HALAMAN UTAMA

#findaisyah Diculik Di Jusco Rawang 4 Ogos 2013

Assalamualaikum, di penghujung Ramadhan ini marilah kita bantu Cikgu Arbaiyah ini mencari anaknya yang telah hilang diculik suspek seperti dalam gambar yang disertakan yang di bawah ini dan dilaporkan hilang di JUSCO Rawang pada 4 Ogos 2013.

Kepada sesiapa yang menjumpai dan melihat suspek dimita melaporkannya ke balai polis berdekatan.

Bantuan semua diperlukan selepas seorang kanak-kanak bernama Aisyah, anak kepada guru Sekolah Menengah Sungai Besi telah diculik di Jusco Rawang sebentar tadi, suspek dikenalpasti menaiki kereta Viva Puteh BLC 1894. Gambar kanak-kanak dan suspek diedar bersama seperti di bawah agar kita dapat bersama-sama membantu mengesan suspek dan mangsa tersebut yang telah dilarikan bersama beliau.


FACEBOOK IBU MANGSA:  http://www.facebook.com/cikgu.arbaiyah
TWITER #findasiyah








Semoga dengan usaha ini kita dapat membantu mengembalikan adik Aisyah ke pangkuan keluarganya Cikgu Arbaiyah. InshaAllah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang