HALAMAN UTAMA

GST 6% Sudah Dilaksanakan Di Giant?

Assalamualaikum, apabila selesai sahaja pilihanraya, semua pihak bertungkus lumus untuk melaksanakan semua janji yang telah dibuat ketika berkempen dahulu. Ada yang memberikan maklumat bahawa cukai pekhidmatan sudah pun dilaksanakan. Saya tidak ketinggalan melihat perlaksanaan ini dalam urusan seharian kita. Baik cukai ketika parking kenderaan, membeli makanan dan sebagainya.

Ada juga yang menyiarkan beberapa kenyataan yang dikatakan pengumuman perlaksanaan GST di beberapa tempat termasuklah di Giant. Jadi, saya pun cuba mendapatkan jawapan pihak Giant Malaysia mengenai perlaksanaan GST ini di cawangan mereka.

Sebelum itu, mungkin kita keliru atau salah faham di antara GST (Goverment Service Tax) dan (Good and Services Tax). Kedua-duanya boleh disebut GST. Tetapi penggunaannya dalam resit agak mengelirukan kita. Dan perlaksanaannya juga adalah berbeza dari segi barangan cukai yang dikenakan.

Untuk mudah faham, GST (Goverment Service Tax 6%) dikenakan ketika membeli barangan di kedai dan ianya tidaklah menyeluruh.

Manakala GST (Good and Services Tax 4%) dikenakan untuk segala jenis barangan dan perkhidmatan yang kita gunakan dan beli.

GST (Good and Services Tax 4%) belum dilaksanakan tetapi GST (Goverment Service Tax 6%) sudah lama dilaksanakan.

Boleh baca berkaitan PERLAKSANAAN GST GANTI SST atau download kenyataan tersebut di sini MAKLUMAT CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN

Berikut pula kenaikkan cukai daripada 5% kepada 6%.


INFO UNTUK UMUM – Cukai Perkhidmatan Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011
· Kadar cukai perkhidmatan dinaikkan dari 5% kepada 6%; dan· Cukai perkhidmatan akan dikenakan atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayarYang Berhormat Menteri Kewangan melalui Ucapan Bajet 2011 telah mengumumkan bahawa kadar cukai perkhidmatan atas semua perkhidmatan bercukai akan dinaikkan daripada 5% kepada 6% berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011 kecuali kad kredit dan kad caj. Pengenaan cukai baru ini hendaklah dikenakan kepada pelanggan hanya mulai 1 Januari, 2011.
Selain itu Yang Berhormat Menteri Kewangan juga telah mengumumkan bahawa cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar yang juga akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2011. Dengan ini Cukai perkhidmatan pada kadar 6% hanya akan dikenakan ke atas yuran langganan bulanan perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar berkenaan mulai 1 Januari, 2011. (Rujuk Lampiran 15 dan 16 Ucapan Bajet 2011)
Perundangan (Peraturan dan Perintah) berkaitan sedang dalam proses pewartaan. Garis panduan pelaksanaannya akan dikeluarkan oleh Bahagian Cukai Dalam Negeri, Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia.

Oleh yang demikian, berikut adalah respon pihak Giant pada 15 Mei 2013.





Oleh yang demikian, kita sedia maklum GST ini iaitu Government Service Tax telah dinaikkan daripada 5% kepada 6% bermula pada tahun Januari 2011 lalu. Oleh yang demikian, sahlah pihak Giant sebenarnya hanya mengenakan cukai untuk cukai kerajaan yang mana gambar yang tersebar adalah daripada bahagian RTE (Ready To Eat) di Giant yang mengenakan sebanyak 6% di beberapa cawangannya yang berkaitan dalam perlaksanaan cukai tersebut.

Sekadar berkongsi maklumat dan penjelasan pihak Giant. Apalagi, anda berbelanja, andalah yang perlu bayar cukai perkhidmatan tersebut. Cukai yang dibayar akan dibayar kepada kerajaan setiap dua bulan sekali mengikut apa yang dinyatakan pihak Giant seperti di atas.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang