Assalamualaikum, mari dengar dua ulasan daripada ahli akademik yang sempat saya kongsikan bersama untuk kita. Ulasan yang pertama daripada Ustaz Dr. Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (UZAR), Penolong Professor (Assistant Professor atau Pensyarah Kanan), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Yang kedua ulasan daripada Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail, Professor di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya (UM).
Ulasan Pertama
Petikan daripada Fan Facebook UZAR dan FB UZAR
Antara komen saya sejurus selepas bajet Jumaat lepas di TV Hijrah. "Bajet sememangnya agenda politik untuk meraih undi untuk terus berkuasa, tiada yang perlu dihairankan dan tiada salah yang besar padanya. Apa yang perlu rakyat buat adalah menguatkan TEKANAN dan DESAKAN kepada mana-mana kerajaan yang memerintah agar SETIAP TAHUN kebajikan rakyat diutamakan dan tidak hanya hampir pilihanraya. Pun begitu, Kita juga DESAK pembuat dasar membentangkan plan akan bagaimana pendapatan negara mampu ditambah dan dikekalkan, jangan hanya memberi saja. Jika kerajaan tidak mahu mengharamkan jualan barang memudaratkan spt rokok, arak, perjudian, cukainya PATUT dinaikan.
Gambar 1 : Petikan Bajet 2013. Komen saya, kadar Jenayah berkait rapat dengan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Demikian menurut kajian di UK. Justeru, TEPAT sekali bajet 2013 memberi peruntukan mengurangkan kenaikan kadar jenayah. Namun lebih cantik jika peruntukan dapat diberikan juga kepada plan pencegahan jenayah melalui memantapkan unsur spiritual agama dan pendidikannya. Kita yakin, penghayatan agama adalah faktor penting mengurangkan jenayah selain faktor fizikal.
Sebagaimana yang saya utarakan di dalam ulasan sejurus selepas bajet 2013 diumumkan di TV Hijrah. KITA SOKONG Bajet menaikan Real Property Gain Tax (RPGT) kepada 15 % bagi menghalang spekulasi hartanah, namun kita harap tahun depan akan naik lagi mungkin ke 20 % bagi menstabilkan harga rumah akibat spekulasi orang kaya yang menyebabkan rumah kurang mampu dimiliki oleh ramai. Lebih penting dari itu, bajet sepatutnya hanya membenarkan pihak bank memberi loan dan financing sekadar 50% (berbanding 70% sekarang ini) pinjaman kepada pemilik rumah ketiga, keempat dan seterusnya.
Saya sokong, bajet 2013 memberi pelbagai insentif cukai kepada kontraktor penyelamat pemulihan rumah terbengkalai. Juga sokong pembeli rumah terbengkalai diberi pengecualian cukai duti setem. Lebih dari itu. Sedih lihat beberapa apartment tinggi terbengkalai separuh jalan. Sangat bercanggah dengan objektif Shariah jika kerajaan tidak mencari jalan menyelesaikan hal ini. Namun, saya mengharpakan kajian lanjut dibuat oleh pihak berkuasa untuk tampil dengan pindaan sebahagian undang2 berkaitan agar aset terbengkalai ini dapat diusahakan. Dalam realiti, kes perumahan terbengkalai (contohnya seperti satu kondominium di Gombak), kos hutang ditanggung oleh sesiapa yang nak ambil alih saja sudah RM 20 juta, belum masuk kos nak baik pulih semua yang dah rosak dan siapkannya. So, insentif dan pengecualian cukai saja mungkin TIDAK MENCUKUPI kerana sukar ada kontraktor penyelamat mampu dan sanggup risiko kecuali ada teknik lain.
Semua pemberian oleh sesebuah kerajaan kepada rakyat TIDAK BOLEH dijadikan syarat mengundi mana-mana pihak secara spesifik. Kebebasan dan kepintaran rakyat mestilah dihormati. Menghormati minda rakyat adalah tanda pihak kerajaan telah YAKIN dengan sistem pendidikan yang mereka sendiri susun dan asaskan. Meletakkan syarat dan gertak-gertak adalah tanda PEMBUAT DASAR tidak yakin dengan hasil sistem pendidikan mereka sendiri. Seolah rakyat belum pandai berfikir waras.
