HALAMAN UTAMA

RM50 untuk Peminat, 'Hack' untuk FAM?

Assalamualaikum, di hari Jumaat yang mulia ini. Perkara yang tidak sedap didengar oleh FAM dan peminat bola sepak tempatan. Pertama, untuk peminat bola sepak tempatan, FAM berkeras mengekalkan harga tiket RM50, dan yang kedua, Laman Web FAM telah di'hack' atau pun digondam oleh peminat bola sepak tempatan yang tidak berpuas hati dengan tindakan FAM. FAM juga dilihat telah mencabar peminat untuk melakukan apa sahaja. Jadi, inilah akibatnya.

FAM yang telah didesak untuk menurunkan harga perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, Sabtu ini dikecam hebat peminat bola sepak tanah air. Walaupun turut diminta untuk dikaji semula oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya FAM mengkaji semula harga tiket itu. Namun, disebabkan keputusan keras FAM untuk mengekal RM50 untuk sekeping tiket, Laman web FAM terima padahnya apabila telah di'hack' seperti di bawah.

Ini adalah untuk tatapan bagi peminat yang tidak berkesempatan untuk melihat laman tersebut selepas digodam, saya kongsikan bersama-sama anda.



Pada saya, FAM perlu lebih memikirkan kesan jangka masa panjang. Mengaut keuntungan lebih dengan alasan terpaksa menanggung kos yang tinggi. Namun, pada pendapat saya itu tidak wajar memandangkan jika peminat bola sepak tempatan terus memboikot, siapa yang rugi? FAM juga rugi sebab tiket tak laku. Jadi, adakah berbaloi keuntungan yang diperolehi dengan jumlah tiket tidak habis dijual? Berbanding dengan jualan tiket habis tetapi dapat menampung keseluruhan kos yang ada?

Sekadar pendapat saja. Apa pun, anda peminat bola sepak tempatan yang boleh membuat keputusan. Lihat saja apa yang akan berlaku seterusnya. Diharapkan ini boleh dijadikan pengajaran di masa yang akan datang kelak.



Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 21 (Wordless Wednesday) Ficus deltoidea


Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah.  

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Pisang dalam Alquran?

Assalamualaikum, pernah makan pisang? saya yakin, semua orang pernah makan pisang. Tetapi, tahukan anda bahawa pisang adalah salah satu daripada buah yang telah disebutkan di dalam Al-Quran. Pernah tahu? Mungkin ada yang sudah tahu, dan mungkin ada yang masih belum tahu. Saya di sini ingin kongsikan apa yang telah saya ketahui kepada seluruh pembaca yang budiman.

Mana mungkin kita tahu jika tidak diberitahu. Saya kongsikan untuk pengenalan dan sebahagian sahaja isi kandungan mengenai pisang ini. Yang selebihnya saya kongsikan secara PDF dan Slide show yang boleh anda download untuk mengetahui lebih lanjut. Insya-Allah. Sekadar yang saya ada, saya akan kongsikan. Tajuk sebenar mengenai artikel ini ialah seperti di bawah :-

PISANG MENURUT AL-QURAN DAN SAINS
PENGENALAN

Di dalam Al-Quran banyak disebutkan mengenai asas untuk pelbagai bidang untuk manusia mengkaji dan memanfaatkannya dalam pembangunan teknologi. Disebaliknya tersimpan pelbagai hikmah yang tersurat dan tersirat. Oleh yang demikian, untuk mendapatkannya perlulah kepada usaha mengkaji dan membongkar rahsianya baik dari bidang sains atau pun bidang-bidang yang lain. Dalam bidang sains, segala penceritaan mengenainya sudah cukup untuk memberikan idea yang boleh membawa tamadun manusia lebih maju dan jauh ke hadapan. Oleh yang demikian, suatu kajian penafsiran dan kajian sains mengenai perkataan pisang dibuat bagi menyahut seruan untuk membawa kembali hikmah yang telah hilang suatu masa dahulu. Walaupun ianya amat sedikit, sekurang-kurangnya boleh menjadi perintis kepada kajian yang seterusnya.


Pisang atau nama saintifiknya dikenali sebagai Musa sp. yang dikenali di dalam pelbagai nama di seluruh dunia. Antara nama yang digunakan untuk merujuk kepada pisang ialah banana, bananier (Perancis), bananen, bananenpisang, bananenstaude (Jerman), banana (Spain, Amerika Latin), chotda banana (Jepun), djantoong, getang, pisang (Indonesia), pisang (Malaysia), saging (Filipina) dan barbaro, zapolete (Mexico). Terdapat lima jenis taksonomi di bawah genus Musa, dua daripadanya ialah pisang yang boleh dimakan. Musa sp. ini adalah daripada Famili Musaceae  Di bawah order Zingiberales. 


PETIKAN AYAT AL-QURAN MENGENAI PISANG

Pisang atau Talhin telah disebut sekali di dalam Al-Quran pada Surah ke 56 iaitu Surah Al-Waqi’ah ayat yang ke 29 :-

ﮍ ﮎ ﮏ

[Ayat : 29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya.[1]

Mengikut Tafsir Ibn Kathir yang dimaksudkan Talh ialah “(Talh Mandud) means: "The banana tree.'' And he (Ibn Abi Hatim) said, "Similar is reported from Ibn `Abbas, Abu Hurayrah, Al-Hasan, `Ikrimah, Qasamah bin Zuhayr, Qatadah and Abu Hazrah. '' Mujahid and Ibn Zayd said similalry, Ibn Zayd added, "The people of Yemen call the banana tree, Talh.'' Ibn Jarir mentioned no other explanation for Talh.”[2]

Tafsiran ini membawa maksud Talhin ialah pokok pisang yang mana telah disebutkan juga oleh Ibn ‘Abbas, Abu Hurayrah, Al-Hasan, ‘Ikrimah, Qasamah bin Zuhyr, Qatadah dan Abu Hazrah. Dikatakan juga perkara yang sama oleh Mujahid dan Ibn Zayd menambah bahawa orang Yamen memanggil pokok pisang dengan panggilan Talh. Walaubagaimana pun, Ibn Jarir menyebut tiada penerangan lain mengenai Talh. Tetapi dapat difahami maksud tafsiran ini ialah merujuk kepada pokok pisang.

Menurut Tafsir Al-Jalalayn, ayat tersebut bermaksud “and clustered plantains, banana trees, [weighed down] with its load [of fruit] from top to bottom,”[3] Tafsiran ini pula menyebut mengenai buah tropika yang bergugusan (banyak), pokok pisang dan sifat buahnya yang bermula daripada atas ke bawah. Dapat difahami juga, tafsiran ini merujuk kepada pisang.



Mengikut Tanwîr al-Miqbâs min Tafsîr Ibn ‘Abbâs maksud ayat tersebut ialah “(And clustered plantains) and clustered banana trees; and it is also said that this means: continuous and uninterrupted,”[4] Tafsiran ini juga menyebutkan talha itu ialah buah tropika yang bergugus (banyak) dan pokok pisang serta juga bermaksud berterusan dan tidak diganggu. Memberikan maksud pisang tersebut dan juga menyebutkan keadaannya pertumbuhannya yang tidak digangu dan berterusan ataupun memberi maksud keadaan tanpa gangguan.

Mengikut Tafsir Filzilali Qur’an, ayat 29 tersebut ditafsirkan dengan maksud, “Dan pokok-pokok talha yang tersusun rapi.” Talha ialah sejenis pokok dari pokok-pokok yang tumbuh di Hijaz dari sejenis pokok-pokok besar yang renek dan berduri, tetapi pokok talha di sini tersusun rapi mudah diambil tanpa penat dan sulit.[5] Tafsiran ini pula tidak menyebut talha itu pokok pisang, tetapi menerangkan sifat pokok itu yang tersusun elok dan mudah untuk diambil. Tafsiran ini difahami merujuk kepada pokok Accacia dengan cara pentafsiran sifat pokok tersebut.

Walaupun terdapat pelbagai tafsiran, pisang adalah tafsiran yang banyak digunakan. Namun, dalam bahasa arab juga menggunakan موز (mauzun) sebagai pisang juga. Dan perkataan itulah yang biasa digunakan mereka untuk merujuk kepada pisang. Ada juga yang menyatakan bahawa طلح (talh) itu adalah pokok yang berduri seperti Acacia dalam Famili Fabaceae.

Untuk pembacaan lebih lanjut, silalah muat turun dokumen di bawah :-
PDF Pisang Menurut Al-quran dan Sains
Slide Show Pisang Menurut A-Quran dan Sains

Diharapkan, perkongsian ini dapat menambah pengetahuan kita kepada ciptaan Allah serta kalam Allah dan mendapat manfaat daripadanya. Insya-Allah.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Mahu Password Selamat?

Assalamualaikum, pada masa kini majoriti orang mempunyai akaun di dalam alam siber. Namun sejauh mana kita peka dengan keselamatan akaun kita? Kadang-kala tidak semua orang ambil berat mengenai perkara ini. Nampak mudah dan enteng, tetapi jika melibatkan akaun bank, akaun yang mempunyai maklumat penting kita dicerobohi, pasti kita bimbang akan keselamatan akaun dan hak-hak kita.

Oleh yang demikian, saya di sini ingin berkongsikan mengenai beberapa perkara yang mungkin boleh dijadikan panduan kita untuk mempunyai password yang selamat. Jika anda ingin menguji sama ada password anda itu selamat, boleh ke laman CyberSafe Malaysia. Seperti di bawah :-



Adakah anda tahu, untuk anggaran, password anda boleh digondam dalam masa tertentu berdasarkan jadual dan bilangan bentuk yang digunakan [Facebook Cybersafe Malaysia]:-

Untuk makluman anda, pada Januari 2010, Twitter telah menyekat 370 kata laluan atau password yang digunakan terlalu jelas dan biasa digunakan. [Facebook Cybersafe Malaysia]

Dinasihatkan juga, elakkan menggunakan kata laluan anda untuk akaun email sama dengan akaun laman web atau laman sosial atau akaun maya anda yang lain. Ini salah satu langkah mudah untuk menyelamatkan akaun email anda.

Jika mampu, kemaskini password anda setiap 6 bulan dan pastikan ianya adalah kuat (Huruf Besar + Huruf Kecil + Perkataan Unik + Nombor).

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda lebih peka dengan keselamatan akaun anda.
Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang