HALAMAN UTAMA

SIHAT : Produk Tercemar dari Taiwan di Pasaran Malaysia?

Assalamualaikum, beberapa hari lalu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai Pencemaran Di (2-Ethylhexyl) Phthalate (DEHP) Di dalam Makanan. Tetapi, apakah itu DEHP? Sebelum itu, berikut ialah persoalan dan jawapan berkaitan dengan bahan tercemar tersebut yang telah dikeluarkan oleh BKKM, KKM :-

1. Apakah itu DEHP ?
DEHP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible).

2. Bagaimanakah makanan boleh tercemar dengan DEHP ?
DEHP daripada pembungkus makanan plastik boleh berpindah (migrate) ke dalam makanan. DEHP juga boleh hadir dalam  persekitaran disebabkan oleh pengeluaran,  pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan plastik dan secara tidak langsung ia boleh mencemari rantaian makanan manusia. Selain itu, makanan dicemari dengan DEHP kerana   ia   ditambah ke dalam clouding agent (sejenis aditif makanan) oleh syarikat pengeluar di Taiwan.

3. Apakah kesan pencemaran DEHP dalam makanan pada kesihatan manusia ?
DEHP berkemungkinan boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.

4. Apakah produk makanan yang terlibat dengan pencemaran DEHP?
Produk yang terlibat adalah beberapa produk keluaran syarikat di Taiwan seperti sports drinks, jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan clouding agent.

5. Apakah tindakan KKM bagi memastikan makanan yang diimport adalah selamat dari pencemaran DEHP?
KKM telah  mengenakan  larangan pengimportan produk makanan keluaran Taiwan  yang  disahkan  tercemar dengan DEHP  ke negara ini. Bagi produk makanan  keluaran Taiwan  seperti  sports  drinks, jus buah-buahan, produk jeli, jem, yogurt dan clouding agent yang belum disahkan tercemar dengan DEHP, tindakan pemantauan dijalankan di
pasaran tempatan dan pintu masuk. 

6. Apakah nasihat kepada pengguna?
Orang ramai  tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut. Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan dinasihati tidak memakan produk tersebut. 


7. Di manakah saya boleh mendapat maklumat berkaitan pencemaran DEHP di dalam makanan ?
Pengguna boleh mendapatkan maklumat berkaitan pencemaran DEHP di dalam makanan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/88833653 atau melayari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iaitu  http://fsq.moh.gov.my atau www.moh.gov.my.

Berikut adalah produk yang telah tercemar dengan bahan DEHP :-


  Produk : LEMON JUICE WITH PULP
Jenama : SUNKIST
Pengeluar : COUNTRY HOUSE INC


 Produk : ORANGE JUICE WITH PULP
Jenama : SUNKIST
Pengeluar : COUNTRY HOUSE INC


 Produk  : ORANGE JUICE
Jenama   : SUNKIST
Pengeluar : COUNTRY HOUSE INC

Produk : ASPARAGUS JUICE / Tarikh Luput sebelum 18 Mei 2012
Jenama : UNI-PRESIDENT
Pengeluar : UNI-PRESIDENT ENTERPRISES CORP.

 
 Produk : BEST BLACK TEA
Jenama : C CASA
Pengeluar : GOOD YOUNG CO. LTD.


SENARAI PRODUK MAKANAN  YANG TELAH DIANALISA DAN DIDAPATI TIDAK TERCEMAR  DENGAN  DI  (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) (Dikemaskini Sehingga 8.6.2011)

1) PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL
JENIS 
JENAMA 
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
Passion Fruit Syrup
Cranberry Juice Cocktail
Cranberry Refreshers
Mango Flavour Coconut Jelly
Fruitgurt Yogurt Style
Mango Agar Pudding
Seaweed De Vinegar Drink
Plum Active Vinegar Drink
Peach Health Vinegar Drink
Grape Vinegar Drink
Plum Extract Jelly
Sliced Cheese
Assorted Fruit Flavour Jelly
Ruby Red Grapefruit
Chatime
Ocean Spray
Ocean Spray
e. Ben
New Choice

U.MAY


e. Ben

First Choice
e. Ben
Ocean Spray
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
Orange Vinegar Drink
Premium White Milk Tea
Finest Quality Milk Tea
Tomato Drink
Grape Seeds Drink
Multigrain activate tea
Vegetable & fruit drink
Apple Juice
Guava Juice
Grape Juice
Carambola Juice
Frugurt Assorted Flavors
Fibrous Jelly White Peach Flavour
Fibrous Jelly Mango Flavour
Fibrous Jelly Grape Flavour
Squez’n Bites

Mine Shine
Mine Shine
RED GOLD BANK
AGV
AGV
AGV
UNI-PRESIDENT
UNI-PRESIDENT
UNI-PRESIDENT
UNI-PRESIDENT
NEW CHOICE
NEW CHOICE
NEW CHOICE
NEW CHOICE
NEW CHOICE
 
2)  PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI LAIN YANG DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

1
2
3
4
5
6
7
Spinach Noodles
Tomoshiraga Somen (Noodle)
Oats Biscuits
Sweet Bean Sauce
Pickled Strip Cucumber
Preserved Chili Bean Curd
Yam Nutritious Cereal
WU-MU
WU-MU
I MEI
MASTER
MELOVOCOM
MASTER
GREENMAX
Nota: Kategori yang disyaki ialah  sports drinks, minuman jus, jem, jeli, yogurt dan clouding agent (sejenis aditif makanan).

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR KETUJUH
STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM MAKANAN IMPORT DARI TAIWAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP. 

Pihak  Food and Drug Administration  (FDA), Taiwan telah memaklumkan kepada  Centre for Food Safety (CFS) Hong Kong berkenaan produk makanan keluaran Jin Zhuan Lifesciences Enterprise Co., Ltd., Taiwan yang diimport oleh Cosway (HK) Ltd. telah disyaki tercemar dengan DEHP.  

KKM telah mengambil maklum bahawa produk yang sama ada diimport oleh Cosway (M) Sdn. Bhd. di Malaysia. Produk-produk tersebut adalah : 

 i) Oriyen Nutri Grow (boy) Orange Drink Premix, 330g. 
Kod : 36135
Pembungkusan: Kotak (15 sachet setiap kotak; 22g setiap sachet)
Tarikh pengilangan: 13 Ogos 2010
Tarikh luput: 13 Ogos 2013 

ii)  Oriyen Nutri Grow (girl) Cranberry Drink Premix, 330g. 
Kod : 36136
Pembungkusan: Kotak (15 sachet setiap kotak; 22g setiap sachet)
Tarikh pengilangan: 13 Ogos 2010
Tarikh luput: 13 Ogos 2013

Sehubungan dengan itu, KKM telah mengarahkan syarikat Cosway  (M Sdn. Bhd. untuk memanggil balik produk makanan tersebut dengan kadar segera. KKM telah mengambil sampel untuk dianalisa DEHP. Produk dari batch tersebut hanya akan dilepaskan sekiranya hasil analisis mendapati ia tidak tercemar dengan DEHP. 

Semua pengedar di bawah Cosway (M) Sdn. Bhd. dinasihatkan supaya memberhentikan penjualan produk makanan tersebut dengan serta merta.  Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan dinasihatkan untuk tidak memakan produk tersebut. 

Mengenai status pemantauan pencemaran DEHP terkini, sebanyak sembilan (9) lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar  telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di  Lampiran 1. Di samping itu, KKM juga menjalankan  pemantauan ke atas produk makanan kategori lain keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 2.  

Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan  kawalan  telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.  

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my Orang ramai juga boleh menghubungi  Bahagian Keselamatan  dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653. 

DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
8 JUN 2011


PRODUK KELUARAN TAIWAN EDARAN COSWAY (M) SDN BHD YANG DISYAKI MENGANDUNGI DEHP
 
BIL 
GAMBAR PRODUK 
KETERANGAN PRODUK
1.
Oriyen Nutri Grow (boy
Orange Drink Premix,
330g. 
Kod : 36135
Pembungkusan: Kotak
(15 sachet setiap kotak
22g setiap sachet)
Tarikh pengilangan: 13
Ogos 2010
Tarikh luput: 13 Ogos
2013

2.
Oriyen Nutri Grow (girl)
Cranberry Drink Premix,
330g. 
Kod : 36136
Pembungkusan: Kotak
(15 sachet setiap kotak;
22g setiap sachet)
Tarikh pengilangan: 13
Ogos 2010
Tarikh luput: 13 Ogos
2013


LAMPIRAN 1 : PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN  BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL.
 JENIS MAKANAN 
JENAMA
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Apple Juice
Guava Juice
Grape Juice
Carambola Juice
Frugurt Assorted Flavors
Fibrous Jelly White Peach Flavour
Fibrous Jelly Mango Flavor
Fibrous Jelly Grape Flavour
Squez’n Bites
UNI-PRESIDENT
UNI-PRESIDENT
UNI-PRESIDENT
UNI-PRESIDENT
NEW CHOICE
NEW CHOICE
NEW CHOICE
NEW CHOICE
NEW CHOICE
8 Jun 2011
 * Nota : Kategori yang disyaki ialah sports drinks, minuman jus, jem, jeli, yogurt dan clouding agent.

LAMPIRAN 2: PRODUK  MAKANAN  KELUARAN TAIWAN BAGI  KATEGORI  LAIN YANG DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP

BIL. 
JENIS MAKANAN  
JENAMA
1
2
3
Pickled Strip Cucumber
Preserved Chili Bean Curd
Yam Nutritious Cereal
MELOVOCOM
MASTER
GREENMAX

Kemaskini pada 8 Jun 2011

Berdasarkan maklumat yang dipetik daripada BKKM, KKM, diharapkan, para pengguna dapat lebih berhati-hati dan peka dengan produk-produk import yang boleh memberikan kemudharatan kepada diri kita jika kita tidak bertindak untuk menghindarkannya.

Untuk maklumat lanjut, silalah ke laman web BKKM seperti yang tertera. Insya-Allah, saya akan berkongsikan pelbagai informasi yang terkini pada masa yang akan dating mengenai produk-produk yang boleh membahayakan kesihatan kita.

Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN – Info ditambah, Minda bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang