Assalamualaikum, kali ini saya mahu kongsikan satu peringatan mudah atau pun sunnah Rasulullah ketika baginda meminum air, ada beberapa perkara yang kita mungkin sudah tahu atau pun masih lagi terlepas pandang. Saya kongsikan sedikit perkongsian yang disampaikan daripada siaran "Fattabioni" yang mana telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu yang biasanya akan disiarkan dalam saluran Al-Hijrah.
Secara ringkasnya: Minum Cara Sunnah
- Membaca "Basmallah" sebelum, memuji Allah selepas minum.
- Minum duduk.
- Minum dengan tangan kanan.
- Minum dengan 3 nafas.
- Abra' (Melepaskan penyakit)
- Arwa' (Menghilangkan kehausan)
- Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
- Minum air selepas minum susu (atau minuman yang berlemak)
- Membaca doa selepas minum.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ
وَلَمْ يَجْعَلْهُ ملحًا أُجَاجًا بذنوبنا
"Segala Puji bagi Allah yang telah menjadikan air yang baik dan segar dengan rahmatNya, dan tidak menjadikan ia masin dengan dosa-dosa kami"
- Orang yang menuang air untuk orang lain ialah orang yang terakhir akan minum.
- Rasulullah suka minuman manis yang sejuk.
- Baginda mencampurkan air dengan kismis, madu atau tamar pada waktu malam, baginda akan minum pada waktu siang.
- Baginda meminum susu dengan mencampurkan dengan air sejuk.
- Baginda minum sawiq iaitu tepung gandum yang dilarutkan dalam air kerana memberikan kelapangan dada dan kecerdasan badan.
Perkara yang dibenci
- Meniup makanan atau minuman panas sebelum makan atau minum.
- Bernafas dalam bekas minuman ketika minum.
Untuk mendengar dan menghayati pengisian di atas, silalah lihat rakaman yang sangat menarik di bawah.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan