HALAMAN UTAMA

Tambang KTMB KL - IPOH RM 1?

Apabila membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, 2 Disember 2008, aku terkejut apabila dinyatakan bermula semalam 1 Disember 2008 sehingga 31 Disember 2008, perjalanan daripada KL-IPOH dan IPOH-KL hanya RM1. Walaubagaimanapun, ia hanya terhad kepada 400 tiket sahaja sehari. Perjalanan pertama bermula dari pukul 5 pagi dan terakhir pukul 9 malam daripada kedua-dua hala. Tiket hanya ditawarkan 100 keping setiap perjalanan dan hanya boleh didapati di kaunter Stesen Kuala Lumpur Sentral dan Ipoh sahaja. Promosi yang dikatakan percubaan untuk perjalanan tersebut hanya boleh diguna pakai untuk kelas ekonomi sahaja.

Ini adalah suatu usaha yang boleh diberikan pujian kerana usaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna yang berkerja di Kuala Lumpur tetapi tinggal di Ipoh atau pun sebaliknya. Hal ini sebenarnya dapat meningkatkan jumlah pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam terutamanya yang berkerja pada jarak yang jauh.



Namun begitu, tempoh percubaan ini sepatutnya pihak KTMB dapat menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan dapat memastikan perancangan perjalanan adalah sistematik dan efisyen dengan waktu pengguna perkhidmatan. Tidak sepatutnya perkhidmatan yang disediakan sekadar ala kadar sahaja kerana masih dalam tempoh percubaan. Oleh sebab itu, pihak KTMB perlu memanfaatkan segala komen dan cadangan pengguna perkhidmatan dengan sebaiknya.

Pada pandangan saya waktu dan tempoh perjalanan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan selain kemudahan asas ketika menggunakan kemudahan tersebut. Sebarang kelewatan atau pun masalah perlulah dimaklumkan segera kepada pengguna dengan segera. Hal ini kerana kita boleh melihat sendiri perkhidmatan KTMB Komuter yang sangat tidak menepati masa dan sering berlaku keterlewatan yang tidak dimaklumkan kepada penumpang. Hal ini menyukarkan penumpang untuk menyusun jadual waktu mereka yang sememangnya padat dengan urusan masing-masing.

Perkara ini sepatutnya menjadi perkara utama untuk menjadi pertimbangan pihak KTMB dalam memastikan ianya disusun semula secara sistematik. Mutu perkhidmatan yang sedia ada juga perlu kepada pembaikan yang menyeluruh agar jadual ketibaan dan pelepasan tren menepati masa dan tidak berlaku kelewatan. Oleh itu, saya menyarankan kepada pengguna perkhidmatan ini perlulah menjadi mata kepada pihak KTMB agar segala kekurangan dan masalah untuk perkhidmatan tren KL-IPOH dan IPOH-KL nanti dapat disuarakan dan diberikan cadangan untuk memantapkan lagi sistem perkhidmatan pengangkutan yang sedia ada khususnya perkhidmatan kereta api di Malaysia.

Info ditambah Minda bercambah.

Tiada ulasan:

Nuffnang