Bajet walau sebaik manapun dibentang dan dirancang oleh mana-mana kerajaan, kalau rakyat
SEMUA plan walau sangat cemerlang sama ada bajet atau sistem politik tersebut TETAP akan gagal. Silakan menambah senarai di atas untuk muhasabah kita bersama..
Benda yang elok kita wajar puji dan sokong, jangan hanya mengutuk berjela, highlight yang negatif dan kurang sempurnanya, kelak nanti orang yang 'fed up' berbuat baik kerana kebaikan yang dibuat (walau sedikit) itu seolah tiada dihargai dan tidak dialukan. Matanglah dalam berpolitik dan melhat kerja orang lain.
Bajet 2013, tu la sukarnya ahli politik, bagi salah, tak bagi salah. Bila bagi dikatanya 'gula-gula', 'raih undi', 'negara akan bankrap tak mmapu bertahan', 'terlalu banyak belanja'.
Bila tak bagi, dikata 'tak jaga rakyat', 'abai kesusahan rakyat', 'makan duit sesama menteri' aja. So apa nak buat?
Bagi rakyat 'gula-gula' setiap tahun seperti hampir pilihanraya, Bagi juga rakyat 'mesin untuk mereka buat gula-gula' sendiri untuk jangka sederhana. Tunjukkan pintarnya plan kerajaan jana pendapatan negara jangka sederhana dan BUKTIKAN mereka yang pegang kuasa TIDAK raih untung sesama mereka melalui jawatan masing-masing, CONFIRM rakyat tabik dan sayang..:)
Oleh:
Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (UZAR),
Penolong Professor (Assistant Professor atau Pensyarah Kanan),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
www.zaharuddin.net
Ulasan Kedua
Petikan diambil daripada blog Prof Nazari (Bajet 2013)
Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ramai pihak mempunyai pandangan yang positif kerana banyak bantuan akan diberikan kepada pelbagai pihak terutama sekali yang berpendapatan rendah, serta golongan petani dan nelayan, warga tua, pelajar dan masyarakat luar bandar. Golongan muda yang berpendapatan rendah juga turut mendapat manfaat dalam bentuk rebat pembelian telefon bimbit berjumlah RM200, iaitu satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Dalam erti kata yang lain, boleh dikatakan hampir kesemua golongan rakyat mendapat manfaat dari bajet tersebut.

- Masih bermentaliti rendah,
- Malas bekerja,
- Malas mencari maklumat yang sohih,
- Malas mengisi borang yang diperlukan,
- Malas membantah kepada pihak yang betul (sebalik hanya mengomel di FB),
- Mencari pelbagai alasan untuk berehat banyak,
- Masih 'gilakan' skim mudah dapat untung (skim cepat kaya),
- Mudah membuat konklusi tanpa fikir dan analisa sederhana,
- Terlalu berharap bantuan kerajaan untuk berjaya,
- Terlalu asyik bergaduh dan berdebat bab politik kepartian,
- Banyak curi tulang waktu kerja,
- Tiada memantapkan ibadah dan ilmu,
- Mentaliti mesti beri rasuah untuk berjaya etc..
SEMUA plan walau sangat cemerlang sama ada bajet atau sistem politik tersebut TETAP akan gagal. Silakan menambah senarai di atas untuk muhasabah kita bersama..
Benda yang elok kita wajar puji dan sokong, jangan hanya mengutuk berjela, highlight yang negatif dan kurang sempurnanya, kelak nanti orang yang 'fed up' berbuat baik kerana kebaikan yang dibuat (walau sedikit) itu seolah tiada dihargai dan tidak dialukan. Matanglah dalam berpolitik dan melhat kerja orang lain.
Bajet 2013, tu la sukarnya ahli politik, bagi salah, tak bagi salah. Bila bagi dikatanya 'gula-gula', 'raih undi', 'negara akan bankrap tak mmapu bertahan', 'terlalu banyak belanja'.
Bila tak bagi, dikata 'tak jaga rakyat', 'abai kesusahan rakyat', 'makan duit sesama menteri' aja. So apa nak buat?
Bagi rakyat 'gula-gula' setiap tahun seperti hampir pilihanraya, Bagi juga rakyat 'mesin untuk mereka buat gula-gula' sendiri untuk jangka sederhana. Tunjukkan pintarnya plan kerajaan jana pendapatan negara jangka sederhana dan BUKTIKAN mereka yang pegang kuasa TIDAK raih untung sesama mereka melalui jawatan masing-masing, CONFIRM rakyat tabik dan sayang..:)
Oleh:
Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman (UZAR),
Penolong Professor (Assistant Professor atau Pensyarah Kanan),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
www.zaharuddin.net
Ulasan Kedua
Petikan diambil daripada blog Prof Nazari (Bajet 2013)
Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap Bajet 2013 yang baru dibentangkan oleh Perdana Menteri. Ramai pihak mempunyai pandangan yang positif kerana banyak bantuan akan diberikan kepada pelbagai pihak terutama sekali yang berpendapatan rendah, serta golongan petani dan nelayan, warga tua, pelajar dan masyarakat luar bandar. Golongan muda yang berpendapatan rendah juga turut mendapat manfaat dalam bentuk rebat pembelian telefon bimbit berjumlah RM200, iaitu satu langkah yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini. Dalam erti kata yang lain, boleh dikatakan hampir kesemua golongan rakyat mendapat manfaat dari bajet tersebut.
Bagi kita orang Islam, apa yang menjadi perkiraan utama dalam menilai
bajet tersebut sepatutnya bukanlah manfaat keduniaan kepada diri sendiri
semata-mata. Yang lebih penting ialah adakah bajet tersebut sehaluan
dengan prinsip dan ajaran Islam atau tidak. Ini kerana sebagai orang
Islam, kita semua telah dididik dengan ajaran Al-Quraan bahawa sumber
kesejahteraan negara dan masyarakat adalah di tangan Allah SWT. Negara
tidak akan aman damai dan sejahtera tanpa keizinan Allah yang Maha
Berkuasa. Apa pun perkara yang kita lakukan, termasuk dalam merangka
bajet negara mestilah dilakukan dengan pertimbangan mencari keredhaan
Allah SWT semata-mata. Oleh itu, isu utama yang perlu dikaji ialah sama
ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak dengan Syariat Islam.
Jawapan kepada persoalan sama ada Bajet 2013 bercanggah atau tidak
dengan Syariat Islam adalah agak jelas. Ini kerana ciri utama kepada
bajet tersebut ialah ia memerlukan kerajaan menambahkan hutangnya lagi
untuk tahun yang ke-16 berturut-turut semenjak dari tahun 1997. Akibat
dari belanjawan yang sentiasa berbentuk defisit dalam tempoh yang lama
itu, hutang terkumpul kerajaan sekarang sudah mencapai RM503 billion.
Jumlah berkenaan adalah satu jumlah yang sangat besar terutama sekali
jika kita mengambil maklum bahawa hutang kerajaan hanya berjumlah tidak
sampai RM5 billion pada tahun 1970.
Dari perspektif Islam, adalah tidak salah untuk kerajaan berhutang untuk
memberikan manfaat kepada rakyat. Tetapi langkah berhutang tersebut
mesti memenuhi dua syarat utama iaitu hutang tersebut bebas dari unsur
Riba serta hutang tersebut boleh dibayar balik oleh kerajaan. Malangnya
kedua-dua syarat utama tersebut jelas tidak dapat dipenuhi. Sumber utama
kepada hutang negara adalah dengan menggunakan instrumen `Sekuriti
Kerajaan Malaysia’ (Malaysian Government Securities atau MGS) yang
menggunakan kaedah Riba yang jelas haram dari perspektif Syariah.
Tambahan pula, hutang kerajaan yang terkumpul sekarang telah meningkat
ke angka lebih dari separuh trillion Ringgit dengan penjelasan hutang
tahunan (Debt Service) yang meningkat setiap tahun. Untuk makluman, pada
tahun 1998 penjelasan hutang tahunan oleh kerajaan hanya berjumlah RM7
billion, namun sekarang ini ianya akan melebihi RM20 billion setahun
pada tahun 2013. Tren ini jelas membuktikan bahawa kerajaan sekarang ini
bukan sahaja tidak berupaya mengambil langkah mengurangkan jumlah
hutangnya, bahkan juga tidak berupaya atau tidak bercadang untuk
mengambil langkah untuk mengelak dari menambahkan beban hutangnya.
Sebenarnya kaedah pembiayaan kewangan negara sudah jauh tersimpang dari
pendekatan Islam. Di dalam Islam sepatutnya kerajaan hanya berbelanja
untuk rakyat berdasarkan pendapatan yang diperolehi sahaja. Di samping
itu, pendapatan utama kerajaan sepatutnya adalah dari sumber yang terhad
sahaja seperti hasil galian seperti minyak atau bijih, atau sewaan
harta kerajaan (Kharaj) atau zakat di mana zakat hanya boleh
dibelanjakan menurut syarat yang ketat sahaja. Ramai ulamak berpendapat
bahawa kerajaan mesti mengelak dari memperolehi pendapatan melalui
percukaian yang dikenakan ke atas rakyat atau melalui sumber hutang.
Menurut mereka, percukaian sebagai sumber pendapatan atau melalui hutang
sepatutnya hanya dilakukan sebagai langkah terakhir dan untuk keperluan
mendesak sahaja seperti untuk membantu memberi makan kepada golongan
miskin dan melarat atau untuk tujuan pertahanan negara. Jika kerajaan
mempunyai sumber pendapatan dari sumber galian atau dari pemilikan harta
seperti tanah dan sebagainya, maka sepatutnya kerajaan tidak lagi perlu
untuk mengenakan cukai kepada rakyat atau berhutang.
Sebaliknya sekarang kita menghadapi senario di mana kerajaan bukan
sahaja mengenakan cukai kepada rakyat dalam berbagai bentuk termasuk
cukai impot kereta dan sebagainya bahkan kerajaan juga sedang
menambahkan jumlah hutang terkumpul ke tahap lebih dari lima ratus
billion Ringgit. Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan
sumber asli dan bukannya sebuah negara yang kering kontang. Di samping
itu rakyatnya juga adalah berpendidikan, mahir serta rajin. Ramai yang
sanggup kerja siang dan malam untuk mencari rezeki. Oleh itu, jika
pengurusan kewangan kerajaan dilakukan dengan baik dari dulu lagi dan
jika langkah yang serius diambil untuk mengelak dari berlakunya
pembaziran dan ketirisan dalam perbelanjaan, maka sebenarnya tidak ada
sebab kenapa kerajaan harus berhutang untuk membiayai perbelanjaannya.
Pada hakikatnya hutang kerajaan ini mesti dibayar pada satu hari nanti
dan sudah tentu yang bertanggungjawab membayar hutang-hutang tersebut
adalah generasi akan datang, iaitu generasi anak-anak dan cucu-cucu
kita. Untuk menangani masalah hutang kerajaan ini di masa hadapan
perbelanjaan kerajaan sudah tentu akan terpaksa dikurangkan sementara
pendapatan kerajaan pula sudah tentu juga perlu ditambahkan. Ini
bermakna satu hari nanti polisi-polisi berikut akan terpaksa
dilaksanakan:
- Cukai akan dinaikkan. Ini termasuk cukai pendapatan, cukai impot, cukai perkhidmatan, cukai jualan dan lain-lain
- Pelbagai bentuk subsidi terpaksa dikurangkan atau dihapuskan, termasuk subsidi minyak petrol dan disel, subsidi makanan, subsidi padi, subsidi pendidikan dan lain-lain
- Yuran bagi perkhidmatan kerajaan akan terpaksa dinaikkan seperti yuran persekolahan, yuran perkhidmatan kesihatan dan lain-lain
- Gaji penjawat awam akan terpaksa dipotong
- Pencen juga akan terpaksa dipotong
- Usia persaraan akan dilanjutkan
- Saiz sektor awam terpaksa dikecilkan dengan memberhentikan pekerja sektor awam secara paksa
- Dan lain-lain langkah yang difikirkan perlu untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan
Saya sangat yakin tentang keperluan langkah di atas dilaksanakan satu
hari nanti kerana sebenarnya kesemuanya telah dan sedang dilaksanakan di
beberapa buah negara di Eropah seperti Britain, Greece dan Sepanyol.
Ini adalah kerana di tahun-tahun sebelumnya, semua kerajaan-kerajaan di
negara-negara tersebut, seperti juga di negara kita, telah
melaksanakan bajet yang defisit setiap tahun serta menambahkan hutang
terkumpul kerajaan. Faktor utama adalah kerana kerajaan-kerajaan
tersebut sentiasa bersaing untuk menjadi popular di mata rakyat dan oleh
itu telah berbelanja dengan tidak berhemah untuk memberikan kesenangan
kepada rakyat dengan harapan rakyat akan memberi undi kepada mereka
setiap kali pilihanraya umum dijalankan. Akibatnya jumlah hutang
terkumpul kerajaan telah menjadi terlampau tinggi. Oleh itu, sekarang
ini mereka tidak dapat lagi mengelak dari mengambil langkah berjimat
cermat yang drastik dengan cara memotong pelbagai jenis perbelanjaan dan
menarik balik pelbagai bentuk subsidi untuk memastikan saluran hutang
dari pihak-pihak pemiutang masih terbuka.
Sudah tentu langkah berjimat cermat ini tidak dipersetujui oleh rakyat.
Mereka merasakan bahawa keadaan adalah tidak adil kerana mereka yang
tidak bersalah terpaksa menanggung penderitaan akibat dari kesilapan
pemimpin politik dalam menguruskan kewangan negara. Akibatnya telah
berlaku protes dan tunjuk perasaan yang bersiri oleh rakyat yang sudah
tidak tahan dengan penderitaan akibat dari langkah penjimatan tersebut.
Seringkali protes menjadi ganas yang mengakibatkan ramai tercedera dan
banyak harta benda rosak atau musnah. Bahkan ramai dari warga negara
mereka yang telah membunuh diri akibat tekanan kehidupan yang tidak
dapat ditanggung serta perasaan kecewa dan putus harapan dengan masa
depan yang dilihat semakin sempit, gelap dan menakutkan.
Kita kena sedar bahawa maqasid atau tujuan Syariat Islam adalah untuk
mendatangkan manfaat kepada masyarakat. Senario kegawatan ekonomi,
huru-hara dan kesengsaraan yang sedang berlaku di negara-negara Eropah
dan yang juga akan berlaku di negara kita jika kaedah pengurusan
kewangan negara ini tidak diubah kepada cara Islam jelas menunjukkan
bahawa adalah menjadi tanggungawab semua ahli masyarakat, terutama
sekali dari kalangan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai
pendakwah berusaha dengan segala daya mereka untuk memastikan bahawa
ajaran Islam diamalkan sepenuhnya di dalam semua aspek kehidupan
termasuk di dalam aspek penyediaan bajet negara.
Akhir sekali, isu yang perlu difikirkan ialah tentang isu keadilan kepada generasi akan datang. Sekarang ini kerajaan jelas sedang mengejar populariti di mata rakyat dan telah memberikan rakyat banyak manfaat menerusi Bajet 2013 supaya semua merasa senang dan berpuas hati. Persoalannya, adakah kerajaan juga telah berlaku adil kepada generasi akan datang yang akan menderita di hari muka akibat dari terpaksa menghadapi berbagai masalah hasil dari langkah yang terpaksa diambil untuk membayar balik semua hutang yang kelak nanti sudah sampai ke tahap yang tidak dapat ditanggung lagi?
Oleh:
Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail
Professor di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
http://profnazari.blogspot.com/
Semoga dua ulasan ini memberikan kita sedikit ruang untuk berfikir, apakah yang mungkin boleh berlaku dan apakah implikasi mengenai belanjawan atau bajet 2013 kali ini kepada ekonomi, masyarakat dan negara.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan