HALAMAN UTAMA

Dah Sign Petition? Sumbangkan sokongan kita...

Assalamualaikum, seperti yang sering saya katakan, dunia hari ini amat penuh dengan tipu muslihat dan fitnah. Ditambah lagi dengan kemajuan teknologi tanpa sempadan yang amat menggerunkan kita yang perlu menghadapi kesemua dugaan dan cabaran ini. Bagaimana dengan penghinaan terhadap agama kita lebih-lebih lagi di dalam negara yang berteraskan Islam sebagai agama rasmi. Dalam dunia siber ini amat sukar untuk membendung dan membanteras secara menyeluruh aktiviti dan penghinaan ini secara keseluruhan. 

Namun, pada saya apa yang mampu kita lakukan, marilah sama-sama kita bertindak demi agama kita. Jika kita yang beragama Islam ini tidak mempertahankannya, siapa lagi yang boleh kita harapkan. Sehari kita dalam talian, seminit sahaja diperlukan untuk menyokong usaha pihak-pihak yang ingin bertindak untuk mempertahankan agama Islam di Malaysia. Jom sign petition yang dilancarkan pada 27 Ogos 2011 yang lalu yang menyasarkan sekurang-kurangnya 5000 orang menyokong petition ini yang ingin dihantarkan kepada Yang Di Petuan Agong Malaysia. Insya-Allah. 

Sila ke petition ini dengan klik pada gambar petition di bawah:-



Apalah sangat sokongan kita dengan menghantar petition berbanding dengan mereka yang berperang untuk menegakkan Islam di tempat-tempat lain. Petition ini bertujuan untuk membantu memelihara Islam daripada terus diperleceh dan dihina dengan kata-kata kesat dan penghinaan mereka kepada agama Allah s.w.t (Islam) dan juga Nabi kita Rasulullah s.a.w.  Semoga usaha kita yang sedikit ini dapat membantu membanteras penghinaan yang berlaku secara berleluasa kini khususnya dalam dunia siber. Insya-Allah.



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang