HALAMAN UTAMA

Lirik, Terasa or what :-?

Tiga hari lepas, agak sedih juga selepas membaca laporan sebuah akhbar (20 Disember 2008) yang mana RTM telah mengharamkan penyiaran lagu yang ditulis liriknya oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin sendiri. Akhbar tersebut melaporkan bahawa RTM mengharamkan lagu tersebut disiarkan kerana liriknya yang kasar dan tidak sesuai. Amatlah pelik apabila hanya liriknya dijadikan alasan. Pada fikiran saya, ia tidaklah seperti yang didakwa. Mengapa? adakah anda telah melihat liriknya yang dikatakan tidak sesuai itu? Lagu yang bertajuk 'Aku Bukan Musuh Harta' yang ditulis liriknya oleh bekas mufti Perlis yang kini berada di United Kingdom adalah salah satu daripada 8 lagu yang terdapat di dalam album 'Yang Benar Tetap Benar' nyanyian kumpulan Kopratasa. Antara liriknya yang dikatakan tidak sesuai ialah "Ya, telah kaya para pendusta, syarat mereka, lupa Yang Esa, harta rakyat, semua disebat, harta awam, semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan,".

Apalah yang ada pada lirik tersebut, melainkan makna yang begitu mendalam bagi semua pemimpin amnya dan pemimpin-pemimpin di negara Malaysia khususnya. Tidak lain, ia hanya memberikan peringatan kepada semua agar apa yang terkandung dalam lirik tersebut dapat dijadikan panduan mereka yang memegang title sebagai seorang pemimpin yang mentadbir sesuatu organisasi atau negara. Tetapi jika tidak, samalah mereka yang mendtadbir itu seperti apa yang dimaksudkan di dalam lirik tersebut. Para pembaca yang budiman, sepatutnya RTM yang mana adalah medium kerajaan patut malu dan memikirkan semula tindakan mereka. Mengapa? Kerana jika hendak dibandingkan, banyak lagi lirik-lirik lagu yang sepatutnya diharamkan terlebih dahulu kerana liriknya yang bersifat hiburan semata-mata dan mengandungi pula unsur-unsur negatif yang ditulis oleh orang yang tidak kita tidak tahu latar belakang mereka.



Namun, lirik yang sepatutnya kita cari ini, yang ditulis oleh ulama yang arif tentang agama diketepikan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengingati tuhan dan cara menegur pemimpin melalui lagu. Tidak salah, kerana bukan lirik lagu tersebut menyatakan mana-mana individu yang terlibat. Pada saya mungkin pihak RTM mahu menjaga hati sesetengah para pemimpin sekarang dan meredhakan perkara-perkara yang mungkar yang berlaku di dalam kepimpinan negara. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di dalam sebuah media kerajaan yang dikatakan membawa nama ISLAM.
Mengapakah teguran-teguran yang disampaikan melalui lagu-lagu diHARAMKAN? Apakah mereka mencari kebenaran atau kebebasan? Jika mencari kebebasan, saya tidak hairanlah ini berlaku kerana sudah tentu tidak ada prinsip kebenaran dalam memperjuangkan kebebasan. Namun, jika kebenaran yang dicari, mereka sepatutnya malu dengan tindakan sendiri yang mengaku sebagai seorang ISLAM yang BERIMAN yang mentadbir dan memegang tanggungjawab yang besar dalam mempengaruhi rakyat. Hiburan yang melampau dibiarkan disiarkan dicorong-corong radio dan ditayangkan di kaca televisyen, mereka langsung tidak ada perasaan malu, malah bangga dengan menghebah-hebahkannya di dalam televisyen dan di dada akhbar-akhbar. Adakah mereka sedar, akan kesannya hiburan yang melampau? Membuka aurat, aksi-aksi yang memualkan dan budaya-budaya barat. Adakah ini yang kita mahu bentuk untuk generasi Malaysia yang akan datang? Perlukah hiburan yang sebegini rupa di dalam sebuah negara Islam?

Saya teramat sedih, di kala pemimpin negara kita, Perdana Menteri Malaysia melaung-laungkan untuk membanteras rasuah di dalam kepimpinan negara, tetapi masih ada yang tidak menyokong, yang mana telah mengHARAMKAN salah satu promosi yang dapat membantu kita menjauhi dan membanteras rasuah melalui lagu. Apakah alasan mereka yang kukuh untuk mengHARAMkannya? Adakah lirik lagu tersebut tidak sesuai? Jika kita lihat lirik lagu tersebut, sedikit sebanyak boleh memberikan kesedaran secara tidak langsung dan jika ada rezeki kita akan mendapat hidayah daripada Allah, Insya-Allah.

Tetapi, jika mereka sendiri pihak RTM tidak sedar, amat rugilah kita sebagai rakyat Negara Islam Malaysia dengan jelas mempunyai penentang dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Apakah kita disuruh membuat amal sahaja, tetapi tidak perlu mencegah kemungkaran? Jika ia, ia telah menyimpang daripada ajaran al-quran dan hadith yang mana menjadi pokok ajaran ISLAM. Kita disuruh untuk menyeru kebenaran dan mencegah kemungkaran. Bukan menyeru kebaikkan sahaja tanpa menghalang kemungkaran daripada berlaku. Ajaran apakah ini?

Jadi, di mana yang dikatakan ISLAM dalam negara MALAYSIA? Sudah tentulah banyak, tetapi mengapakah mengikut sebahagian sahaja ajaran Islam? Adakah yang amar makruf sahaja cukup untuk kita memegang label sebagai negara ISLAM? Jika ia, adakah kita berpegang dengan ajaran ISLAM sepenuhnya? Jadi di mana nahi mungkarnya? sedangkan lirik yang mencegah kemungkaran telah diHARAMKAN, di mana lagi yang kita boleh harapkan? Jadi sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Untuk mendengar lagu ini (perlu pause atau stop player Radio nasyidfm di bahagian bawah sekali terlebih dahulu) :-





Aku Bukan Musuh Harta.wma - Kopratasa

Untuk lirik penuh lagu:-



Oleh itu, renung-renungkan, Jika ulama telah ditolak mentah-mentah dan digunapakai sebagai boneka. Apakah yang fungsi mereka dalam negara? Adakah mereka diperlukan sekadar mahu menyokong tindakan mereka sebagai pemimpin sahaja. Dan apabila ditegur ulama-ulama, para pemimpin memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dan tidak mengambil kira taraf ilmu agama mereka miliki yang sepatutnya menjadi panduan kepada para pemimpin dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam SEPENUHNYA. Berani sungguh mereka menolak pandangan ulama. Semoga Allah memberkati dan menyelamatkan kita sebagai umat Islam di negara ini dari segala musibah dan bala. Amin ya Rabbal alamin. Insya-Allah.

Berikut petikan berita berkaitan :-

Sumber:- mStar Online.
RTM gam lagu puisi Dr Asri 'Aku Bukan Musuh Harta'?
Oleh ZIEMAN

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.
Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.
Lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.
Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.
“Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,”jelas Xifu Nasir.
Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.
Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album ‘Yang Benar Tetap Benar.’
Selain lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’, lagu title track ‘Yang Benar Tetap Benar’ juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan ‘makar’ yang digunakan dalam puisi tersebut.(’Makar’ adalah kalimah Arab dari Al Quran).
Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.
“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam,” jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.
“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.
“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.
Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan.”
Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan ‘makar’ di dalam puisi beliau yang bertajuk ‘Yang Benar Tetap Benar’ itu.
“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.
Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.
Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.
Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’
Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.




Sekian, "INFO DITAMBAH, MINDA BERCAMBAH"

Rujukan :-
http://drmaza.com/home/?p=520
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/12/17/mstar_hiburan/20081216201229&sec=mstar_hiburan
http://ais-kosong.net/audio/aku-bukan-musuh-harta-kopratasa

4 ulasan:

izman berkata...

aku bukan arif dalam seni, tapi aku yakin lirik itu tidak menyimpang, apatah lagi ditulis oleh org yg alim iaitu bekas mufti.

hanya manusia kufur sahaja yg menyanggah ayat2 utk kebenaran dan keimanan.

Farid bin Aspar berkata...

saya sokong... :)

Tanpa Nama berkata...

siapa kita untuk menghukum manusia2 yg mengharamkan nasyid dr album yg benar ttp bnar?.. sekalipun mereka salah.. ingatlah kita bukanlah tuhan yg boleh menghukum setiap kesalahan org~ rahmat Allah itu luas.. istighfarlah~

Tanpa Nama berkata...

salam.
oke je lagu 2 nape nak diharamkan plak.
maksud lirik yang mendalam.Itulah kalau media sudah menjadi kuda tunggangan...hancusssssss...

Nuffnang