang dikeluarkan pada Selasa, 09 Ogos 2011 03:08 dan telah dikemasikini pada Jumaat, 05 Julai 2013 16:36 mendedahkan penemuan DNA babi dalam satu produk makanan yang biasa dimasukkan dalam hidangan sajian Yong Tau Fu dan steamboat.

Saya pernah nampak produk ini, tetapi tak pasti adakah ianya daripada jenama ini atau pun jenama yang lain. Apa pun kita perlulah berwaspada dengan produk ini dan mengelakkan produk yang meragukan serta yang tiada logo halal JAKIM.


Berikut adalah kenyataan yang dipetik daripada laman web tersebut:



PENEMUAN DNA BABI DI DALAM PRODUK MAKANAN




Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mendapat maklumat dari pihak berkuasa di pintu masuk sempadan Malaysia- Thailand mengenai sampel makanan, kategori ikan dan hasilannya yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi iaitu produk Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP). Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 05 Julai 2013 16:36 )

Sumber: http://islam.perlis.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=133:penemuan-dna-babi-di-dalam-produk-makanan&catid=37:info-terkini 

Surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bertarikh 15 Mei 2013.

Hidangan yang biasa mengandungi makanan jenis ini:-






Semoga kita akan sentiasa lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang kita mahukan demi menjaga pemakanan kita yang baik dan halal serta bersih.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

1 ulasan:

Unknown berkata...

As Salam para pengemar YONG TAU FOO,

Kini ANDA tidak perlu lagi merasa was-was apabila ingin menikmati salah satu makanan kegemaran anda iaitu YONG TAU FOO. Terdapat dipasaran terkini, produk keluar terbaru MUSLIM terhasil dengan dibawah pengawasan HALAL iaitu KUAH YONG TAU FOO .
Permulaan perniagaan di Sungai Petani, kini anda boleh memperolehinya di Perak, kuala Lumpur dan Shah Alam dan juga dibeberapa negeri di Pantai Timur, Nilai, Seremban dan juga akan menyusul selepas ini ke selatan sana.

Untuk mendapatkan info serta maklumat lanjut, anda bolehlah menghubungi Ejen kami di talian : 013-4607628.
Layari laman sesawang tersebut untuk maklumat lanjut : https://khoryproduct.wordpress.com/

Apa tunggu lagi, ayuh dapatkan satu untuk memcubanya, mungkin anda nak lebih.... teruskan demi menambah selera anda.

terima kasih.

**TERUS MAJUKAN PERNIAGAAN KAUM BUMIPUTRA **

Nuffnang