HALAMAN UTAMA

Jom main Game di 'YouTube'. Ada 'Game'kah?

Assalamualaikum, sahabat-sahabat pembaca sekalian. Hari ini, saya ingin berkongsikan sesuatu. Pernah melayari YouTube? Sudah tentu pernah. Jika tidak pernah, bolehlah cuba untuk ke halaman utama YouTube untuk mendapatkan pelbagai video yang telah dimuat naik di sana. Tetapi, kali ini, saya bukan ingin berkongsikan pasal apakah itu YouTube. Tetapi, apa yang mungkin kita tidak perasan apa yang ada di situ. 

Anda pernah menunggu lama untuk video di YouTube ‘Loading’? Jika tidak, bersyukurlah sebab internet anda laju. Jika tidak, saya ingin tanyakan pada anda. Tahu tak di YouTube ada ‘game’? Mungkin ada di antara anda sudah tahu. Tetapi, bagi yang tidak tahu, saya kata di YouTube ada ‘game’. Tetapi, ‘game’ ‘simple’ je la. Orang selalu kata ‘game’ snake atau ‘game’ ularlah.

Jika tidak percaya, saya tunjukkan seperti yang di bawah. Senang cerita, anda cubalah sendiri. Tahulah anda nanti.
YouTube di'pause'.
Masa Video di YouTube sedang 'loading...'.

Benda yang berpusing-pusing putih tu, kalau kita tekan 'arrow' pada keyboard, dia akan jadi ular.
Ular yang sedang mencari titik putih untuk jadikannya panjang.
Ular yang sudah panjang.
Ular semakin panjang, semakin sukar dikawal.
Ular sudah mati? boleh main lagi. Lihatlah bulat-bulat putih di tengah-tengah yang sedang berpusing-pusing tu, tekanlah 'arrow' lagi dan start main sambil menunggu 'loading...'..

Maknanya, sementara nak tunggu video anda ‘loading…’, bolehlah main ‘game’ ini. Ok, bagi yang selalu loading lambat, bolehlah cuba ye. Saya sekadar berkongsikan perkara-perkara yang ada tapi kita tidak perasan. Jadi, semoga dapat cuba ‘game’ di YouTube. Sekadar berkongsi.


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang