Michrophyla nepenthicola di hujung mata pensel. |
Katak ini telah ditemui di dalam dan kawasan sekitar tumbuhan spesies periuk kera di Taman Negara Kubah, Sarawak iaitu di kawasan hutan hujan tropika Malaysia yang berada di dalam kepulauan Borneo yang mana terletaknya Brunei, Indonesia dan Malaysia. Spesies baru ini yang telah diumumkan pada Rabu 25 Ogos 2010 lalu, dipercayai ianya tidak pernah dijumpai manusia lebih daripada beberapa abad.
Lihatlah saiz sebenar katak ini jika dibandingkan dengan saiz duit syiling. |
Simbiosis dengan spesies periuk kera. |
Menurutnya saintis, mereka yakin bahawa katak tersebut adalah spesies baru kerana hanya katak dewasa sahaja yang boleh mengeluarkan bunyi dan ianya bukanlah daripada katak remaja daripada spesies lain seperti yang disangkakan pada awalnya.
Berudu yang bersaiz kecil bagi spesies baru ini hidup di dalam periuk kera di Borneo. Katak betina akan menghasilkan telurnya di bahagian tumbuhan dan berudu akan hidup di dalam air yang terperangkap di dalam periuk kera tersebut.
Berudu hidup di dalam periuk kera. |
Saintis juga telah mengukur saiz katak peringkat remaja Microphyla nepenthicola yang mana masih belum mempunyai ekor. Kebanyakkan katak dan amfibia di seluruh dunia telah pupus akibat kehilangan habitat, penyakit dan perubahan iklim. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada spesies baru ini akan terancam, tetapi habitat hutan hujan ini sedang mengalami penerokaan untuk mendapatkan kayu dan penanaman kelapa sawit.
Saya juga perpendapat, sebenarnya dunia kita ini masih lagi mempunyai pelbagai spesies hidupan yang masih belum kita temui terutamanya di kawasan hutan yang masih belum diterokai atau diganggu ekosistemnya sehingga ke hari ini. Allah juga telah menjadikan kepelbagaian spesies ini untuk kita sebagai makhluk yang berakal di bumi ini supaya memikirkan setiap kejadiannya. Namun, pada ketika ini juga sebenarnya banyak juga kajian dan penyelidikan berkaitan hidupan yang ada khususnya dalam alam flora dan fauna yang mana menyumbang kepada kepelbagaian hidupan di bumi ini.
Sekian, perkongsian buat masa ini untuk semua para pembaca sekalian. Insya-Allah, saya akan sentiasa berkongsikan info-info menarik mengenai alam hidupan flora dan fauna yang dikaji para saintis di seluruh dunia. Terima kasih.
MINDA INSAN - Info ditambah, Minda bercambah.
Rujukan :
http://www.mapress.com/zootaxa/2010/f/z02571p052f.pdf
http://news.nationalgeographic.com/news/2010/08/photogalleries/100825-new-species-pea-size-frog-science-pictures/#/borneo-tiny-pea-sized-frog-pitcher-plant_25010_600x450.jpg
http://news.nationalgeographic.com/news/2010/08/photogalleries/100825-new-species-pea-size-frog-science-pictures/#/borneo-tiny-pea-sized-frog-tadpoles-pitcher-plant_25012_600x450.jpg
http://news.nationalgeographic.com/news/2010/08/photogalleries/100825-new-species-pea-size-frog-science-pictures/#/borneo-tiny-pea-sized-frog-tadpole-ruler_25011_600x450.jpg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan