HALAMAN UTAMA

Bayi siapa? Masa depan mereka? (part 1)

Salam di pagi Jumaat 16 April 2010. Kes pembuangan bayi semakin kerap dilaporkan. Pada saya tidaklah begitu mengejutkan, bukan sebab menganggap perkara ini sesuatu yang simple atau mudah. Tetapi ianya boleh dikatakan sesuatu yang logik berlaku dalam keadaan yang membenarkan ianya berlaku. Dengan kata lain, tidak hairanlah ianya berlaku jika keadaan persekitaran yang tidak sihat menjadi pendorong kepada punca ianya berlaku.

Mengapa? Para pembaca yang budiman sudah tentu maklum dan mungkin juga pernah terfikir. Tidaklah mahu menunding jari kepada sesiapa. Saya berpandangan, Malaysia masih lagi memerlukan undang-undang yang lebih tegas dan serius mengikut landasan yang digariskan Islam. Tidak hairanlah jika perkara ini dianggap enteng oleh semua pihak. Saya pun tidak nampak mana-mana agama yang menyeru kepada keburukan atau kemusnahan penganutnya. Jika ianya bermanfaat dan memberikan impak yang baik, nescaya tiada sesiapa pun akan menolaknya.

Apakah point yang ingin dihighlightkan?




Bagi pandangan saya secara peribadilah :-

1. Perlulah kepada suatu mekanisma yang boleh mencegah daripada terjadinya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Hiburan khususnya. Permisahan antara bukan muhrim. Nampak mudah bukan? dan nampak jika dilakukan seperti tiada bezanya bukan? Akal manusia sentiasa menilai mengikut logik. Tetapi usaha kita perlulah lebih lagi untuk mendapatkan hasilnya yang setimpal. Sememangnya diakui ia bergantung kepada individu itu sendiri. Namun, keadaan atau kawalan perlulah ada untuk mencegah. Maka siapakah yang berperanan? Sudah tentulah penganjur dan badan yang meluluskan sesuatu program itu. Mereka harus peka dengan natijah jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya sediakanlah alternatif supaya ianya dapat dicegah jika tidak mampu secara menyeluruh.

2. Pengawalan hiburan yang terlampau. Tiada siapa yang menolak hiburan. Apakah hiburan di Malaysia sudah berlebihan? Bagi saya, ya sememangnya sudah berlebih-lebihan. Seolah-olahnya, masyarakat di Malaysia ini sudah mencapai satu tahap mentaliti kelas pertama. Apa yang ingin dimaksudkan ialah pemikiran yang telah maju, atau tahap pendidikan setiap warga negara adalah di tahap yang tinggi. Bermakna, purata rakyat malaysia mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya diploma. Tidaklah saya anti kepada hiburan dan bukanlah menghalang hiburan. Namun perlulah dikawal. Hiburan 'realiti TV' khususnya seperti cendawan tumbuh lepas hujan. 


Anak-anak muda kita semuanya mudah terpengaruh dengan keseronakan hiburan ini. Apakah kesan pendorong kepada mereka apabila hiburan ini menjadi salah satu medium yang terbesar dalam media elektronik?
a) Menjadikan idolanya artis yang buruk kelakuannya. (mengikut gaya yang tidak sesuai)
b) Menjadikan mereka lalai untuk berjaya dalam akademik. (golongan kanak-kanak mahu jadi artis)
c) Secara tidak sedar, menjadikan mereka tidak kenal kepada tokoh-tokoh ilmuan. (kerana lebih tertarik dengan hiburan)
d) Pendorong kepada lupa TANGGUNGJAWAB atau KEWAJIPAN kepada ALLAH, Hiburan banyak pada waktu petang sehingga malam. (Bila masanya mahu solat? sedangkan rancangan tersebut non-stop atau pun biasanya persediaannya terlalu awal)
e) Pendorong kepada pembaziran. Mengapa rancangan-rancangan ini memerlukan penonton membayar untuk peserta mendapat nama? Kita menonton, mengapa perlu beria-ia mengeluarkan wang semata-mata untuk hiburan murahan? sanggupkah kita, korbankan wang untuk mereka yang belum tentu akan memberi manfaat dalam kehidupan kita?

3. Tindakan yang diambil juga tidak serius dan terlalu longgar. Mengapa? Sehingga kini, apakah yang kita rasa terkesan sangat dek kata negara Islam. Sebagai contoh yang saya ambil dari negara jiran kita, Brunei, mengapa pemimpin mereka lebih lebih takut laknat Allah? tetapi kita? mengapa kita memberi peluang kepada sesuatu keburukan yang kecil yang akan memberikan natijah yang besar di masa yang akan datang? Sebagai contoh la. Setakat yang saya belajar, tiada lagi agama yang mahu menghancurkan umatnya. Jika arak tiada memberi manfaat kepada manusia, maka seharusnya ianya diharamkan terus. Kerana apa? sudah jelas keburukkannya. Kalau kita sendiri pun berfikiran, takpe la, kita tak minum or amalan masing-masing, apa yang perlu dirisaukan? Ya, mestilah risau. Jika kesannya kita yang akan rasa dek sebab orang lain yang minum. Bukan begitu? atau bagaimana kebaikkan dari sudut apa pula? Sudahlah Islam mengharamkannya tidak diikuti, undang-undang Islam yang menyarankan hukuman yang sepatutnya pula tidak dipatuhi. Asal undang-undang Islam saja, fikir banyak kali, sampai ada yang kata dah ketinggalan zaman pula.

4. Sangatlah sedih, pada pandangan saya, kita sememangnya sangat prihatin terhadap bayi-bayi yang dilahirkan dibuang begitu sahaja. Siapa yang tidak pilu melihat bayi-bayi comel tersebut? Bayangkanlah bayi itu adalah kita. Sudah tentu tidak dapat bayangkan. Kita sibuk nak selesaikan masalah buang anak. Tahukah kita punca bayi-bayi ini dibuang? Saya melihat ini bukan kerana ibu bapa mereka tidak mampu, tetapi kerana mereka malu kerana tindakan mereka sendiri. Oleh itu, yang lebih penting bertindak mencegah berlakunya hubungan sebelum berkahwin. Ibu bapa pun perlulah ambil tahu, masyarakat pun sama juga. Tegur-tegurlah, jangan nanti jumpa bayi tepi longkang ker baru nak sedih-sedih kepiluan, tak guna. Sebab kita pun taknak tegur dari awal lagi.

Jadi, saya menulis di pagi Jumaat ini belum lagi menyeluruh. Saja nak panaskan jari-jemari untuk menaip. Kalau anda dapat baca sampai sini, terima kasihlah. Diharapkan segala point atau pandangan saya dapatlah dinilai, kalau boleh komen la. Perlu untuk pembaikkan akan datang Jadi, saya sertakanlah sebahagian dahulu gambar bayi-bayi yang dijumpai. Kredit kepada tempat-tempat gambar-gambar ini dikutip. Sekadar untuk perkongsian renungan. Siapakah angkara dan dalang? Siapa punya keturunan? Masya-Allah.... =(












-Minda Insan-

Tiada ulasan:

Nuffnang