HALAMAN UTAMA

Penipuan SMS Guna Nama SHELL SDN BHD

Assalamualaikum, SMS Tipu menggunakan nama SHELL. Saya baru terima SMS yang mana cuba mengumpan dengan menawarkan sejumlah wang yang besar dan mampu memperdaya sesiapa sahaja yang mahukan wang yang banyak bila ditawarkan tanpa memikir panjang. 

Sebelum ini, saya juga pernah ditawarkan hadiah daripada satu penipuan beberapa tahun dahulu sebanyak RM30,000 yang dikatakan adalah pemenang satu peraduan yang saya tak pernah sertai menggunakan nama syarikat COCA-COLA. Baca penipuan menggunakan jenama COCA-COLA

Berikut SMS penipuan untuk kali ini menggunakan no telefon 0128159208 untuk menghubungi pula nombor 0178941357. 

Mesej Penipuan tertulis:
"Rm0.Promotion's Tahniah sim kad Anda tlh meraih HADIAH PERCUMA "RM19,000.00" dari SHELL HELIX No Reg 552299, Sila Call di Talian SHELL SDN BHD 0178941357 TQ"

Jadi, saya nasihatkan sesiapa sahaja yang mendapat mesej seperti ini, agar berwaspada dan tidak terpedaya dan tidak menurut sebarang arahan yang diberikan mereka. Berikut SMS yang dihantarkan kepada saya. 




Nampak sangat mereka mempunyai modus operandi yang sama setiap tahun sejak tahun 2009 lagi malah saya yakin telah bermula lebih awal lagi sebelum tahun 2009 lagi. Kerana semua mesej adalah hampir 90% sama dan yang bertukar adalah nombor telefon sahaja dan nama syarikat serta ejaan dan gaya penulisan tetapi menyampaikan mesej yang sama.

Semoga membantu anda agar lebih berwaspada dan lebih berhati-hati dengan SMS yang menawarkan ganjaran yang besar. Kena percaya bahawa tidak semudah itu pihak syarikat atau mana-mana pihak ingin memberikan hadiah dengan jumlah yang besar tanpa apa-apa sebab yang tidak munasabah. 

Baca Pengalaman Saya Berbual dengan Sindiket Penipuan SMS di sini untuk pedoman bersama.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang