HALAMAN UTAMA

File Pendrive Hilang Sebab Virus?

Assalamualaikum, sebelum ini saya kongsikan macam mana nak dapatkan semula file dalam hard disk atau hard drive yang telah hilang sebab diserang Virus dan digantikan dengan fail shortcut (File telah dihiddenkan atau disembunyikan). Kali ini, saya saja nak kongsikan pula jika berlaku dalam pendrive macam mana pula kan. Tak ada cara lain ke? Mestilah caranya banyak. Tapi, saya kongsikan apa yang saya tahulah.

Baiklah, pernah dengar software "Scan Pendrive"? Ok, software ni ringan saja, boleh diletakkan ke dalam pendrive dan mudah digunakan. Bagaimana rupa aplikasi ini? Ia akan muncul seperti di bawah ini selepas kita klik pada software tersebut :-


Tetapi, bagaimana ianya berfungsi?
1. Selepas diaktifkan/dibuka aplikasi ini, sila klik pada Scan Pendrive.
2. Pilih pendrive atau pun removeable disk untuk discan dan dipulihkan akibat virus.
3. Apabila pendrive tersebut discan, fail-fail yang dihilangkan atau pun dihiddenkan akan kembali dan menjadi warna biru selepas dipulihkan.
4. Jadi, tak perlu risau jika warnanya telah bertukar menjadi biru kerana itu menunjukkan bahawa fail tersebut telah selamat daripada virus.


Jadi, jika anda mahu mencuba software ini, silalh downloadkannya di Scan Pendrive 3.3 secara percuma dan kongsikan dengan rakan-rakan yang lain. Semoga bermanfaat kepada semua. Insya-Allah.

Sumber Software : Scan Pendrive 3.3
Berkaitan : Trick mendownload? Tak perlu akaun premier?
 



Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 31 (Wordless Wednesday) Kitar Semula Jom

Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah. 


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada lagi Shoutmix Percuma Untuk Blogger

Assalamualaikum, hari ini baru sedar. Tahun 2012 blogger-blogger yang menggunakan Soutmix untuk blog mereka kini tidak lagi boleh menggunakannya secara percuma apabila mereka telah menaik taraf Shoutmix mereka kepada versi ke 3. Kepada blogger, anda perlulah menaiktaraf Shoutmix mereka dengan membayar sekurang-kurangnya $0.99 sebulan. Sesiapa yang mahu menggunakannya, bolehlah teruskan dengan bayaran tersebut. 

Bukannya apa, terkejut tadi tengok shoutmix terpapar "ShoutMix free plan is currently unavailable". Jadi, saya pun beralihlah ke perkhidmatan shout percuma yang lain. Supaya mudahlah rakan-rakan blogger atau pun pengunjung-pengunjung blog Minda Insan dapat meninggalkan jejak di sini. Shoutmix di bawah daripada blog Minda Insan.


Boleh lihat surat terbuka untuk pengguna ShoutMix ini di Laman Web Shoutmix. Tetapi, untuk blogger yang mahu menggunakan secara percuma, macam saya, bolehlah beralih ke perkhidmatan percuma yang lain seperti Cbox dan lain-lain lagi. Yang bawah ni, Cbox yang lama dan digunakan semula, daripada tahun 2008 tak guna, sekarang guna balik.



Sekadar berkongsi idea sahaja di tahun baru dengan Chat box baru.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Doa Waktu Dhuha (Amalan Doa Murah Rezeki)

Assalamualaikum, salam tahun baru 2012. Sempena tahun baru ini, saya ingin kongsikan satu doa yang seelok-eloknya kita bacakan sebagai amalan seharian kita. Apa salahnya setiap hari kita berdoa untuk murah rezeki atau pun jika berkesempatan, selepas kita selesaikan menunaikan solat dhuha, lebih baik.

Kita mudah ingat apabila sesuatu lagu dimainkan berkali-kali dan sering menyanyikan semula. Apa kata kali ini, kita dengarkan pula doa-doa yang mana sering kita lupa dengan cara melagukannya seperti doa-doa, hadith-hadith dan juga ayat suci alquran mengikut bacaannya yang betul. Disamping dapat mengingati doa dan bacaan, kita dapat juga menjadikannya sebagai zikir dan mengingati Allah.

Kadang-kala, kita tidak tahu bahawa lagu-lagu yang dilagukan itu adalah maksud ayat-ayat suci al-quran. Saya hari ini kongsikan doa waktu dhuha atau pun doa murah rezeki. Semoga kita mudah mengingatinya melalui cara yang sesuai dan tidak menyalahi sebutan dan maknanya. Insya-Allah. Bolehlah dikongsikan atau disebarkan ke dalam blog-blog, Facebook dan apa-apa medium yang lain.
------------------------------------------------------------------------------------------


 Doa Waktu Dhuha / Doa Murah Rezeki
اَللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاؤُكَ، وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ، وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ، والْقُوَّةَ قُوَّتُكَ، والْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ، وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ، اَللَّهُمَّ إنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّمَاءِ فَأنْزِلْهُ، وَإِنْ كَانَ في الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ، وَإِنْ كَانَ مُعَسِّرًا فَيَسِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ، وَإِنْ كَانَ بَعِيدًا فَقَرِّبْهُ، بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ، آتِنِيْ مَا آتَيْتَ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ.

Maksudnya : Ya Allah, Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu, Kecantikannya kecantikanMu, Keindahannya keindahanMu, Kekuatannya kekuatanMu, Kekuasaannya kekuasaanMu, Perlindungannya perlindunganMu.

Ya Allah, Jika rezeki masih dilangit turunkanlah, Jika dibumi keluarkanlah, Jika sukar permudahkanlah, Jika haram sucikanlah, Jika jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, KecantikanMu, KeindahanMu, KekuatanMu, KekuasaanMu,

Limpahkan kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan,  kepada hamba-hambaMu yang soleh.

------------------------------------------------------------------------------------------



Ini pula adalah doa dalam bentuk gambar yang saya telah convertkan suapaya mudah dicopykan dan dikongsikan.



Di bawah ini pula salah satu bagaimana doa ini dialunkan untuk memudahkan kita mengingatinya dan dibaca setiap hari.



Dan sedikit cara-cara menunaikan solat Dhuha jika saudara mempunyai kelapangan adalah seperti di bawah:-
  1. Bilangan Rakaat: 2 sehingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam).
  2. Waktu anggaran diantara 8.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
  3. Niatnya Solat dhuha adalah seperti di bawah.
  4. Baca ketika sujud terakhir bacaan di bawah sebanyak 3 kali.
  5. Selepas salam, barulah baca doa Dhuha.



Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Insya-Allah.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang