HALAMAN UTAMA

Rahsia Nombor SMS 5 Angka!

Assalamualaikum, saya mahu kongsikan sedikit maklumat kepada anda sekalian yang sudah pasti pernah menerima SMS daripada pelbagai nombor 5 angka yang bermula dengan nombor 1, 2, 3, dan 6. Tetapi, adakah anda tahu identiti permulaan setiap nombor tersebut? Apakah perbezaan nombor-nombor Kod SMS yang bermula dengan No 1, 2, 3, dan 6? Apakah rahsianya?

Di sini, saya ingin kongsikan serba ringkas mengenai identiti kod nombor SMS tersebut untuk panduan kita bersama sebagai pengguna telefon bimbit.

Bermula Nombor 1 seperti 15888 - Organisasi Milik Kerajaan (My SMS)

- Ada juga nombor yang hanya boleh menerima panggilan sahaja seperti talian TNB, Talian NUR, yang mula dengan no 1.
- Biasanya boleh hantar atau terima SMS, dikhaskan untuk milik Kerajaan.
- Boleh semak saman.
- Bayaran gaji pinjaman perumahan
- Semak keputusan peperiksaan
15888 No KPDNKK (1-800-88-6800) http://e-aduan.kpdnkk.gov.my

Bermula Nombor 2 - Telco Branded yang kita langgan

- Boleh dihantar kepada pelanggan dengan adanya flyers content. Kebenaran daripada kita sebagai pelanggan.
- Ada juga boleh hantar ON pada syarikat telekomunikasi untuk melanggan.

Bermula Nombor 3 - SMS Premium (Syarikat swasta Contoh: AFUNDI)

- Biasanya akan dikenakan cas tinggi sikit (MO: Mobile Originating)
- Hantar dan dibalas SMS akan dicas. 
  (Contoh: Hantar 15 sen, Terima 50 = 65sen/ Hantar 15sen, Terima 30 sen)
- Ada juga boleh untuk melanggan (Syarikat berita, Surat khabar)
- Hantar ON (melanggan berita syarikat swasta ada lesen) Bila dibalas, akan dicas.

*Biasanya dalam iklan, ada harga ditulis paling kecil. Kita setuju dengan cas yang dikenakan jika kita hanta ON. Ada iklan yang mengelirukan. Pendaftaran percuma, tapi terima akan dicas (ini mengelirukan). Boleh berhenti melanggan dengan hantar STOP ALL.

Kemudian, jika kita nak duit balik, boleh dengan cara:-
- Aduan terus ke syarikat TELCO atau lapor ke laman web MCMC.
- Lapor kepada Persatuan Mudah Alih Malaysia untuk memulangkan semula wang.
  (email: aduan@mmcp.org.my)

Bermula Nombor 6 - SMS Blog Card/ TAC perbankan internet.

- Tiada Cas kepada pemilik telefon.
- Kad kredit dari luar negara.

Tiada Nombor, atau tulis nama syarikat - Marking
- Dulu boleh guna nama sahaja tanpa ada nombor, tapi sekarang tak boleh.
- Tujuan asal menyenangkan, tapi sudah disalah gunakan.

Nombor yang panjang-panjang, biasanya daripada luar negara dan mungkin penipuan.

No di Malaysia sekarang ada 32 Juta lebih.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang