HALAMAN UTAMA

Rabu Tanpa Kata 73 (Wordless Wednesday) Pokok Kopi - Aleisanthia rupestris (Ridl.)




Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.  

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Suasana Di Makkah Al-Mukarramah

Assalamualaikum dan Salam Eidul Adha, sempena musim haji ini, marilah kita sama-sama melihat suasana di Makkah Al-Mukarramah yang kita tidak boleh ikuti jika tidak ke sana, melainkan berita yang dipaparkan dan disiarkan di televisyen. 

Oleh yang demikian, saya mahu berkongsi suasana terkini di Makkah Al-Mukarramah bagi kita yang belum ada rezeki untuk ke tanah suci sebagai pedoman kita bersama. Insya-Allah kita akan di beri peluang mengunjungi rumah Allah yang sangat dirindui oleh mereka yang pernah menjejaki ke Masjidilharam, Makkah Al-Mukarramah. 

Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu"

Saksikanlah siaran langsung berikut dibawakan oleh Makkah Live. 



Masya-Allah, kalau ada peluang, marilah sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan urusan kita di sana nanti. Insya-Allah.

Selamat menyambut Eidul Adha dan selamat menyembelih haiwan korban anda pada tahun ini.  Semoga pahala korban anda akan sampai kepada Allah. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Penipuan SMS Guna Nama SHELL SDN BHD

Assalamualaikum, SMS Tipu menggunakan nama SHELL. Saya baru terima SMS yang mana cuba mengumpan dengan menawarkan sejumlah wang yang besar dan mampu memperdaya sesiapa sahaja yang mahukan wang yang banyak bila ditawarkan tanpa memikir panjang. 

Sebelum ini, saya juga pernah ditawarkan hadiah daripada satu penipuan beberapa tahun dahulu sebanyak RM30,000 yang dikatakan adalah pemenang satu peraduan yang saya tak pernah sertai menggunakan nama syarikat COCA-COLA. Baca penipuan menggunakan jenama COCA-COLA

Berikut SMS penipuan untuk kali ini menggunakan no telefon 0128159208 untuk menghubungi pula nombor 0178941357. 

Mesej Penipuan tertulis:
"Rm0.Promotion's Tahniah sim kad Anda tlh meraih HADIAH PERCUMA "RM19,000.00" dari SHELL HELIX No Reg 552299, Sila Call di Talian SHELL SDN BHD 0178941357 TQ"

Jadi, saya nasihatkan sesiapa sahaja yang mendapat mesej seperti ini, agar berwaspada dan tidak terpedaya dan tidak menurut sebarang arahan yang diberikan mereka. Berikut SMS yang dihantarkan kepada saya. 




Nampak sangat mereka mempunyai modus operandi yang sama setiap tahun sejak tahun 2009 lagi malah saya yakin telah bermula lebih awal lagi sebelum tahun 2009 lagi. Kerana semua mesej adalah hampir 90% sama dan yang bertukar adalah nombor telefon sahaja dan nama syarikat serta ejaan dan gaya penulisan tetapi menyampaikan mesej yang sama.

Semoga membantu anda agar lebih berwaspada dan lebih berhati-hati dengan SMS yang menawarkan ganjaran yang besar. Kena percaya bahawa tidak semudah itu pihak syarikat atau mana-mana pihak ingin memberikan hadiah dengan jumlah yang besar tanpa apa-apa sebab yang tidak munasabah. 

Baca Pengalaman Saya Berbual dengan Sindiket Penipuan SMS di sini untuk pedoman bersama.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Mata Ganjaran MESRA PETRONAS Selesai



Assalamualaikum, berikutan dengan masalah tidak mendapat mata ganjaran pada April 2012 lalu apabila membeli Gas menggunakan perkhidmatan PETRONAS delivery telah selesai pada 19 Oktober 2012, selepas pemberian 14 Mata Ganjaran ke dalam Kad MESRA saya. Nampak remeh dan kecil, tetapi untuk kepuasan hati pelanggan amatlah besar dan boleh menukar semula persepsi kepada perkhidmatan yang diberikan mereka.

Rentetan Peristiwa 1 (APRIL 2012)
Testimonial Untuk Hari ini:
Walaupun kecil, ianya cukup bermakna. Kurang berpuas hati dengan Petronasbrands, tidak dapat mata ganjaran dengan pembelian gas memasak. Iklan sememangnya meluas di Televisyen, Media Cetak serta di Internet.


Apabila ditanya, mengapa saya tidak dapat mata ganjaran?

Jawapannya mereka: Encik perlu berikan no kad mesra ketika membuat tempahan. Saya sememangnya setuju, tetapi apakah tindakan mereka membantu pelanggan yang tidak tahu apa mereka perlu buat?

Apa yang berlaku: Ketika tempahan, saya telah bertanyakan mengenai Mata Ganjaran, tetapi operator tidak meminta no kad mesra, dan tidak juga memberikan cara untuk mendapatkan mata ganjaran. Kalau saya baru menggunakannya, adakah saya tahu caranya?

Sepatutnya berlaku: "Encik ada kad mesra? Boleh saya dapatkan no kad encik?". Barulah pelanggan rasa dihargai dan seronok untuk menggunakan perkhidmatan Gas Petronas Home Delivery. Sepatutnya mereka lebih proaktif memberikan perkhidmatan terbaik.

Komen saya: Perlukah saya ajar apa patut mereka buat kepada pelanggan? Adakah saya perlu kata "Encik, sila ambil nombor kad mesra saya." Pelanggan bayar untuk dapatkan perkhidmatan mereka. Pelanggan mahu dilayan sebaik mungkin. Kami bayar perkhidmatan yang kami dapat. Jadi sepatutnya berbaloi.

P/S: Isu ini sangatlah kecil. Tak perlu diperbesarkan. Cuma tidak berpuas hati mengapa mereka memandang remeh 3 PERKARA yang dijanjikan perkhidmatannya? Kalau mata ganjaran bukan sesuatu penarik utama, mengapa dipromosikan dan dicanangkan dalam akhbar? Saya cukup tak puas hati kalau perkhidmatan tidak memenuhi apa yang ditawarkan. Saya suka berikan testimoni dan berkongsikan kepada rakan-rakan yang lain mengenai sesuatu perkhidmatan dan produk.



Saya mahukan apakah yang pihak Petronasbrands boleh berikan untuk memuaskan hati pelanggan? Saya sememangnya tidak berpuas hati.

Namun, selepas beberapa kali saya dihubungi, masih lagi tiada tindakan yang dilakukan pihak KAD MESRA PETRONAS sehingga saya mengadukan semula masalah ini selepas hampir enam bulan.

Rentetan Peristiwa 2 (OKTOBER 2012)
Saya menghantar semula mesej ke Facebook PETRONASBRAND untuk mengetahui status aduan saya pada enam bulan dahulu. Beberapa hari kemudian, saya telah dihubungi pihak PETRONAS untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selepas saya mengutarakan semula masalah tersebut, maka saya diberikan no rujukan.

Selepas beberapa hari (lebih kurang seminggu) saya telah menerima mesej yang tertera di bawah. Dengan mesej ini, maka selesai sudahlah masalah yang saya hadapi dengan pihak Kad MESRA PETRONAS.





Selepas saya periksa dalam akaun Kad MESRA saya, benarlah telah dimasukkan 14 Mata Ganjaran MESRA. Walaupun kalau ikut nilainya hanyalah 14sen sahaja, tetapi amat penting seperti yang dijanjikan pihak PETRONAS.



Terima kasih kepada pegawai yang telah menghubungi saya untuk menyelesaikan masalah ini. Diharapkan para pengguna yang menghadapi masalah ini, silalah membuat tindakan lanjut sehingga masalah ini dapat diselesaikan. Insya-Allah.

Terima kasih.Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Voucer KFC Daripada My Value Opinion

Assalamualaikum, mahukan voucer KFC atau pun Voucer JUSCO? Saya baru sahaja menebusnya daripada My Value Opinion sebentar tadi 24 Oktober 2012. Dan voucer yang ditebus akan dihantar dalam tempoh 28 hari daripada hari penebusan. Saya tunjukkan kepada anda email yang diberikan selepas saya menebus voucer tersebut yang dihantar kepada email saya sebagai pengesahan penebusan voucer tersebut.



Selain itu, saya juga tunjukkan bagaimana mana dikumpul sebelum kita boleh menebus Voucer KFC/PIZZA HUT atau pun Voucer JUSCO tersebut:-

Jika anda mahu mendapatkan voucer seperti ini, sila berikan email anda kepada saya sama ada melalui komen di bawah atau pun boleh email kepada saya di:-
[ emailfarid88-blog[at] yahoo.com ] (sila tukarkan [at] kepada @)
untuk dijemput melalui email anda. Berikut akaun saya selepas penebusan voucer dibuat.

Untuk mengenali Apakah itu Valued Opinions?
Latar Belakang 
Valued Opinions adalah satu perkhidmatan yang memberi ganjaran kepada anda sebagai tanda penghargaan kerjasama anda mengambil bahagian dalam tinjauan penyelidikan pasaran. Ini merupakan peluang kepada anda untuk turut sama membentuk masa depan industri dan perkembangan pelbagai produk. Valued Opinions terdiri daripada sekumpulan pakar dari pelbagai latar belakang profesional. Mereka berkongsi matlamat dan tujuan yang sama, iaitu membantu pembangunan industri masing-masing di samping menjana perkembangan produk serta perkhidmatan pengguna ke tahap yang lebih baik.
Valued Opinions dimiliki oleh Research Now, sebuah panel pakar dalam bidang penyelidikan secara ‘online’. Valued Opinions mempunyai misi yang sangat praktikal. Dengan menitikberatkan kualiti and kepercayaan, kami bermatlamat untuk membentuk satu kumpulan penyelesai masalah yang membekalkan maklum balas secara efektif and efisyen kepada komuniti perniagaan.


Berkongsi pendapat anda - dan terima ganjaran!
Valued Opinions adalah satu perkhidmatan yang memberi ganjaran kepada anda sebagai tanda penghargaan kerjasama anda mengambil bahagian dalam tinjauan penyelidikan pasaran. Bagi setiap tinjauan yang lengkap, anda akan menerima ganjaran yang lazimnya bernilai diantara RM4.00 dan RM10.00 dan boleh mencecah RM100 bagi tinjauan yang memerlukan kepakaran.


Untuk peringatan juga, anda perlulah sentiasa memerhatikan jemputan yang akan dihantar ke email anda untuk dikemaskini selalu. Pastikan klik pada link yang dihantar pada email tersebut yang dihantar oleh pihak My Value Opinion, seperti yang dihantar ke email saya.


Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mendapatkan sesuatu ketika online setidak-tidaknya ada juga manfaat dalam masa terluang ketika melayari internet.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 72 (Wordless Wednesday) Pintar Korban




Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.  

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Serbuan ke Atas Skim Kewangan Haram Menggunakan Emas


Assalamualaikum, masyarakat kini kian mencari-cari apakah pelaburan yang boleh membawa keuntungan dalam jangka masa yang singkat sehinggakan tidak menyangka tindakan tersebut kadang-kala menyebabkan kerugian yang sangat besar kepada ekonomi kewangan diri sendiri dan keluarga. Dan yang terkini, adalah skim pelaburan emas yang kian popular dan sehinggakan wujudnya skim-skim yang tidak diluluskan oleh bank negara. Oleh yang demikian, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bersama beberapa agensi telah pun membuat serbuan bagi membanteras aktiviti haram ini. Maka beberapa persoalan yang dijawab berikut untuk panduan masyarakat Malaysia.

Oleh itu, susulan dengan banyak pertanyaan yang diterima oleh agensi-agensi penguat kuasa berhubung dengan tindakan yang diambil baru-baru ini terhadap syarikat-syarikat yang disyaki menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas, berikut adalah soalan lazim berserta jawapan untuk rujukan orang ramai, khususnya pihak-pihak yang terbabit.

S1:  Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat-syarikat tersebut?
J:   Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan para pelabur daripada melaburkan lebih banyak wang dalam skim yang berisiko, dan juga untuk melindungi kepentingan orang ramai. Syarikat yang terbabit sedang dalam siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan, termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelakkan cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun. 

S2: Mengapakah timbul kebimbangan terhadap model perniagaan syarikat-syarikat tersebut?
J:   Kebimbangan ini timbul kerana syarikat-syarikat tersebut dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama. Syarikat-syarikat tersebut menjanjikan pelabur pulangan bulanan yang lumayan dan jaminan belian balik emas. Skim tersebut bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang yang baru dilaburkan dalam skim ini. Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikat-syarikat ini biasanya tidak sepadan dengan jumlah yang dikumpulkan daripada para pelabur.

S3:  Mengapakah pihak berkuasa hanya mengambil tindakan sekarang? 
J:   Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil setelah didapati terdapat sebab-sebab yang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang terburu-buru atau melulu yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan yang sah.

S4:  Apakah status tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa?
J:   Siasatan masih lagi berjalan. Orang ramai akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenai status terkini siasatan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa undang-undang sahaja untuk sebarang maklumat terkini kes-kes ini.

S5:  Berapa lamakah tempoh siasatan?
J:   Tempoh siasatan akan bergantung pada tahap kompleksiti dan keseriusan kes. Tahap kompleksiti telah meningkat disebabkan oleh dimensi antarabangsa kes-kes tersebut. Kerjasama daripada pihak yang terbabit akan membantu proses siasatan. Siasatan ini diberi keutamaan yang tinggi dan semua sumber yang perlu telah digembleng oleh agensi penguat kuasa yang berkenaan untuk mempercepat siasatan.


S6: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?
J:  Berhubung dengan kes skim kewangan haram yang disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankan operasi mencari dan merampas bagi mendapatkan bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripada menyembunyikan atau memusnahkan bahan bukti. Ini juga menghalang aset daripada lesap kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelabur. Di bawah seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang diberikan kuasa untuk membekukan apa-apa aset apabila disyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan.

S7: Apakah yang akan terjadi kepada aset dan emas yang dirampas?
J:   Aset yangdirampas semasa serbuan dibuat akan didokumenkan dengan teliti dan diambil kira serta disimpan di tempat yang selamat.  Sekiranya terdapat prosiding jenayah, aset tersebut hanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah.          

S8:  Bolehkah pelabur yang terbabit menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?
J:   Aset yang dirampas semasa siasatan dijalankan hanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah. Pelabur mungkin boleh memfailkan kepada Mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau emas mereka. Maklumat tentang sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

S9: Apakah nasihat kepada orang ramai yang ingin melabur? 
J:Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah, dengan memberikan jaminan bahawa jumlah pokok yang dilaburkan akan dipulangkan. Orang ramai juga dinasihati supaya merujuk kepada agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Sebagai panduan, orang ramai digalakkan mengambil perhatian perkara berikut apabila menilai sesuatu skim pelaburan:
  • Ingatlah – sekiranya skim tersebut adalah indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar skim tersebut adalah skim palsu;
  • Berwaspada dengan skim Ponzi. Ia merupakan skim pelaburan yang berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baharu untuk membayar kepada pelabur awal atau sedia ada.  Akhirnya, akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baharu tidak mencukupi untuk menyokong skim ini dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan;
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah;
  • Rujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan sebelum melabur/mendeposit wang;
  • Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur;
  • Hendaklah lebih berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet;
  • Berwaspada dengan apa-apa peluang pelaburan yang tidak bertulis;
  • Jika pelaburan telah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan; dan
  • Rujuk laman sesawang amaran penipuan kewangan berikut:
Sekiranya anda mengetahui skim pelaburan yang berunsurkan penipuan, anda digalakkan untuk membuat laporan polis.

Kenyataan bersama oleh:
Polis Diraja Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Bank Negara Malaysia
 
Sumber: Facebook BNM

Semoga soalan yang tersebut dapat memberikan penjelasan kepada anda yang masih mahukan penjelasan.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 71 (Wordless Wednesday) Bersama Ahli Syurga





Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.
 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Kenduri Di Rumah Tinggi Dengan Banjir


Assalamualaikum, Alhamdulillah, selesai juga kenduri di 'rumah tinggi'. Rahmat Allah kenduri dilimpahi air banjir. Siapa kata rumah tinggi tak boleh banjir? hehe... apa pun, semuanya sudah selesai dengan sempurnanya. Mungkin saliran air longkang di sini kecil dan tak mampu mengalirkan air hujan dengan jumlah yang banyak dalam sesuatu masa. Oleh itu, mari saya kongsikan beberapa gambaran di lokasi rumah tinggi yang dilimpahi air banjir ketika sedang berlangsungnya majlis kenduri doa selamat. Air hampir memasuki ruangan dewan, namun hujan semakin reda dan perkara tersebut tidak berlaku. Dan kembali surut selepas hujan semakin reda selepas beberapa minit kemudian.


Mesti anda pernah mengalami atau melihatnya bukan? hehe... Apa pun, saya kongsikan gambar berikut untuk perkongsian pengalaman kenduri saya bersama anda semua di 'rumah tinggi' di Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur.











Sekadar itu dahulu perkongsian saya.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 70 (Wordless Wednesday) Nombor Siri Not RM10


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan.   

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Belajar Melabur Dengan Pertandingan OSK 2012

Assalamualaikum, hari ini hari ketiga pertandingan OSK iaitu pertandingan perminan saham yang dianjurkan oleh salah sebuah syarikat pelaburan bursa saham Malaysia untuk peringkat IPT dan terbuka untuk semua pelajar IPT seluruh negara. Permainan ini memberi peluang kepada pelajar IPT seluruh negara untuk memahami bagaimana cara untuk melabur dalam bursa saham Malaysia (BSKL) yang sebenar. Mudah sahaja, daftar dan anda boleh terus melabur menggunakan virtual money yang diberikan sebanyak RM100,000 sebagai modal pelaburan.

Permainan ini amat menarik kerana kita mampu membeli saham-saham tersebut secara 'virtual' dan boleh melihat sendiri kemampuan kita melabur dalam saham-saham yang berada di dalam Bursa Malaysia. Pemenang akan dipilih melalui beberapa kriteria yang dipilih antaranya berapa banyakkah kita mampu menjana keuntungan dengan pelaburan yang kita buat.


Apa, pun selamat mencuba. Sila klik pada gambar [PLAY NOW] untuk cuba menyertai pertandingan OSK peringkat IPT ini.



Berikut antara contoh apa yang telah saya buat untuk pelaburan hari ini:-


Sedikit perkongsian saya:-



Semoga anda dapat mengambil peluang dalam pertandingan ini dan dapat mempelajari sesuatu daripada permainan ini. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 69 (Wordless Wednesday) Selut Paya Bakau Pulau Carey




Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. 

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Pandangan Ilmuan Mengenai Bajet 2013

Assalamualaikum, mari dengar dua ulasan daripada ahli akademik yang sempat saya kongsikan bersama untuk kita. Ulasan yang pertama daripada Ustaz Dr. Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (UZAR), Penolong Professor (Assistant Professor atau Pensyarah Kanan), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Yang kedua ulasan daripada Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail, Professor di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM).

Ulasan Pertama
Petikan daripada Fan Facebook UZAR dan FB UZAR

Antara komen saya sejurus selepas bajet Jumaat lepas di TV Hijrah. "Bajet sememangnya agenda politik untuk meraih undi untuk terus berkuasa, tiada yang perlu dihairankan dan tiada salah yang besar padanya. Apa yang perlu rakyat buat adalah menguatkan TEKANAN dan DESAKAN kepada mana-mana kerajaan yang memerintah agar SETIAP TAHUN kebajikan rakyat diutamakan dan tidak hanya hampir pilihanraya. Pun begitu, Kita juga DESAK pembuat dasar membentangkan plan akan bagaimana pendapatan negara mampu ditambah dan dikekalkan, jangan hanya memberi saja. Jika kerajaan tidak mahu mengharamkan jualan barang memudaratkan spt rokok, arak, perjudian, cukainya PATUT dinaikan.




Gambar 1 : Petikan Bajet 2013. Komen saya, kadar Jenayah berkait rapat dengan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Demikian menurut kajian di UK. Justeru, TEPAT sekali bajet 2013 memberi peruntukan mengurangkan kenaikan kadar jenayah. Namun lebih cantik jika peruntukan dapat diberikan juga kepada plan pencegahan jenayah melalui memantapkan unsur spiritual agama dan pendidikannya. Kita yakin, penghayatan agama adalah faktor penting mengurangkan jenayah selain faktor fizikal.

Sebagaimana yang saya utarakan di dalam ulasan sejurus selepas bajet 2013 diumumkan di TV Hijrah. KITA SOKONG Bajet menaikan Real Property Gain Tax (RPGT) kepada 15 % bagi menghalang spekulasi hartanah, namun kita harap tahun depan akan naik lagi mungkin ke 20 % bagi menstabilkan harga rumah akibat spekulasi orang kaya yang menyebabkan rumah kurang mampu dimiliki oleh ramai. Lebih penting dari itu, bajet sepatutnya hanya membenarkan pihak bank memberi loan dan financing sekadar 50% (berbanding 70% sekarang ini) pinjaman kepada pemilik rumah ketiga, keempat dan seterusnya.

Saya sokong, bajet 2013 memberi pelbagai insentif cukai kepada kontraktor penyelamat pemulihan rumah terbengkalai. Juga sokong pembeli rumah terbengkalai diberi pengecualian cukai duti setem. Lebih dari itu. Sedih lihat beberapa apartment tinggi terbengkalai separuh jalan. Sangat bercanggah dengan objektif Shariah jika kerajaan tidak mencari jalan menyelesaikan hal ini. Namun, saya mengharpakan kajian lanjut dibuat oleh pihak berkuasa untuk tampil dengan pindaan sebahagian undang2 berkaitan agar aset terbengkalai ini dapat diusahakan. Dalam realiti, kes perumahan terbengkalai (contohnya seperti satu kondominium di Gombak), kos hutang ditanggung oleh sesiapa yang nak ambil alih saja sudah RM 20 juta, belum masuk kos nak baik pulih semua yang dah rosak dan siapkannya. So, insentif dan pengecualian cukai saja mungkin TIDAK MENCUKUPI kerana sukar ada kontraktor penyelamat mampu dan sanggup risiko kecuali ada teknik lain.

Semua pemberian oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat TIDAK BOLEH dijadikan syarat mengundi mana-mana pihak secara spesifik. Kebebasan dan kepintaran rakyat mestilah dihormati. Menghormati minda rakyat adalah tanda pihak kerajaan telah YAKIN dengan sistem pendidikan yang mereka sendiri susun dan asaskan. Meletakkan syarat dan gertak-gertak adalah tanda PEMBUAT DASAR tidak yakin dengan hasil sistem pendidikan mereka sendiri. Seolah rakyat belum pandai berfikir waras.

Bajet walau sebaik manapun dibentang dan dirancang oleh mana-mana kerajaan, kalau rakyat
  • Masih bermentaliti rendah,
  • Malas bekerja,
  • Malas mencari maklumat yang sohih,
  • Malas mengisi borang yang diperlukan,
  • Malas membantah kepada pihak yang betul (sebalik hanya mengomel di FB),
  • Mencari pelbagai alasan untuk berehat banyak,
  • Masih 'gilakan' skim mudah dapat untung (skim cepat kaya),
  • Mudah membuat konklusi tanpa fikir dan analisa sederhana,
  • Terlalu berharap bantuan kerajaan untuk berjaya,
  • Terlalu asyik bergaduh dan berdebat bab politik kepartian,
  • Banyak curi tulang waktu kerja,
  • Tiada memantapkan ibadah dan ilmu,
  • Mentaliti mesti beri rasuah untuk berjaya etc..

SEMUA plan walau sangat cemerlang sama ada bajet atau sistem politik tersebut TETAP akan gagal. Silakan menambah senarai di atas untuk muhasabah kita bersama..

Benda yang elok kita wajar puji dan sokong, jangan hanya mengutuk berjela, highlight yang negatif dan kurang sempurnanya, kelak nanti orang yang 'fed up' berbuat baik kerana kebaikan yang dibuat (walau sedikit) itu seolah tiada dihargai dan tidak dialukan. Matanglah dalam berpolitik dan melhat kerja orang lain.

Bajet 2013, tu la sukarnya ahli politik, bagi salah, tak bagi salah. Bila bagi dikatanya 'gula-gula', 'raih undi', 'negara akan bankrap tak mmapu bertahan', 'terlalu banyak belanja'.

Bila tak bagi, dikata 'tak jaga rakyat', 'abai kesusahan rakyat', 'makan duit sesama menteri' aja. So apa nak buat?

Bagi rakyat 'gula-gula' setiap tahun seperti hampir pilihanraya, Bagi juga rakyat 'mesin untuk mereka buat gula-gula' sendiri untuk jangka sederhana. Tunjukkan pintarnya plan kerajaan jana pendapatan negara jangka sederhana dan BUKTIKAN mereka yang pegang kuasa TIDAK raih untung sesama mereka melalui jawatan masing-masing, CONFIRM rakyat tabik dan sayang..:)

Oleh: 
Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (UZAR), 
Penolong Professor (Assistant Professor atau Pensyarah Kanan), 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
www.zaharuddin.net



Ulasan Kedua
Petikan diambil daripada blog Prof Nazari (Bajet 2013)

Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ramai pihak mempunyai pandangan yang positif kerana banyak bantuan akan diberikan kepada pelbagai pihak terutama sekali yang berpendapatan rendah, serta golongan petani dan nelayan, warga tua, pelajar dan masyarakat luar bandar. Golongan muda yang berpendapatan rendah juga turut mendapat manfaat dalam bentuk rebat pembelian telefon bimbit berjumlah RM200, iaitu satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Dalam erti kata yang lain, boleh dikatakan hampir kesemua golongan rakyat mendapat manfaat dari bajet tersebut.

Bagi kita orang Islam, apa yang menjadi perkiraan utama dalam menilai bajet tersebut sepatutnya bukanlah manfaat keduniaan kepada diri sendiri semata-mata. Yang lebih penting ialah adakah bajet tersebut sehaluan dengan prinsip dan ajaran Islam atau tidak. Ini kerana sebagai orang Islam, kita semua telah dididik dengan ajaran Al-Quraan bahawa sumber kesejahteraan negara dan masyarakat adalah di tangan Allah SWT. Negara tidak akan aman damai dan sejahtera tanpa keizinan Allah yang Maha Berkuasa. Apa pun perkara yang kita lakukan, termasuk dalam merangka bajet negara mestilah dilakukan dengan pertimbangan mencari keredhaan Allah SWT semata-mata. Oleh itu, isu utama yang perlu dikaji ialah sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam.

Jawapan kepada persoalan sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam adalah agak jelas. Ini kerana ciri utama kepada bajet tersebut ialah ia memerlukan kerajaan menambahkan hutangnya lagi untuk tahun yang ke-16 berturut-turut semenjak dari tahun 1997. Akibat dari belanjawan yang sentiasa berbentuk defisit dalam tempoh yang lama itu, hutang terkumpul kerajaan sekarang sudah mencapai RM503 billion. Jumlah berkenaan adalah satu jumlah yang sangat besar terutama sekali jika kita mengambil maklum bahawa hutang kerajaan hanya berjumlah tidak sampai RM5 billion pada tahun 1970.

Dari perspektif Islam, adalah tidak salah untuk kerajaan berhutang untuk memberikan manfaat kepada rakyat. Tetapi langkah berhutang tersebut mesti memenuhi dua syarat utama iaitu hutang tersebut bebas dari unsur Riba serta hutang tersebut boleh dibayar balik oleh kerajaan. Malangnya kedua-dua syarat utama tersebut jelas tidak dapat dipenuhi. Sumber utama kepada hutang negara adalah dengan menggunakan instrumen `Sekuriti Kerajaan Malaysia’ (Malaysian Government Securities atau MGS) yang menggunakan kaedah Riba yang jelas haram dari perspektif Syariah. Tambahan pula, hutang kerajaan yang terkumpul sekarang telah meningkat ke angka lebih dari separuh trillion Ringgit dengan penjelasan hutang tahunan (Debt Service) yang meningkat setiap tahun. Untuk makluman, pada tahun 1998 penjelasan hutang tahunan oleh kerajaan hanya berjumlah RM7 billion, namun sekarang ini ianya akan melebihi RM20 billion setahun pada tahun 2013. Tren ini jelas membuktikan bahawa kerajaan sekarang ini bukan sahaja tidak berupaya mengambil langkah mengurangkan jumlah hutangnya, bahkan juga tidak berupaya atau tidak bercadang untuk mengambil langkah untuk mengelak dari menambahkan beban hutangnya.

Sebenarnya kaedah pembiayaan kewangan negara sudah jauh tersimpang dari pendekatan Islam. Di dalam Islam sepatutnya kerajaan hanya berbelanja untuk rakyat berdasarkan pendapatan yang diperolehi sahaja. Di samping itu, pendapatan utama kerajaan sepatutnya adalah dari sumber yang terhad sahaja seperti hasil galian seperti minyak atau bijih, atau sewaan harta kerajaan (Kharaj) atau zakat di mana zakat hanya boleh dibelanjakan menurut syarat yang ketat sahaja. Ramai ulamak berpendapat bahawa kerajaan mesti mengelak dari memperolehi pendapatan melalui percukaian yang dikenakan ke atas rakyat atau melalui sumber hutang. Menurut mereka, percukaian sebagai sumber pendapatan atau melalui hutang sepatutnya hanya dilakukan sebagai langkah terakhir dan untuk keperluan mendesak sahaja seperti untuk membantu memberi makan kepada golongan miskin dan melarat atau untuk tujuan pertahanan negara. Jika kerajaan mempunyai sumber pendapatan dari sumber galian atau dari pemilikan harta seperti tanah dan sebagainya, maka sepatutnya kerajaan tidak lagi perlu untuk mengenakan cukai kepada rakyat atau berhutang.

Sebaliknya sekarang kita menghadapi senario di mana kerajaan bukan sahaja mengenakan cukai kepada rakyat dalam berbagai bentuk termasuk cukai impot kereta dan sebagainya bahkan kerajaan juga sedang menambahkan jumlah hutang terkumpul ke tahap lebih dari lima ratus billion Ringgit. Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan bukannya sebuah negara yang kering kontang. Di samping itu rakyatnya juga adalah berpendidikan, mahir serta rajin. Ramai yang sanggup kerja siang dan malam untuk mencari rezeki. Oleh itu, jika pengurusan kewangan kerajaan dilakukan dengan baik dari dulu lagi dan jika langkah yang serius diambil untuk mengelak dari berlakunya pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan, maka sebenarnya tidak ada sebab kenapa kerajaan harus berhutang untuk membiayai perbelanjaannya.

Pada hakikatnya hutang kerajaan ini mesti dibayar pada satu hari nanti dan sudah tentu yang bertanggungjawab membayar hutang-hutang tersebut adalah generasi akan datang, iaitu generasi anak-anak dan cucu-cucu kita. Untuk menangani masalah hutang kerajaan ini di masa hadapan perbelanjaan kerajaan sudah tentu akan terpaksa dikurangkan sementara pendapatan kerajaan pula sudah tentu juga perlu ditambahkan. Ini bermakna satu hari nanti polisi-polisi berikut akan terpaksa dilaksanakan:
  1. Cukai akan dinaikkan. Ini termasuk cukai pendapatan, cukai impot, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan lain-lain
  2. Pelbagai bentuk subsidi terpaksa dikurangkan atau dihapuskan, termasuk subsidi minyak petrol dan disel, subsidi makanan, subsidi padi, subsidi pendidikan dan lain-lain
  3. Yuran bagi perkhidmatan kerajaan akan terpaksa dinaikkan seperti yuran persekolahan, yuran perkhidmatan kesihatan dan lain-lain
  4. Gaji penjawat awam akan terpaksa dipotong
  5. Pencen juga akan terpaksa dipotong
  6. Usia persaraan akan dilanjutkan
  7. Saiz sektor awam terpaksa dikecilkan dengan memberhentikan pekerja sektor awam secara paksa
  8. Dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan

Saya sangat yakin tentang keperluan langkah di atas dilaksanakan satu hari nanti kerana sebenarnya kesemuanya telah dan sedang dilaksanakan di beberapa buah negara di Eropah seperti Britain, Greece dan Sepanyol. Ini adalah kerana di tahun-tahun sebelumnya, semua kerajaan-kerajaan di negara-negara tersebut, seperti juga di negara kita, telah melaksanakan bajet yang defisit setiap tahun serta menambahkan hutang terkumpul kerajaan. Faktor utama adalah kerana kerajaan-kerajaan tersebut sentiasa bersaing untuk menjadi popular di mata rakyat dan oleh itu telah berbelanja dengan tidak berhemah untuk memberikan kesenangan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memberi undi kepada mereka setiap kali pilihanraya umum dijalankan. Akibatnya jumlah hutang terkumpul kerajaan telah menjadi terlampau tinggi. Oleh itu, sekarang ini mereka tidak dapat lagi mengelak dari mengambil langkah berjimat cermat yang drastik dengan cara memotong pelbagai jenis perbelanjaan dan menarik balik pelbagai bentuk subsidi untuk memastikan saluran hutang dari pihak-pihak pemiutang masih terbuka.

Sudah tentu langkah berjimat cermat ini tidak dipersetujui oleh rakyat. Mereka merasakan bahawa keadaan adalah tidak adil kerana mereka yang tidak bersalah terpaksa menanggung penderitaan akibat dari kesilapan pemimpin politik dalam menguruskan kewangan negara. Akibatnya telah berlaku protes dan tunjuk perasaan yang bersiri oleh rakyat yang sudah tidak tahan dengan penderitaan akibat dari langkah penjimatan tersebut. Seringkali protes menjadi ganas yang mengakibatkan ramai tercedera dan banyak harta benda rosak atau musnah. Bahkan ramai dari warga negara mereka yang telah membunuh diri akibat tekanan kehidupan yang tidak dapat ditanggung serta perasaan kecewa dan putus harapan dengan masa depan yang dilihat semakin sempit, gelap dan menakutkan.

Kita kena sedar bahawa maqasid atau tujuan Syariat Islam adalah untuk mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Senario kegawatan ekonomi, huru-hara dan kesengsaraan yang sedang berlaku di negara-negara Eropah dan yang juga akan berlaku di negara kita jika kaedah pengurusan kewangan negara ini tidak diubah kepada cara Islam jelas menunjukkan bahawa adalah menjadi tanggungawab semua ahli masyarakat, terutama sekali dari kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah berusaha dengan segala daya mereka untuk memastikan bahawa ajaran Islam diamalkan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan termasuk di dalam aspek penyediaan bajet negara.

Akhir sekali, isu yang perlu difikirkan ialah tentang isu keadilan kepada generasi akan datang. Sekarang ini kerajaan jelas sedang mengejar populariti di mata rakyat dan telah memberikan rakyat banyak manfaat menerusi Bajet 2013 supaya semua merasa senang dan berpuas hati. Persoalannya, adakah kerajaan juga telah berlaku adil kepada generasi akan datang yang akan menderita di hari muka akibat dari terpaksa menghadapi berbagai masalah hasil dari langkah yang terpaksa diambil untuk membayar balik semua hutang yang kelak nanti sudah sampai ke tahap yang tidak dapat ditanggung lagi?

Oleh:
Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail
Professor di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
http://profnazari.blogspot.com/


Semoga dua ulasan ini memberikan kita sedikit ruang untuk berfikir, apakah yang mungkin boleh berlaku dan apakah implikasi mengenai belanjawan atau bajet 2013 kali ini kepada ekonomi, masyarakat dan negara.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Maklumat Daripada Parlimen Lebih Tepat (LIVE)

Assalamualaikum, media massa televisyen dan akhbar di Malaysia hari ini kebanyakkan menunjukkan berita dan paparan utama yang tidak tepat terutamanya dalam politik. Oleh yang demikian, untuk beberapa minggu ini, sidang parlimen sememangnya boleh ditonton secara langsung menerusi live streaming dan juga siaran rakaman bagi yang terlepas dan mahu mendengar semula segala perbincangan dan fakta yang dibentangkan atau yang diberikan mengenai isu dalam negara atau negeri yang kita sendiri mahu dengar perkembangannya.

Apa yang dapat dilihat, yang terkini untuk kali ini adalah berkaitan dengan belanjawan 2013. Namun, bukan sekadar perbincangan politik negara dan negeri, malah segala isu perbelanjaan yang melibatkan peruntukan yang kita dapat sebagai rakyat di negeri atau negara, boleh diperolehi secara langsung dan lebih tepat dalam perbincangan antara ahli parlimen di dewan rakyat, apabila segala maklumat, perkembangan dan data dapat didengar sendiri secara terus melalui parlimen.


Apa yang biasa didengar di akhbar kini sudah dipilih dan tidak semuanya dipaparkan di dalamnya secara telus dan tepat. Apa lagi menunjukkan data-data yang penting untuk kita tahu. Misalnya perkembangan negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan rakyat jarang sekali menunjukkan secara positif di dalam akhbar melainkan yang negatif sahaja. Oleh itu, mari kita dapatkan maklumat melalui sidang-sidang parlimen yang kini boleh didengar dan ditonton secara terus oleh rakyat Malaysia yang kini lebih serius mencari kebenaran dan maklumat yang telus.

LIVE STREAMING DEWAN RAKYAT SEKARANG
Sidang Dewan Rakyat


Saksikan pembentangan Dua Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 dan Belanjawan Barisan Nasional 2013 (Kerajaan):-

Pembentangan Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 


Pembentangan Belanjawan 2013 Malaysia (Kerajaan)


Rentetan daripada pembentangan belanjawan 2013 Video Pembentangan Bajet 2013, ketua pembangkang, membahas mengenai belanjawan tersebut pada 1 Oktober 2012 di Dewan Rakyat, sesuatu yang perlu kita tahu apakah pandangan daripada pihak pembangkang mengenainya pula.

Perbahasan Bahagian 1 Belanjawan 2013


Perbahasan Bahagian 2 Belanjawan 2013



Untuk perbincangan dan sidang yang lain, anda kini bolehlah menonton siaran langsung di bawah, dan mungkin sebahagiannya mempunyai siaran rakaman dan siaran ulangan.



Sidang Parlimen


Sekian, semoga anda semua dapat manfaat dan menilai, yang manakah yang lebih baik tindakan mereka.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang