HALAMAN UTAMA

Keputusan Pilihanraya Kampus (PRK) 2013 di 20 IPT Malaysia

Assalamualaikum, Pilihanraya Kampus (PRK) dikesemua 20 IPT di Malaysia sudah pun selesai dijalankan. Pemilihan yang berjalan untuk memilih wakil mahasiswa di IPT masing-masing pada 28 November 2013 yang lalu telah berjalan dengan lancar dan keputusan penuh sudah pun diperolehi dan diumumkan. 

Pemilihan yang boleh dikatakan hangat di beberapa IPT turut menjadi tumpuan warga mahasiswa di seluruh negara bagi pemilihan sesi 2013/2014.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan tersebut.


KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) 20 IPTA DI MALAYSIA SESI 2013/2014



CATATAN

1) Tiada Pilihanraya Kampus di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan MPP akan dilantik oleh Naib Canselor UPNM.

2) Pro-Mahasiswa menggunakan nama Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) di UKM, Mahasiswa Pendidik (MP) di UPSI, Transformasi Mahasiswa di UUM dan We Unite For Islam (WUFI) di UIAM.

3) Aspirasi menggunakan nama Penggerak Mahasiswa di UM, We Love UPSI (WLU) di UPSI dan Mahasiswa Putra di UPM.

4) Tiada badan Pro-Mahasiswa dan Aspirasi di USIM, UniMAP, UniMAS, UTeM, dan UiTM sebaliknya bertanding atas tiket Pro-Universiti atau individu.

5) Tiada badan Pro-Mahasiswa di UMP.

6) DEMOSIS adalah badan mahasiswa yang baru ditubuhkan di UMK Jeli, manakala HIJRAH adalah badan mahasiswa yang ditubuhkan di UUM dan IKRAM SISWA bertanding di UIAM.

Sumber dipetik daripada Fanpage FB Berita Universiti.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Bahaya Dedah Maklumat Kad Debit Anda Di Telefon


Assalamualaikum, adakah pihak bank akan membuat pengesahan kad debit anda melalui telefon? Adakah pihak seperti Maybank dan CIMB Bank akan meminta segala maklumat kad anda? Adalah tidak releven jika semua nombor yang ada pada kad kita pihak bank perlukan untuk pengesahan. 

Pada kefahaman saya, kebiasaan maklumat ini akan diminta oleh pihak yang ingin menolak wang dalam bank kita secara debit. Sebagai contoh pembayaran insuran, pembayaran bil dan pembayaran secara bulanan. Jika ketiga-tiga maklumat ini ada, maka, bila-bila masa sahaja wang simpanan anda akan ditolak.

Peringatan juga daripada Cybersecuriti Malaysia di laman Facebooknya:-



Kelmarin, seorang rakan saya telah menerima panggilan daripada satu private number yang mahu mengesahkan kad banknya, saya lihat dengan mudah sahaja beliau berikan segala maklumat kad beliau. Kemudian, bila saya beri tahu bahawa pihak bank tidak akan membuat penggilan untuk dapatkan maklumat kad debit kita kerana tiada tujuan pihak bank mahu berbuat demikian kerana mereka boleh meminta kita untuk pergi ke cawangan bank untuk membuat pengesahan jika perlu.


Akhirnya beliau telah membuat panggilan kepada pihak Maybank dan disahkan pihak Maybank tidak akan meminta maklumat tersebut daripada pelanggan mereka dan menasihati untuk dibatalkan kad debit tersebut untuk keselamatan kita. Jika tidak, duit anda tidak dijamin keselamatannya. 

Tidak lain, ini semua adalah SCAM seperti mana SCAM pada email yang mahu mengesahkan atau mengemaskini maklumat bank kita secara dalam talian. Sedangkan kita tidak pernah ada pun akaun untuk bank berkenaan.

Kalau kita dah berikan 3 jenis nombor yang ada pada kad tersebut, maka, saya nasihatkan batalkan sahaja kad tersebut, kerana bila-bila masa sahaja, duit anda mereka boleh tolak daripada kad tersebut.

Beringat sebelum kena, kalau dah kena, tak guna dah nak menyesal.

Saya nasihatkan kepada semua rakan-rakan yang mempunyai kad debit atau kad kredit ke... Jika anda dapat panggilan daripada private number atau apa-apa nombor untuk membuat pengesahan kad debit anda, silalah tidak mendedahkan numbor yang terdapat pada kad tersebut... 

Seperti contoh kes kad Maybank,

1. Elak berikan nombor kad tersebut, biasanya 4 nombor hadapan adalah sama untuk kebanyakkan kad sebagai contoh:

4283 XXXX XXXX dan anda diminta untuk berikan nombor selebihnya...

2. Tarikh expired kad, contoh: 05/14

3. Nombor belakang kad yang ada tiga angka sebagai contoh: 123.

Jika anda sudah terberikan maklumat ini, duit simpanan anda dalam bahaya.

P/S: Peringatan untuk rakan-rakan facebook.

Kongsikan kepada rakan-rakan jika anda rasakan perkara ini sangat penting.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Zoo Negara PERCUMA (bawah 12 tahun) 11-15 November 2013

Assalamualaikum, musim cuti sekolah sudah pun hampir tiba, tapi sebelum cuti sekolah, Zoo Negara Malaysia akan memberikan Tiket PERCUMA kepada semua kanak-kanak yang mahu masuk dengan syarat berumur 12 tahun dan ke bawah. Jadi tempoh tawaran ini adalah bermula daripada 11 November 2013 sehinggalah 15 November 2013. 

Tawaran PERCUMA ini adalah sempena menyambut ulang tahun ke-50 Zoo Negara. Dan jika mahu berkunjung dengan anak-anak anda perlulah masuk dalam tarikh yang ditetapkan tersebut ya. Mengapa mereka hanya berikan pada hari berkerja sahaja, saya tak tahu, yang saya tahu pihak Zoo Negara akan berikan Tiket PERCUMA. Jadi, saya war-warkan dan kongsikan kepada anda semua.



Tak tahu nak pergi ke Zoo Negara? Lihat sini petanya.

INFO PENGUNJUNG



Untuk Ke sana:

Alamat :
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Menaiki Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) :
- Berhenti di Stesen Wangsa Maju, Kelana Jaya Line
- Ambil teksi ke Zoo Negara

Menaiki Bas :
- Metrobus No 16 daripada Central Market, KL
- Rapid KL No U34 daripada Stesen Putra LRT, Wangsamaju, KL
- Rapid KL No U23 daripada Stesen Titiwangsa, KL

Selamat berkunjung ke Zoo Negara!

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Jolly Shandy, Malta, Jenama Nutri Malt, Anglia Shandy Haram Diminum

Assalamualaikum, masalah jenama minuman syarikat membuat arak yang telah mengeluarkan produk berjenama Jolly Shandy, Malta, Jenama Nutri Malt dan Anglia Shandy membuatkan masyarakat Malaysia jadi keliru dengan produk mereka. Hal ini amat dibimbangi apabila dengan mudahnya diletakkan, dicampurkan dan dijual bersama minuman yang biasa kita minum. Bagi yang peka dengan jenama dan halal haram mungkin boleh membezakan jenis minuman ini. Namun, bagaimana pula dengan yang masih kanak-kanak dan yang tidak mengetahuinya?

Satu posting dikongsikan yang menjadi kebimbangan masyarakat Islam di media sosial di sini Jolly Shandy Minuman Alkohol.

Jadi di sini saya kongsikan antara yang menjadi masalah kepada kita apabila minuman ini dijual dengan berleluasa di pasaran Malaysia termasuk di kedai-kedai runcit dan kedai serbaneka 24jam. Saya merujuk juga kepada pengalaman orang ramai yang memberikan komen dan juga kebimbangan di laman sosial yang mana menunjukkan kepincangan dan kemasalahatan penjualannya yang mengusarkan umat Islam di Malaysia.



Umat Islam di Malaysia yang peka dengan jenama air mimuman tersebut, bukan sahaja kepada pembeli, kepada pekerja Islam juga yang menjadi masalah.


Oleh yang demikian, anda juga boleh merujuk fatwa yang berkaitan dengan Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan dan di bawah ini adalah kandungan fatwa tersebut:-

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyaialkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum
     
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuktujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dandiharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
     
Sumber rujukan minuman Jolly Shandy juga boleh dirujuk di sini: 


Jadi, jikalau anda rasakan perkara ini perlu disebarkan, silalah kongsikan kepada masyarakat akan perkara ini sebagai satu usaha kita mendidik masyarakat agar tidak terlalu menerima cara mereka menjual produk haram ini.


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

[JENAYAH] 2 Kejadian Jenayah Curi Kenderaan Panas

Assalamualaikum, dua kejadian jenayah yang telah dirakamkan oleh CCTV ini telah dikongsikan untuk dijadikan peringatan yang mana kejadian ini direkodkan pada awal bulan November 2013 seperti pada tarikh yang tertera pada rakaman tersebut.

Peringatan juga untuk kita semua, jenayah ini tidak mustahil boleh semakin bertambah di waktu cuti persekolahan ini yang mana mungkin ada yang akan meninggalkan rumah untuk bercuti.

Kejadian adalah sebagai pengajaran dan panduan kepada kita untuk mempertingkan lagi tahap keselamatan di rumah kediaman kita. Jenayah tidak kira masa boleh berlaku sama ada siang hari atau pun di malam hari.

Satu kejadian kecurian motosikal yang gagal telah dirakamkan CCTV dan saya kongsikan di bawah:



Kemudian, kecurian kenderaan pacuan empat roda di malam hari tidak sampai 5 minit kenderaan tersebut dapat dilarikan, seperti video yang dikongsikan di bawah:




Semoga video ini akan memberikan kita pengetahuan bagaimana penjenayah ini melakukan kerja-kerja mencuri harta orang lain dalam dua waktu yang berbeza.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang