HALAMAN UTAMA

Mahram ke Bukan? Salam ke Tidak?

Assalamualaikum, saya ada terjumpa satu lakaran yang agak menarik yang menerangkan siapakah mahram kita dan siapakah yang bukan mahram kita. Jadi, eloklah sekiranya saya kongsikan bersama-sama saudara-saudari, muslimin dan muslimat sekalian. Pelakar lakaran ini pasti sedang berusaha untuk memberikan penerangan secara mudah atau pun secara gambaran yang mudah dilihat dan mungkin juga mudah difahami oleh sesetengah orang. Tetapi mungkin juga sukar untuk difahami. 

Namun, diharapkan para pembaca dapat memahami mesej disebalik gambaran ini. Kadang-kala kita sudah terbiasa, namun apakan daya, itulah yang dikatakan syariat dan landasan untuk panduan hidup kita. Maknanya, kita mesti mengikuti apa yang telah disyariatkan.

Ini Panduan Untuk Orang-orang LELAKI:-



Kalau orang Perempuan, macam mana pula? Lihat lakaran di bawah:-


Semoga sedikit sebanyak kita ketahui apakah batas-batas yang perlu dijaga antara lelaki dengan perampuan. Dan sememangnya wajib untuk kita ketahui. Insya-Allah dipermudahkan urusan kita nanti.

Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

HIMPUNAN HIJAU? 1 JUN 2012

Assalamualaikum, Tahukah HIMPUNAN HIJAU? Mari sini, lihat secara langsung HIMPUNAN HIJAU daripada Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Saya tak tahu nak komen apa. Berlangsung pada Jumaat Jam 4.30 - 12.00 malam bertempat di Stadium Darul Aman Kedah. Tapi, seronok tengok stadium yang penuh.

Saya kongsikan kepada para pembaca. Lihatlah Video LIVE ini atau pun siaran Ulangannya pada link yang akan diberikan nanti (JIKA ADA).

Sekarang, Saksikan secara langsung Siaran LANGSUNG HIMPUNAN HIJAU


Sekadar perkongsian sahaja. Nilaikan sendiri. Berikut gambaran kehadiran orang ramai ke perhimpunan HIJAU ini.



Sementara itu, anda boleh aktifkan Mykad anda di sini untuk mendapatkan diskaun dan mata ganjaran Program MyKad Smart Shopper di Tempat-tempat MENDAPAT DISKAUN INI :-


Sekian, Terima kasih.
MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Rabu Tanpa Kata 51 (Wordless Wednesday) 28 Mei 2012 Pukul 15:16PM Arah Kiblat




Hari Rabu adalah hari yang kebanyakkan blogger hanya mempamerkan gambar sahaja tanpa penerangan untuk gambar tersebut. Jadi, saya juga ingin menyertai Hari Rabu Tanpa Kata. Dalam Bahasa Inggerisnya disebut Wordless Wednesday. Apa pun, gambar yang saya paparkan mempunyai pelbagai maksud yang boleh diterjemahkan pembaca blog. Di dalam blog ini, saya akan memaparkan gambar-gambar yang diambil saya sendiri kecuali dinyatakan. Insya-Allah. 


Sekian, Terima kasih.

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Semak Kiblat Anda Petang Ini 28 Mei 2012!

Assalamualaikum, seperti yang kita sedia maklum, setiap tahun pada tarikh 28 Mei (pukul 5:16pm atau 17:16 waktu Malaysia) dan 16 Julai (pukul 5:28pm atau 17:28 waktu Malaysia) adalah tarikh dimana matahari akan berada tegak di atas ka'bah (12:16pm pada 28 Mei dan 12:28pm pada Julai waktu Mekah). Jadi hari ini, 28 Mei 2012 marilah kita semua yang mempunyai kelapangan menyemak semula arah kiblat di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja tempat yang biasa kita menunaikan solat.  Inilah peluang anda untuk menyemak arah kiblat hari ini dengan kaedah mudah yang diberikan seperti di bawah.

Berikut adalah FAQ yang dipetik daripada Falak-Online.Net untuk panduan saudara-saudari sekalian:- 

FAQ Istiwa' A'dzam - For The Non-Techies


Q: Bila ia berlaku ye?
A: Petang ni (28 Mei), jam 5.16 PM ;-)

Q: Masa tu, apa sebenarnya yang berlaku ek?
A: Masa tu, Matahari berada tepat atas Kaabah, maka, boleh guna kedudukan matahari kat langit masa tu untuk periksa arah kiblat kita

Q: Oooo.. ok. Tapi kenapa kena check ye? Arah kiblat berubah pasal gempa hari tu ke?
A: err… sebenarnya, Kaabah tetap ada di situ, arah Kiblat tetap di situ, cuma yang kena periksa balik ialah tandaan arah kiblat di rumah atau pejabat kita tu…

Q: Kenapa kena check?
A: Ye la, dalam masa setahun ni, macam-macam boleh berlaku, sejadah kita tu pun mungkin senget sikit ke, tandaan pensel yang kita letak dulu tu dah hilang ke, etc etc

Q: Begitu ke… ok. Boleh cerita sikit camne nak check?
A: Senang je, cari bayang-bayang objek tegak, contoh dinding rumah atau bangunan ke, atau pacak tiang tegak atas tanah ke, atau gantung tali dengan pemberat di bawah ke… tak kisah la, asalkan tegak. Lepas tu, pada jam 5.16 PM tu, dengan arah bayang-bayang objek tu. Kemudian buat garisan menghala ke ARAH matahari… jadi itulah arah kiblat kita..

Q: Gitu je caranya?
A: Ha'ah la… senang je..

Q:Tapi masa 5.16 tu saya tengah main bola, tak sempat nak check… huhuhuhu
A: Ehem… bukan susah pun nak check, tak sampai seminit dah boleh siap… lalalalala

Q: Ok. ok.. tapi tadi kawan saya kata, pagi tadi jam 5.16 dia check, tapi tak nampak matahari.. camne ye?
A: Siapa suruh check 5.16 Pagi…. saya kata 5.16 Petang!

Q: opsss..kantoi, ingat saja nak provoke… LOL!
A: &*^$#*&#^(@&

Q: Katakan 5.16 tu saya ter-miss, dengan nonton sinetron… baru terperasan jam 5.20 PM, boleh check lagi ke masa tu?
A: Boleh je, dalam 2-3 minit tak akan nampak perbezaan pun dengan mata.

Q: Ehh.. tahun ni kan tahun lompat… so bukan semalam ke check arah kiblat?
A: Beza 1-2 hari pun tak akan nampak beza dengan mata… melainkan kita guna alat macam teodolit yang kerjanya memang ukur pada ketepatan 0.001 darjah… bla bla bla…

Q: But what about other countries? What time will Istiwa' A'dzam occur?
A: pehhh… tiba-tiba speaking english la brader ni…ok, ok, untuk negara lain, ia tetap berlaku waktu yang sama… sebenarnya ia berlaku 28 Mei 2012, jam 12.15 PM WAKTU MEKAH. So, buat lah conversion dengan waktu tempatan. Jika kebetulan masa tu negara tu siang dan nampak matahari, boleh guna cara sama… kalau malam … tak dapek nak nolongnye!

Q: Boleh nampak dengan mata ke Transit Zuhrahni?
A: errr…. ni silap tajuk daaaa…….. kita bukak topik baru…
 
Anda juga boleh rujuk di FACEBOOK FALAK-ONLINE.NET

Anda juga boleh mendownload panduan menyemak arah Kiblat di sini. Atau lihat panduannya di bawah:-











Apa pun, saya harapkan saudara saudari dapat memanfaatkan panduan ini untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing kerana fenomena ini akan memberikan pandu arah ke ka'bah untuk kita menunaikan kewajipan kita dalam menunaikan solat dan juga dalam urusan-urusan lain Insya-Allah.

Anda juga boleh mendownload panduan menyemak arah Kiblat di sini.

Sekian, Terima kasih. 

MINDA INSAN - Info Ditambah, Minda Bercambah.

Nuffnang